Profesor Datuk Dr. Sukiman Sarmani
Pengerusi
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)
Pengerusi
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB)
SmSn (UKM) 1973, PhD (University of Reading) UK 1976, FMIC, FASc
Pakar Penyelidik Tenaga Atom & Nuklear
Program Sains Nuklear
Universiti Kebangsaan Malaysia
Pakar Penyelidik Tenaga Atom & Nuklear
Program Sains Nuklear
Universiti Kebangsaan Malaysia
Perkembangan terbaru isu Lynas barangkali memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat Malaysia terutama bagi penduduk yang tinggal di Kuantan. Syarikat perlombongan nadir bumi Lynas (M) Sdn Bhd telah bersetuju untuk menghantar sisa industri dari kilang memproses bahan tersebut ke luar negara. MajalahSains.Com berpeluang menemubual Profesor Datuk Dr. Sukiman Sarmani selaku Pengerusi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) yang juga pakar dalam bidang Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia, bagi mendapatkan pandangan beliau tentang isu ini.
MajalahSains.Com : Syarikat
Lynas Advanced Material Plant (LAMP) telah diberi Lesen Operasi
Sementara (TOL) oleh AELB. (Rujukan :
http://www.aelb.gov.my/aelb/malay/teks/lynas_pr.asp)
Boleh Prof jelaskan serba ringkas maksud TOL ini?
Boleh Prof jelaskan serba ringkas maksud TOL ini?
Prof Sukiman
: Sebelum ini Lynas telah diberikan lesen untuk membina loji memproses
mineral nadir bumi pada tahun 2008. Sehingga kini kira-kira 90%
kemudahan loji telah disiapkan. Peringkat seterusnya ialah memohon lesen
untuk operasi kilang bagi menghasilkan nadir bumi. Bagi mempastikan
operasi loji menepati spesifikasi operasi seperti dalam dokumen memohon
lesen maka Lesen Operasi Sementara (TOL) diberikan dahulu untuk tempoh
dua tahun. Jika operasi kilang tidak menimbulkan masalah dari segi hazad
radiologi, Lynas boleh memohon lesen operasi penuh. TOL membolehkan
AELB memantau pelepasan bahan radioaktif dan AELB mempunyai kuasa untuk
membatalkan TOL dengan serta merta jika operasi loji mendatangkan
bahaya. Apabila TOL diluluskan maka lesen juga dikeluarkan bagi
membolehkan syarikat mengimport, mengangkut, menyimpan, mengendali dan
memproses bahan radioaktif.
MajalahSains.Com : Isu
yang timbul dan hangat diperkatakan ialah galian atau bijih yang
dilombong di Mount Weld, Australia, kemudian dihantar ke Malaysia untuk
diproses bagi mendapatkan logam nadir bumi yang sangat bernilai. Orang
ramai berpendapat bahan galian yang mengandungi logam nadir bumi ini,
apabila diproses akan menghasilkan sisa industri termasuk sisa
radioaktif. Kemudian ia akan mencemarkan negara kita terutamanya di
kawasan Gebeng, Kuantan. Apa komen Prof ?
Prof Sukiman
: Unsur nadir bumi wujud dalam pelbagai mineral dan kerana unsur nadir
bumi merupakan unsur berat dengan jejari atom yang hampir sama dengan
uranium dan torium maka mereka boleh wujud secara bersama tetapi pada
kepekatan berbeza tergantung kepada jenis mineral. Mineral dari Lombong
Mount Weld, Australia adalah jenis karbonatit dan karbonat mengandungi
unsur torium dan uranium yang jauh lebih rendah. Mineral ini juga telah
diproses untuk pemekatan di Mount Weld maka kandungan unsur sampingan
juga menjadi berkurangan. Operasi sesuatu loji memang menghasilkan bahan
sampingan yang yang boleh dinamakan sebagai sisa atau bahan sumber.
Menurut dokumen permohonan lesen hanya gypsum yang dikategorikan
sebagai sisa manakala sisa lain menjadi sumber bahan mentah industri
sampingan. Jika Lynas berjaya menurunkan kandungan bahan radioaktif
dalam gypsum maka gypsum boleh digunakan sebagai sumber bahan binaan.
MajalahSains.Com : Masyarakat
masih ragu-ragu dengan tahap pengurusan sisa bahan radioaktif. Apakah
benar teknologi dan kepakaran yang kita miliki belum cukup untuk
menghapuskan stigma masyarakat tentang kepakaran yang dimiliki oleh
rakyat Malaysia?
Prof Sukiman
: Kita sudah ada pengalaman menguruskan sisa loji ARE (Asian Rare Earth
) yang lebih tinggi kandungan bahan radioaktifnya maka kendalian sisa
yang kurang radioaktif sudah tentu akan lebih mudah. Kita selalu
memandang rendah akan kemampuan sendiri dan sentiasa menyanjung
kepakaran luar.
