~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Benarkah Makanan Mempengaruhi Akhlak Kita?

Posted by Dea at Friday, December 23, 2011 0 comments
Sebagai orang Islam, kita sememangnya tahu bahawa makanan yang ditetapkan haram tidak boleh dimakan. Dalam dunia ini masih banyak lagi makanan halal yang boleh dimakan. Namun tahukah kita bahawa makanan yang kita makan juga turut mempengaruhi akhlak seharian kita. Benarkah begitu? Ya benar. Apa yang baik kita masukkan dalam badan kita, maka baiklah akhlak kita. Jika buruk yang kita masukkan dalam badan kita, maka ia akan berlaku sebaliknya.
Makanan yang tidak halal terbahagi kepada tiga kategori. Pertama: Apa yang kita ketahui secara zahir adalah halal, seperti makanan yang dijual oleh restoran Muslim. Kita tidak dituntut untuk menyemak status para pembekal kepada restoran itu sama ada mereka menepati syarat-syarat halal atau tidak.
Dalam kategori ini, seandainya ada makanan yang tidak halal dalam restoran itu, kita sebagai pengguna tidak berdosa kerana ia bukan sesuatu yang disengajakan. Allah berfirman: Dan kamu tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan ingatlah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Ahzab 33:05]
Kedua: Apa yang diketahui sebagai tidak halal secara jelas, namun pada saat itu kita berada dalam keadaan darurat sehingga terpaksa memakannya. Maksud darurat ialah suasana yang mengancam nyawa dan anggota (life and death situation).
Dalam kategori ini, kita sebagai pengguna tidak berdosa untuk memakan sekadar yang perlu kerana suasana darurat tersebut menghalalkan apa yang haram. Allah berfirman: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah. Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [al-Baqarah 2:173]
Ketiga: Apa yang diketahui secara jelas adalah tidak halal, namun ia tetap sengaja dimakan. Sengaja memakan apa yang tidak halal adalah perbuatan dosa dan semua perbuatan dosa – tanpa terhad kepada makanan tidak halal – akan menggelapkan hati seseorang. Semakin kerap seseorang itu sengaja melakukan dosa, semakin gelaplah hatinya. Semakin gelap hati seseorang, semakin dia terhijab dari Islam yang sebenar. Semakin jauh dari Islam yang sebenar, semakin rosaklah akhlak orang tersebut.
Rasulullah bersabda berkenaan dosa dan hati: Sesungguhnya apabila seorang mukmin berbuat dosa, maka akan ada titik hitam di dalam hatinya. Jika dia bertaubat, meninggalkannya serta meminta ampun maka hatinya akan kembali putih. Namun jika dia menambah (dosanya) maka akan bertambah (titik hitam), maka itulah penutup (hati) yang di sebutkan dalam firman Allah dalam kitab-Nya: “Sekali-kali tidak (demikian), Sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.”(al-Mutaffifin 83:14) [Shahih Sunan Ibn Majah, no: 4244]
Melayukini.net - Kita perlulah sentiasa memastikan makanan yang kita makan itu datangnya dari sumber yang halal. Samalah juga jika kita seorang bapa atau suami, kita hendaklah memberikan mereka nafkah dari sumber makanan yang halal. Oleh kerana itulah ramai ustaz-uztaz sering mengingatkan kita bahawa makanan itu antara perkara yang menyumbang dalam pembentukan akhlak kita.

Tahniah mama

Posted by Dea at Friday, December 23, 2011 0 comments
malam tadi terima call dr mama...sore mama begitu ceria kedengaran...kiter rasa hepi sgt sbb kebelakangan ni kiter dah bt hidup mama sedih & dlm kerisauan selalu. kakak...mama ader berita baik nk bgtau kakak...ader org dtg minang kakak ker mama...haha kiter sajer potong ckp mama...kalau ader yg minang pun mama terima jer..alamak mama ni menakutkan kakak jer...boleh trauma seumur idup mcm nih...

