~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Tahniah

Posted by Dea at Monday, November 19, 2012 0 comments
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana masih di beri kesempatan kepada saya untuk mencoretkan sesuatu di laman ini pada hari ini.

Harapan saya semoga sahabat semua sentiasa sihat walafiat dan ceria-ceria selalu bersama keluarga tersayang. Sekalung tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR yang diumumkan semalam.Kepada yang kurang berjaya ini bukan pengakhiran..jadikan ia langkah pertama untuk menuju kejayaan di masa depan.

Buat anak didik di Taiping..cikgu tumpang gembira atas kejayaan yang kita kecapi bersama tahun ini. Meskipun cikgu telah kembali ke kampung halaman di Johor..kenangan indah bersama kalian akan tetap tersemat di hati selamanya..Teruskan perjuangan :)

Salam Maal Hijrah

Posted by Dea at Wednesday, November 14, 2012 0 comments
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434 H
: : Kullu Aam Wa Antum Bikhair : : kepada seluruh umat Islam.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah.

Seindah apa ukhuwah kita?

Posted by Dea at Wednesday, November 07, 2012 0 comments
Memiliki akaun FB atau twitter seakan menjadi trend pada masa kini. Memang kita boleh dicop ketinggalan zaman kalau x tahu apa tu FB :) Majoriti anak2 didik saya juga memilikinya..

Sebahagian besar sahabat FB saya hanya dikenali di alam cyber. Bila saya fikirkan apakah saya sekarang berukhwah kerana Allah? Seindah apa ukhuwah yang kita miliki atau yang pernah kita alami? Bagaimana kita menjaga ukhwah itu? Banyak persoalan yang perlu kita muhasabah semula.

Begitu juga dengan diri saya sendiri terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya dalam saya bersahabat.Kita susah untuk memahami sahabat tapi yang penting kita cuba untuk memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita.

Kita semua tidak sempurna tapi kita cuba jadi sahabat yang baik, yang mana dapat membimbing sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya keburukan.Dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji kita, bila kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat kerana Allah s.w.t. Bila kita lihat makna ukhwah itu sendiri yang bermaksud menyatukan hati dan roh yang terikat dengan dengan ikatan akidah yang satu.

Hayatilah persahabatan semoga hubungan yang terjalin sekarang akan terus berkekalan hingga ke akhirnya..ukhwah fillah Abadan abada.

Apa Yang Dicari?

Posted by Dea at Wednesday, November 07, 2012 0 comments
Hari ini, pengajaran masih berjalan seperti biasa..walaupun teramat sibuk menyiapkan segala tugasan terakhir sebelum cuti sekolah bermula dan pastinya saya tidak akan ada lagi bersama mereka selepas ini di sini. Saya tidak mahu ada tugasan yang terbengkalai dan menjadi beban pada rakan-rakan.

Menerima cendera hati pemberian dari anak-anak didik mengusik sedikit emosi saya. Memandang wajah polos mereka adakalanya mengundang saya agar menjadi luarbiasa.
Saya sebenarnya masih mencari apakah yang saya mahukan dalam dunia pendidikan ni?
Adakah sebuah keglamoran?
Atau anugerah guru cemerlang?
Atau sebuah keikhlasan?

Beberapa tahun di sini.. memerhati, sambil mentafsir, apakah yang saya mahu, student mahu dari saya dan apakah kehendak sekolah terhadap saya... saya sedar, pendidik perlu lebih banyak memberi dari menerima.. Itulah kemahuan sebenar seorang guru yang hatinya ikhlas untuk mendidik..

Semoga saya menemui jalan terbaik untuk mendidik anak-anak didik saya di sekolah yang baru pula selepas ini..InsyaAllah..

Ukhwah terjalin persahabatan di eratkan..

Posted by Dea at Saturday, November 03, 2012 0 comments
Mengimbau kenangan buat teman-teman ketika di alam maya, semoga persahabatan yang terjalin kekal hendaknya.
Alam Maya tempat awal pertemuan,
Ukhwah terjalin persahabatan di eratkan..
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat."
(Al-Hujurrat,49 : 10)
Ukhuwah Islamiah adalah sesuatu yang sangat dituntut di dalam Islam bahkan ia adalah sesuatu yang mesti wujud dalam kehidupan seorang yang bergelar muslim. Tiada satu pun manusia di dunia ini mampu hidup keseorangan. Manusia saling memerlukan untuk mencapai kejayaan samada di dunia mahupun di akhirat.

Di zaman rasulullah SAW, bagaimana kalau kita melihat hubungan yang dibina oleh Baginda SAW dengan para sahabat, begitu akrab sekali. Bagaimana sahabat menyayangi rasulullah SAW sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi melindungi kekasih Allah yang teragung ini. Disebabkan ini lah keimanan mereka begitu kukuh dan sempurna lantaran itu Allah menjanjikan syurga bagi mereka.

Dalam kehidupan seharian kita, pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, "sanggupkah aku mempertaruhkan nyawaku demi keimanan dan maruah sahabatku?" "adakah aku betul-betul mencintai sahabatku kerana Allah?"...andai tidak pernah, maka persoalkanlah diri sendiri. Biar kita pastikan kita mencintai sahabat kita kerana Allah, kerana ingin menjalinkan hubungan silaturrahim dan membina ukhuwah Islamiah.

Deen Islam adalah Deen yang diredhai Allah. Namun, bagaimana kita hendak mencapai keredhaan Allah daripada Deen ini? Ummah ini hanya boleh terbina bila mana umatnya bersatu hati dan menyayangi saudaranya seperti mana mereka menyayangi diri mereka. Bila terbinanya ummah yang kuat dan mantap ini, maka Deen Islam tidak lagi akan diperkotak-katikkan oleh orang-orang yahudi dan nasrani. Tidak lagi mudah untuk dihina oleh mereka yang kurang memahami kesyumulan Deen Islam ini. Tidak lagi terus berada di bawah puncak dunia, ketinggalan dengan arus perubahan dari segi sains dan teknologi. Islam pasti akan tertegak dimuka bumi Allah yang mulia ini dan umatnya akan menjadi KHALIFAH yang menjalankan amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Sekian, Wassalam.
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor