Bingkisan hasil nukilan Ust Pahrol Mohd Juoi buat semua yg. mendapat keputusan SPM minggu lepas....
"..Anak-anakku jika kau ingin menggembirakan aku dengan keputusan
peperiksaan mu yang cemerlang, ketahuilah aku tidak akan gembira
dengannya... aku hanya gembira apabila ilmumu dapat dimanfaatkan untuk
taat kepada Allah dan berkhidmat untuk manusia!
Anak-anakku,
jika kau rasa aku akan bersedih dengan keputusan peperiksaanmu yang
tidak cemerlang, ketahuilah aku tidak akan bersedih... aku hanya sedih
sekiranya kau gagal bersabar dalam menghadapi takdir Allah setelah gigih
berusaha!
Berjaya jangan sampai kau berbangga...
Gagal jangan sampai kau kecewa!
Carilah keredhaan Allah, bukan penghargaan manusia.."
~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment