Lazimnya buah
pingganglah yang terlintas dalam fikiran seseorang setiap kali timbul
isu pendermaan organ. Namun begitu, ada pihak yang mahu melaksanakan
pendermaan yang melibatkan satu lagi organ utama manusia, iaitu uterus
atau “rahim” dalam kalangan masyarakat negara ini. Mungkinkah perkara
ini terjadi dan bolehkah dilaksanakan?
ISU pendermaan organ bukan isu yang
baharu, bahkan diterima pakai secara menyeluruh dan dipraktikkan di
Malaysia. Pelbagai kempen dan aktiviti dijalankan bagi menyebarkan
pengetahuan berkaitan dengan isu ini kepada orang awam. Masyarakat kini
sudah mula digalakkan untuk mendaftarkan diri sebagai penderma organ,
iaitu mereka bersetuju organ mereka diambil dan diberikan kepada pesakit
lain apabila meninggal dunia kelak. Lazimnya buah pingganglah yang
terlintas dalam fikiran seseorang setiap kali timbul isu pendermaan
organ. Namun begitu, ada pihak yang mahu melaksanakan pendermaan yang
melibatkan satu lagi organ utama manusia, iaitu uterus atau “rahim”
dalam kalangan masyarakat negara ini. Mungkinkah perkara ini terjadi dan
bolehkah dilaksanakan?
0 comments:
Post a Comment