Satu kajian baru menunjukkan larva kumbang kekura yang memakan mangsa di kawasan penanaman organik dilihat lebih hidup membesar berbanding larva kumbang kekura yang hidup di kawasan penggunaan baja konvensional,.
Kajian yang diterbitkan dalam Biological Control, mungkin dapat memberi kesan penting bagaimana petani menggunakan pemangsa semula jadi untuk mengawal perosak.
Ramai
orang percaya makanan organik baik untuk kesihatan mereka. Kajian
berasaskan makmal ini tidak menguji idea tersebut. Larva kumbang kekura
diberi makan afid organik dilihat sepuluh peratus lebih berjaya untuk
mencapai tahap dewasa – satu perbezaan yang boleh memberi impak besar
kepada populasi kumbang kekura tersebut, jika ia benar pada ladang.
Dr. Jo Staley dari Pusat Kajian Semulajadi Alam Sekitar (NERC) untuk
Ekologi dan Hidrologi (CEH), salah seorang penyelidik berkata,
eksperimen lebih banyak perlu dijalankan bagi melihat pada pelbagai
jenis pemangsa dan mangsa di persekitaran lapangan yang sebenar, sebelum
kita mengetahui jika hubungkait ini berada pada sistem yang lebih
kompleks.
"Ini
hanyalah kajian awal, tetapi kami telah membuktikan bahawa sedikit
perubahan pada baja di sesuatu tanaman boleh menghasilkan kesan
signifikan terhadap kematian kumbang kekura," kata Staley.
Kumpulan tersebut meletakkan afid-afid pada tumbuhan yang dibesarkan dengan baja Ammonium Nitrate
buatan, dan pada tumbuhan lain yang dibesarkan dengan baja organik
seperti tinja ayam dan sisa lebihan tanaman. Mereka kemudiannya
mengalihkan afid-afid tersebut dari tumbuhan itu dan memberikan ia
sebagai makanan kepada larva kumbang kekura yang dikurung, sambil
memerhatikan kadar kemandirian pemangsa.
Para
saintis berpendapat bahawa perbezaan pada kadar kematian kumbang kekura
yang dilihat mungkin kerana afid tersebut menyimpan kimia beracun
glucosinolates yang terhasil daripada tumbuhan itu demi melindungi diri
daripada serangan perosak. Kimia ini digunakan bagi menguatkan
pertahanan afid-afid itu terhadap pemangsa. Tumbuhan yang menggunakan
pembajaan buatan boleh menghasilkan lebih banyak bahan kimia tersebut,
maka dijangkakan afid-afid pada tumbuhan tersebut boleh menjadi lebih
beracun.
Namun,
Staley berkata lagi bahawa ianya tidak dapat menjelaskan apa yang
berlaku. Jumlah kemandirian untuk kumbang kekura adalah sama samada
ketika peringkat larva ia memakan afid yang menghasilkan pertahanan
tersebut atau memakan afid umum yang tidak menghasilkan pertahanan
tersebut. Lebih asas lagi, analisis kimia badan afid dari kedua-dua
rawatan tidak menunjukkan sebarang perbezaan signifikan pada tahap
glucosinolates, bahan kimia yang disangka digunakan oleh afid untuk
pertahanan diri mereka daripada pemangsa.
“Kemungkinan
kumbang-kumbang kekura itu berasa kesan sakit daripada bahan tumbuhan
kaya-racun yang terkandung dalam perut mangsanya, atau bahan pertahanan
selain daripada glucosinolates mungkin bertanggungjawab untuk itu," ujar
Stanley.
Kaedah
'kawalan biologi' seperti membebaskan sekumpulan kumbang kekura yang
dibiak secara kurungan ke ladang untuk mengawal afid telah mula terkenal
beberapa tahun ini. Seperti biasa, pelbagai pendekatan kurang ekstrem
digunakan untuk mengawal perosak secara biologi dengan meningkatkan
populasi pemangsa seperti kumbang kekura dan larva pepatung. Mereka
menggunakan kaedah seperti meninggalkan beberapa peratus kawasan tidak
ditanam atau membina jaluran tanaman digelar 'bank kekumbang'. Kajian
ini mencadangkan keberkesanan taktik-taktik tersebut bergantung kepada
bagaimana petani-petani membaja tanaman mereka.
Sumber - http://planetearth.nerc.ac.uk/news/story.aspx?id=1253&cookieConsent=A
0 comments:
Post a Comment