Hari ini, pengajaran masih berjalan seperti biasa..walaupun teramat sibuk menyiapkan segala tugasan terakhir sebelum cuti sekolah bermula dan pastinya saya tidak akan ada lagi bersama mereka selepas ini di sini. Saya tidak mahu ada tugasan yang terbengkalai dan menjadi beban pada rakan-rakan.
Menerima cendera hati pemberian dari anak-anak didik mengusik sedikit emosi saya. Memandang wajah polos mereka adakalanya mengundang saya agar menjadi luarbiasa.
Saya sebenarnya masih mencari apakah yang saya mahukan dalam dunia pendidikan ni?
Adakah sebuah keglamoran?
Atau anugerah guru cemerlang?
Atau sebuah keikhlasan?
Beberapa tahun di sini.. memerhati, sambil mentafsir, apakah yang saya mahu,
student mahu dari saya dan apakah kehendak sekolah terhadap saya... saya sedar, pendidik perlu lebih banyak memberi dari menerima..
Itulah kemahuan sebenar seorang guru yang hatinya ikhlas untuk
mendidik..
Semoga saya menemui jalan terbaik untuk mendidik anak-anak didik saya di sekolah yang baru pula selepas ini..InsyaAllah..