Saat jatuh hati bermula seakan terdetik adakah lelaki itu bakal suami yang mungkin ditakdirkan Ilahi buat diri ini. Lalu, tadbir hari ini disusun penuh rapi walau belum pasti takdir esok hari.. :)
Tersenyum sendiri..malu sendiri.. rindu di hati diselangi... resah menanti.. Diakah itu? Diakah itu?
yang bakal dicintai sepenuh hati setelah Allah dan Rasul Ilahi? Diakah itu? Diakah itu? Suami yang padanya dicurahkan bakti seikhlas hati Diakah itu? Diakah itu? Suami yang bersamanya menempuh onak dan duri melayari bahtera alam rumahtangga alam baru penuh liku dalam usaha menuju redha Ilahi.
Diakah itu? Diakah itu? Indahnya hidup ini dalam ketidakpastian penuh kejutan penuh ujian Hanya Tuhan menjadi harapan serta sandaran segala urusan. Diakah itu? Diakah itu? Satu persoalan insani hari ini yang menjadi misteri esok hari..Alhamdulillah~
~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.
~Kenangan Musim Banjir
Sebut tentang banjir ni, sy ada kenangan musim banjir di kampung aruah nenek.. ( Al Fatihah..semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sisiNya ) Kampung nenek memang sering dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh..Semasa sy masih kanak-kanak , sy adik-beradik sering mengharapkan setiap kali balik kampung nenek berlaku banjir..Bagi kami yang tidak pernah mengalami banjir, ianya umpama menikmati keindahan alam ciptaan ALLAH SWT. Kenangan musim banjir ini adalah sesuatu yang unik bagi sy. Bermandi manda di halaman rumah..berakit dalam besen besar nenek..sehinggakan periuk belanga nenek menjadi mangsa kami untuk dijadikan sampan..Satu nostalgia manis kami di musim banjir..
Bercuti ke tanah tinggi juga ada risikonya di musim hujan. Kawasan-kawasan tanah tinggi dan berbukit terutamanya di tempat-tempat yang telah dibangunkan mempunyai risiko hakisan terutamanya ketika hujan. Kebanyakan tempat mudah berlaku hakisan apabila pokok-pokok ditebang untuk dibina bangunan, maka air hujan akan masuk terus ke dalam tanah dan keadaan tanah pepejal bertukar menjadi cecair dan bergerak menyebabkan gelongsoran tanah. Risau berlaku tanah runtuh bila-bila masa..ea eh~! da mcm nak mengajar subjek sains pulak~! :D
Nampaknya terpaksalah tangguh dulu perancangan bercuti buat sementara waktu..Sekarang ni sy habiskan masa cuti dengan belajar memasak dengan mama..nak melengkapkan ilmu rumahtangga ekeke..dan makan...dan makan...~!
"Sesungguhnya banjir adalah ujian daripada Allah SWT. Sekalipun ia pahit, namun kadang-kadang ujian ini bertujuan membersihkan dosa dan mengangkat darjat. Sebagaimana ubat yang pahit itulah yang menyembuhkan penyakit...".
Categories
apa-apa jer
Doaku Hari Ini..
Ya Allah,
terima kasih kerna masih lagi
meminjamkan nafas ini buatku,
terima kasih jua kerna masih
memberi kesempatan lagi
untuk bersama keluargaku,
jua sahabat dan saudara-saudaraku
lagi,di alamMu yang indah
dan permai..
Sesungguhnya aku memohon
bimbinglah aku dan semua
insan yang aku sayang,
dalam meniti hayat ini,
agar sentiasa dalam keredhaan
jua diberkati olehMu..
selama nafas ini masih Engkau
anugerahi......
meminjamkan nafas ini buatku,
terima kasih jua kerna masih
memberi kesempatan lagi
untuk bersama keluargaku,
jua sahabat dan saudara-saudaraku
lagi,di alamMu yang indah
dan permai..
Sesungguhnya aku memohon
bimbinglah aku dan semua
insan yang aku sayang,
dalam meniti hayat ini,
agar sentiasa dalam keredhaan
jua diberkati olehMu..
selama nafas ini masih Engkau
anugerahi......
Categories
bicara hati
Aku Menunggumu Kerana Allah..
Ini bukan desakan perasaan untuk sebuah penantian..
tetapi mengapa ?
Kerana aku tahu diriku banyak kekurangan..
dan kerananya ku perlukan seseorang yang lebih halus
untuk menaklukkan hatiku..
yang tegas dan teguh untuk menguatkan hatiku yang lemah
dengan izin-NYA.
Aku tahu terlalu banyak yang harus kuperbaiki
Kerananya aku menunggumu untuk menjadi pendampingku
dengan tulusmu..
Untuk lebih mengajariku dengan sabar hingga kenikmatan
imanku terhadap-NYA ..
Semakin dalam dengan izin-NYA disetiap hari dan untuk
selamanya..
Aku tahu dalam hatiku aku tak ingin hidup sendiri kerana
aku berharap ALLAH menganugerahkan padaku seorang imam untuk berbagi banyak hal
dan menerima kekurangan diri ..
Bila benar ada dalam hidupku..
Semoga ALLAH memantapkan hati kita dan mendekatkan kita
dijalan yang lebih diredhai-NYA…
Aku mencintaimu kerana ALLAH..
Aku merindukanmu kerana ALLAH..
Aku menunggumu kerana ALLAH..
Di raga manakah kamu bersemayam ?
Dari sini ku menatap jejakmu bagaikan menari dengan
angin..
Di antara gemuruh ombak kerinduanku terasa getarku. .
Izinkan bisik hatiku sebagai petunjuk arahmu dengan
izin-NYA. .
Rendamkanlah rinduku dijalan yg terbaik menurut ENGKAU
untuk dunia dan akhiratku…
Bila saudara dan teman tak lagi cukup menemani
kehidupanku…
Maka hari itu yang aku tunggu..
Penantianku pasti kerana ENGKAU tidak pernah alpa dalam
berjanji dalam kalam-MU..
Categories
bicara hati
Subscribe to:
Posts (Atom)



