~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Supermoon, Perigee, Bulan Penuh, apa semua ni?

Posted by Dea at Sunday, December 18, 2011 0 comments

Ok, ok. Nampaknya semua suka sangat menunggu-nunggu apa yang bakal berlaku esok malam (19 Mac 2011). Nak tau apa ceritanya?
Nak! Ce cite, ce cite..
Esok malam, Bulan akan berada pada kedudukan paling hampir dengan orbit, iaitu dipanggil sebagai perigee. Di dalam setiap satu kitaran atau pusingan bulan mengelilingi Bumi, disebabkan orbit bulan bukan berbentuk bulat, tetapi elips, maka akan ada ketikanya ia berada hampir dengan bumi (perigee) dan ada ketika ia berada jauh dari bumi (apogee). Jaraknya dengan bumi di sepanjang laluan orbitnya tidak sama.

(Image credit )
Berapa jauh Bulan masa tu?

Pada 19 Mac ini nanti, ia akan berada pada jarak 357,000 km. 
Ada ke, ketikanya ia lagi dekat dari jarak tu?
Memang ada pun. Setiap kali bulan perigee, jaraknya tidak sentiasa sama. Paling dekatpun ialah pada 354,000 km. Masa Bulan apogee (paling jauh), ia boleh mencecah 410,000km.
Apa kesannya dengan Bumi?
Seperti yang kita selalu mengalaminya setiap hari, iaitu pasang surut air laut. Cuma dalam kes-kes tertentu seperti ketika bulan dalam kedudukan perigee ini, air pasangnya lebih tinggi daripada biasa (tetapi tak adalah sampai tahap bencana).
Gempa di Jepun?
Ramai bertanya bab ni, dan suka saya sebut dalam bentuk fakta.
Ketika gempabumi di Jepun, tarikhnya ialah 11 Mac 2011. Ketika itu, jarak Bulan ialah 390,644 km !! Maknanya, ia bukan berada pada kedudukan paling hampir pun, malah ia nak berada hampir pada titik yang paling jauh di dalam orbitnya!  Pada 19 Mac nanti, ketika ia di perigee, jaraknya 355,167km. Beza jarak hampir 9%. Cuba bandingkan dengan perigee bulan penuh yang lepas, iaitu 30 Jan 2010, jarak masa tu 356,607 km. Beza 1% je. Apa yang berlaku pada masa tu?
Jadi, saya tanya kembali, kenapa ramai yang kaitnya gempa ini dengan supermoon 19 Mac ini? Saya pun tak faham.
Supermoon? apa tu?
Istilah supermoon ni tiba-tiba jadi popular sejak dua menjak ni. Ia sebenarnya asal dari seorang ahli astrologi (ahli nujum) Richard Nolle, yang meramalkan akan berlaku bencana pada 19 Mac ini kerana Bulan berada pada kedudukan amat hampir dengan bumi.
Yang hairannya, ramai pula orang malaysia yang lebih percaya ramalan seorang ahli nujum, berbanding fakta. 
Ye ke? Tapi masa bencana tsunami dulu tu, bulan pun dekat dengan perigee!
Ye ke? Cuba periksa balik. Pada ketika bencana 2005 tu berlaku, tarikhnya ialah 26 Dec. Bulan ketika itu pun paling jauh dengan bumi, malah tarikh perigeenya pun 2 minggu SELEPAS bencana tersebut.
Kemudian berdasarkan kiraan di laman web http://www.fourmilab.ch/earthview/pacalc.html
Kita boleh lihat pada 19 Mac ini, bulan berada 356,577 km. Dekat ke tu? Ehem, cuba tengok lagi, pada tarikh 12 Disember 2008, bulan masa tu berada 356,567km! Lagi dekat. Tarikh 8 Mac 1993 (18 tahun dulu), lagi dekat... 356,529km.
Oh begitu. Jadi apa yang menarik akan berlaku malam tu?
Bulan penuh masa tu akan kelihatan 15% lebih besar daripada biasa. Dan bersinar 30% lebih terang dari biasa.
Ye ke? Tak percaya la.
OK la. Kalau tak percaya, cuba ambil gambar bulan pada malam tersebut, guna lens 200-500mm. Kemudian sebulan kemudian, pada bulan penuh akan datang, ambil lagi sekali gambar bulan penuh masa tu, dan buat perbandingan. Ini bukan cakap kosong, tetapi eksperimen yang amat mudah dan boleh dibuat oleh sesiapa pun.
Gambar kat internet semua dari orang barat. Boleh percaya ke? Entah-entah copy paste je.
Kalau masih ragu-ragu, tengok forum Falak Online di SINI. Ramai dah ambil gambar bulan penuh perigee tahun lepas
Ok, ok,Dah faham dah sekarang. Apa rujukan lain yang boleh dibaca?
Cuba tengok sini http://transit.savage-garden.org/en/the-biggest-full-moon.html Ada jadual yang menunjukkan tarikh Bulan Penuh Perigee untuk abad ini.
Lagi rujukan di sini 
http://earthsky.org/earth/73765.
http://hudsonvalleygeologist.blogspot.com/2011/03/supermoon.html
http://www.universetoday.com/83960/march-19-2011-supermoon-or-superhype/
Kesimpulannya, gempa bumi memang telah,sedang dan terus berlaku, malah makin banyak setiap hari, itu saya tak nafikan.
Namun,  ia tidak berlaku akibat pergerakan bulan atau bulan perigee. Belum pernah ada kajian menunjukkan kaitan antara keduanya. Kalau ada sesiapa yang dapat kemukakan kaitannya, sila email atau bincang di forum, facebook atau twitter. Bolehlah kita sama-sama belajar dan menkajinya.
Wallahualam.