rupa2nya mama dpt surat perlantikan jadi guru besar semlm...Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan pada mama...nampaknya mama dah boleh duduk semeja dgn abah skg...kiter mmg cukup yakin dgn kewibawaan mama selama ni...dan x mengejutkan bila mama berjaya memegang jawatan tersebut. kiter bangga sgt2 dgn mama & abah. merekalah sumber inspirasi kiter adik beradik utk mencapai kejayaan di dunia & akhirat.

mama masih x tahu sekolah mana akan ditempatkan...mama harap sgt tempat tu x jauh dr rumah...kiter doakan mudah2an apa yg mama hrpkan itu akan termakbul...ameen. mama juga bgtau adik dpt ke asrama penuh tp rasanya adik menolak utk pergi...kiter mmg dah agak adik xkn pergi....budak manja mcm adik mesti x sanggup hidup berdikari lg...kiter bgtau mama, kalau adik x mau pun x pe...sekolah jer di sana...lgpun tinggal adik sorang jer yg dpt temankan mama & abah. xlah mama dgn abah kesunyian nanti...

Wahai Hati...

Posted by Dea at Sunday, December 18, 2011 0 comments
Wahai sang hati
Andai engkau mengetahui betapa hebat aturanNya
Pasti engkau akan sabar pada pukulan pertama di atas badai yg melanda dirimu
Pasti engkau akan redha di atas setiap percaturanNya
Pasti engkau akan yakin dan percaya akan setiap tindakanNya ke atasmu hamba yg lemah lg hina...

Pesanan terakhir Rasulullah s.a.w kepada umatnya...

Posted by Dea at Sunday, December 18, 2011 0 comments
 
¯`v´¯)♥ بِسْـــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥(¯`v´¯)
Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu…

Batas Percakapan

Posted by Dea at Sunday, December 18, 2011 0 comments
Tidak sedarkah kita bahawa kita sedang menunjukkan contoh kepada mereka dari segi perbuatan dan tingkah laku kita? Mana akhlak kita? Mana sabar kita dalam menempuh segala perkara? Mana sifat tawadhu’ kita kepada Allah S.w.t? Adakah kita sekadar berpuas hati dengan melepaskan kemarahan kita, membuatkan kita merasa selesa? Sedangkan kita sedang menjatuhkan maruah orang-orang Islam sendiri? Itu yang sama-sama kita perlu fikir kembali.

 Tidak kah kita terfikir bahawa itu adalah kehendak Iblis? Dan sememangnya dia dan kuncu-kuncunya mahu melagakan kita semua. Saya sendiri akui, bahawa saya sendiri pun tidak lari dari bersifat marah. Tetapi sekurang-kurangnya saya cuba menapis kemarahan saya di internet ini dengan menjaga adab sopan dalam bahasa agar tidak terlalu celupar. Kerana kita akan bertanggung jawab terhadap apa yang kita perkatakan.

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam…” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan diminta tanggung jawabnya”. Surah Al Isra’ : Ayat 36
Oleh itu saya amat berpesan kepada diri saya dan sesiapa sahaja, agar menjaga batas-batas percakapan dan ayat dalam berkata2 sama ada melalui lidah kita ataupun melalui penulisan lebih-lebih lagi di internet. Kerana tersilap keduanya itu boleh mengundang kepada lebih banyak keburukan semata. Dan satu lagi saya ingin pesankan di sini, sesuatu tuduhan yang masih tidak pasti dan tidak mempunyai bukti janganlah kita bersekongkol dalam memperbesarkannya. Kerana dibimbangi jatuh ke dalam membuat FITNAH. Jika tidak, hendaklah dia menahan diri, baik perkataan itu hukumnya haram, makruh, atau mubah”. Dalam hal ini maka perkataan yang mubah diperintahkan untuk ditinggalkan atau dianjurkan untuk dijauhi kerana takut terjerumus kepada yang haram atau makruh dan seringkali hal semacam inilah yang banyak terjadi pada manusia.

Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.” (Hadith Riwayat Ibnu Mas'ud)

so sama2lah kiter jaga lidah dan jari kiter yer kawan2!
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor