Terus terlintas dalam fikiranku bahawa walaupun cuma sehelai daun,
pastinya ALLAH swt mengetahui perihal daun yang usang berwarna coklat
itu. Hanya dengan kuasa ALLAH ditakdirkan 'dia' gugur dari rantingnya
menandakan telah tamat tempohnya hidup di bumi ALLAH ini. ALLAH itu MAHA
DEKAT dan MAHA MENGETAHUI.
Ku ambil, ku belek dan ku renung sehelai daun yang masih jelas urat-urat
jejala tapi ada satu lubang pada daun yang telah koyak mungkin dimakan
ulat... daun yang dulunya segar menghijau hijau kini berwarna kusam dan
tidak lagi mendamaikan mata memandang.
Daun itu mengingatkan diriku bahawa masa yang beredar akan menukar yang
muda kepada tua..yang cantik kepada hodoh...yang gagah kepada lemah..dan
yang paling pasti...yang hidup kepada mati.
Sesungguhnya daun itu memberi penuh makna padaku. Dengan statusnya
'dilahirkan' ke bumi sebagai daun, tugas menghasilkan oksigen seperti
yang dipertanggungjawabkan telah dilaksanakan sebaik mungkin. Tak
mungkin sehelai daun itu mendurhakai perintah ALLAH..., mogok tidak mahu
menjalankan tugas fotosintesis.
Bayangkan apa yang terjadi jika ia memberontak tidak mahu menjalankan
suruhan ALLAH untuk membina molekul-molekul udara yang segar..? Akan
huru-hara dunia dan ramai manusia yang mati lantaran tiada kecukupan
udara untuk bernafas.
Daun itu bukti nyata di hadapanku bahawa seluruh tumbuh-tumbuhan dan
alam sejagat ini sentiasa tunduk dan akur pada sunnatullah dan perintah
ALLAH... dan 'mati'nya daun, ranting, dahan, serta kawan-kawan
sejenisnya yang lain tak akan dibangkitkan lagi untuk melalui hari
pembalasan... Mereka gugur, jatuh ke tanah, reput lalu menyebatikan diri
semula dengan tanah dan mikrob yang lain.
Namun, kitaran itu tidak sama sekali berlaku pada kita yang bergelar
manusia. Kita hidup, mati dan pasti dibangkitkan semula, untuk ALLAH
menyoal apakah yang telah kita lakukan dengan jawatan kita sebagai:
1) hambaNYA
2) khalifah NYA
Renung ke dalam diri...
Apakah yang telah ku lakukan dengan 2 jawatan penting itu...?
Sehelai daun itu telah kembali pada ALLAH...
Kita akan turut kembali padaNya...sebagai manusia.
Bersediakah kita....?
0 comments:
Post a Comment