akhirnya....

Posted by Dea at Wednesday, December 14, 2011 0 comments
setelah sekian lama menjeruk rasa..memendam perasaan...makan minum x terjaga...tidur x menentu... akhirnya kiter tumbang....kiter demam panas dgn batuk teruk sejak kelmarin...

 >>> Astaghfirullah…ya Allah, aku hanyalah HAMBA yang HINA..masihku tercari-cari akan SINAR dan KEREDHAAN dariMu yang pasti..♥♥♥

Subhanallah! Teratai Terbesar Di Dunia

Posted by Dea at Tuesday, December 13, 2011 0 comments
Pernahkah anda pernah meliha teratai? Teratai yang ditunjukkan ini merupakan teratai yang terbesar di dunia. Teratai ini bernama Victoria amazonica. Diameter daun dari teratai ini lebih dari 3 meter dengan berat yang mencapai 31 kilogram. Teratai ini hidup mengambang di perairan sungai besar Amazon. Jom lihat gambar teratai di bawah ini.
Melayukini.net - Fuh sungguh besar teratai ini sehingga mencapai berat 31 kilogram. Ia juga mapu menampung beban di atasnya dengan syarat bebanan tersebut tidaklah terlalu berat sehingga boleh menenggelamkan teratai tersebut.

Siamang Hidup di Tempat Tinggi

Posted by Dea at Saturday, December 10, 2011 0 comments
SIAMANG dalam bahasa Inggeris juga dikenali sebagai siamang (Sympalangus syndactylus) salah satu daripada tiga spesies ungka dalam famili Hylobatidae yang terdapat di negara ini. Dua spesies yang lain, iaitu ungka tangan putih atau “white-handed gibbon” (Hylobates lar) dan ungka tangan hitam (Hylobates agilis) atau wak wak atau “agile gibbon”. Ungka tangan hitam hanya terdapat di utara Semenanjung yang bersempadankan dengan negara Thailand seperti Kedah, Perak dan Kelantan. Ungka tangan putih pula terdapat di kebanyakan negeri di Semenanjung.
 
Siamang spesies yang terbesar daripada tiga spesies tersebut. Bulu siamang panjang, lebat dan berwarna hitam gelap. Ekornya pendek serta tidak kelihatan. Bulunya yang panjang membolehkan haiwan ini tahan cuaca dan suhu sejuk di kawasan bukit bukau dan pergunungan, terutama pada waktu malam. Badan siamang gempal dan tegap. Tangannya pula lebih panjang daripada kaki. Haiwan ini bergayut dari satu dahan ke satu dahan dengan menggunakan tangan dan kakinya.
 
Kakinya jarang-jarang digunakan untuk berjalan di atas tanah. Pergerakannya di atas tanah agak lambat dan perlahan. Apabila berjalan di atas tanah, siamang mengangkat kedua-dua tangannya ke atas bagi mengimbangi badannya supaya tidak tumbang atau jatuh. Siamang tinggal di atas pohon yang tinggi, seperti pokok keranji, kruing, tualang, meranti dan seraya. Ia bergayut daripada satu dahan ke satu dahan semasa mencari makan. Siamang jarang-jarang turun ke tanah dan amat takut akan air.

siapa awak?

Posted by Dea at Saturday, December 10, 2011 0 comments
Awak tanya, BILA agaknya awak dapat masuk ke pintunya..

Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu USAHA..
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?
Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak BOLEH masuk ke dalam..

Saya berikan awak kata LALUAN..
Awak buka dengan perlahan..
Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ..
Awak baca setiap HELAIAN manuskrip dalam hati saya..
Lembaran demi lembaran awak baca..

Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk DIFAHAMI, mengapa awak BERDIAM DIRI?
Mengapa awak tidak mahu LEBIH MENGERTI?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?

Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya..
Kamus yang awak perlukan adalah saya..
Awak, adakah awak masih mahu MEMBACANYA LAGI?
Atau mahu BERPALING PERGI?

>>> Bukan baru hari ini saya KENAL awak..
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor