Apabila menyorot kembali rentetan hidup yang telah berlalu pergi, akan
terbit rasa sayu di hati. Sekilas rasa gembira yang banyak sekali. Pelbagai rasa yang bercampur aduk menjadi satu.
Sedih, kecewa, suka, duka, terharu, terkilan, rawan dan segalanya. Unik
sungguh punya rasa-rasa ini semua. Semuanya berkumpul dalam membentuk
rasa. Menyedarkan yang kita hanyalah manusia biasa yang kerdil dari
pandanganNYA.
Berapa ramai
manusia yang datang dan pergi dalam hidup kita? Mesti ramai bukan? Dalam
ramai-ramai akan muncul seorang dua yang masih setia menemani hari-hari
yang layak digelar sebagai sahabat sejati. Sahabat sejati itu akan ada walaupun tidak sentiasa hadir di mata. Mereka pasti ada di saat kita perlukan mereka. Jika tiada pun tidak mengapa...terima sahaja.
Kadang-kadang ada yang bersedih..Tak perlu bersedih. Terimalah aturan Allah ini dengan tenang sekali.Setiap orang punya kehidupan yang telah direncanakan Allah untuknya.Tidak perlu bersedih andai mereka hilang ataupun lari dari hidup anda.
Belajarlah terima hakikat yang di mana inilah kehidupan. Belajar jangan
mengongkong kehidupan orang lain. Manusia punya hak dan keputusan untuk
lakukan apa sahaja yang terbaik dalam hidupnya. Begitu juga kita bukan?
Makanya itulah keadilan yang Allah sudah berikan pada kita.
Manusia akan terus datang dan pergi dalam hidup kita. Kita juga akan terus datang dan pergi dalam hidup orang lain. Apa
yang perlu kita sematkan di hati dan fikiran ialah, berbaik dan
berbaktilah dengan semua orang. Berbaik dan berbaktilah kepada semua
orang tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ada hikmah di setiap
pemergiaan manusia yang pernah hadir dan pergi dalam hidup kita.
InsyaAllah satu hari kita akan temui hikmahnya.
0 comments:
Post a Comment