MajalahSains.Com : Juga
dibangkitkan isu pengurusan sisa yang gagal dari kilang Asian Rare
Earth (ARE) dan Malaysian Rare Earth Corporation (MAREC) pada tahun
1980-an di Bukit Merah. Sedangkan perbandingan sisa toksik (toria dan
gypsum sintetik) yang ditunjukkan dalam laporan yang dikeluarkan oleh
Akademi Sains Malaysia (Industri Nadir Bumi: Melonjakkan Ekonomi Hijau Malaysia ke Hadapan)
jelas menunjukkan perbezaan ketara dari segi kandungan radioaktifnya.
(Pengeluaran sisa kilang Syarikat Lynas (M) jauh lebih kecil sisa bahan
beradioaktif ).Apa komen Prof ?
Prof Sukiman
: Kandungan uranium dan torium yang diberikan adalah hasil daripada
loji pandu skala makmal yang dilakukan di Australia. Kita akan
mengetahui kandungan sebenar apabila loji beroperasi berasaskan TOL dan
AELB akan menganalisis kandungan unsur radioaktif yang terdapat dalam
gypsum tersebut. Pihak Lynas perlu mengotakan janji mereka tentang
kandungan uranium dan torium dalam bahan mentah dan dalam sisanya
seperti yang dinyatakan dalam dokumen permohonan lesen.
Sisa
toria berasal dari mineral monazite yang diketahui tinggi kandungan
uranium dan torium. Sebenarnya monazite adalah salah satu mineral sumber
uranium dan torium.
Pada
tahun 1980, belum ada Akta 304, Akta Perlesenan Tenaga Atom, sebab
itulah tidak ada agensi yang memantau dan menguatkuasakan pengurusan
sisa mengandungi uranium dan torium. Banyak perkara telah dipelajari
daripada ARE.
MajalahSains.Com : Dari
laporan ASM juga menyatakan bahawa insiden dari kilang ARE di Bukit
Merah pada tahun 1980-an dahulu yang menghubungkaitkan dengan kes
leukemia dan kematian yang dialami oleh pekerja-pekerja kilang tidak
disokong fakta. Apa pendapat Prof ?
Prof Sukiman
: Memang benar laporan dalam media dan yang disebut oleh beberapa NGO
tidak berasaskan kepada data. Untuk rekod, ARE menang dalam kes di
mahkamah tinggi dan operasi kilang ditutup bukan kerana atas perintah
mahkamah tetapi atas alasan ekonomi. Atas jasa baik syarikat induk di
Jepun mereka telah membelanjakan lebih RM 300 juta untuk membersih,
mengurus dan menyimpan bahan sisa toria.
MajalahSains.Com : Rata-rata
yang menentang operasi kilang logam nadir bumi, Lynas (M) membangkitkan
isu kecekapan pengendalian sisa radioaktif, terutamanya unsur Thorium.
Apakah Malaysia benar-benar mengamalkan prosedur pelupusan sisa
radioaktif mengikut piawaian antarabangsa ?
Prof Sukiman
: Dalam hal penggunaan tenaga nuklear Malaysia telah menandatangani
pelbagai perjanjian, konvensyen dan protocol antarabangsa bagi
mempastikan penggunaan tenaga nuklear tidak memudaratkan orang awam,
pekerja dan alam sekitar. Malaysia berkerja rapat dengan IAEA selaku
agensi PBB yang memantau penggunaan tenaga nuklear diperingkat global.
Malaysia sentiasa mengamalkan piawaian antarabangsa dalam segala
peraturan dan perintah yang dikeluarkan di bawah Akta 304 Akta Lembaga
Perlesenan Tenaga Atom.
MajalahSains.Com : Tahap
keselamatan pekerja dan orang awam adalah satu perkara yang amat diberi
perhatian dalam pengendalian operasi kilang nadir bumi. Pada pandangan
Prof, apakah jaminan tahap keselamatan yang ditawarkan oleh Syarikat
Lynas (M) mampu meyakinkan orang ramai tentang tahap keupayaan mereka
mengendalikan risiko bencana sekiranya ia berlaku?
Prof Sukiman
: Apabila lesen operasi dikeluarkan maka menjadi obligasi mandatori
syarikat Lynas mematuhi segala keperluan dalam Akta 304 bagi mengawal
keselamatan pekerja, orang awam dan alam sekitar. Para pekerja yang
terlibat secara langsung dengan bahan radioaktif akan dikelaskan sebagai
pekerja sinaran dan syarikat wajib memastikan mereka menerima dos
sinaran tahunan di bawah 20mSv. Peralatan pemantauan sinaran di tempat
kerja dan perkakas perlindungan pekerja perlu ada seperti yang
ditetapkan dalam lesen. AELB juga akan memantau pematuhan kepada syarat
tersebut secara berkala.
MajalahSains.Com : Akhbar
turut melaporkan, bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI) telah memberi jaminan bahawa sisa-sisa yang dikeluarkan daripada
pengilangan bahan mentah dari loji Syarikat Lynas (M) mengandungi tahap
bahan radioaktif yang rendah. Namun kenyataan ini terus dimanipulasi
oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan menafikannya. Apa komen
Prof ?
0 comments:
Post a Comment