~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

sudah tertunaikah?

Posted by Dea at Saturday, November 26, 2011 0 comments
Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan izinNya, kita masih diberi peluang untukmenghirup udara dan menjalani kehidupan sebagai hamba ALLAH dan khalifah di bumi ini pada hari ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda, serta seluruh pejuang Islam walau di mana pun mereka berada.

Sepanjang tahun yang lalu, sejauh manakah usaha yang telah kita lakukan untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah kita ini? Mungkin juga ada yang berazam macam-macam, sudah tertunaikah azam yang kita tetapkan pada awal tahun lepas? Adakah kita telah menjadi hamba ALLAH yang lebih baik pada hujung tahun ini berbanding diawal tahun? Banyak perkara yang kita perlu check balik, termasuk niat kita dalam segala perbuatan yang kita lakukan. Mudah-mudahan semuanya adalah semata-mata kerana ALLAH dan menjadi amalan yang dapat menyelamatkan kita di akhirat kelak, insya ALLAH...

Sahabat
Perjuangan ibadah kita
Hakikat insan dihidupkan
Dimatikan bila tugas selesai
Itulah janji Tuhan

Sahabat
Apalagi yang tak pasti
Kebatilan akan pastinya runtuh
Islamkan tertegak atas kebenaran
Teguhkan keyakinan

Sahabat
Apalagi yang kau ragukan
Adalah sunnah Rasulullah
Yang sedikit akan pasti menang
Tegakkan keyakinan... (✿◠‿◠)

teruskan perjalanan...

Posted by Dea at Saturday, November 26, 2011 0 comments
Alhamdulillah, syukur pada ALLAH atas kasih sayang ini..syukur pada ALLAH atas peluang yang diberikan..syukur pada ALLAH atas ruang yang diberikan..syukur pada ALLAH atas pilihanNya..Syukran jazilan kepada ibu yang mengandung dan melahirkan ke bumi, syukran jazilan kepada bapa yang berjuang mencari rezeki penerus kehidupan, syukran jazilan kepada para guru, pendidik dan mereka yang telah memberikan ilmu pengetahuan dan bimbingan selama ini, syukran jazilan kepada sahabat-sahabiah yang sudi menerima diri ini menjadi sahabat kalian seadanya dan memimpin tangan ini bersama di jalan ini..

Sesungguhnya ALLAH sekali-kali tidak akan menyanggahi janjiNya.. Semoga kita menjadi seorang muslim dan mukmin yang tabah dan cekal menghadapi apa jua rintangan, cabaran, mehnah, onak dan duri dalam kehidupan di dunia yang sementara ini demi kebahagiaan abadi di akhirat kelak..insyaALLAH..

Indahnya hidup ini
Andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan ALLAH
Bertunjangkan ilmu dan kebenaran
Bersulam akhlak penuh menawan
Bertatahkan ukhuwah dan kasih sayang...(✿◠‿◠)


Salam Maal Hijrah

Posted by Dea at Saturday, November 26, 2011 0 comments
Sempena menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H. Mari kita sama-sama berazam untuk memperbaiki diri sendiri supaya memperbanyakkan ibadah dan amalan-amalan kita kepada Allah SWT disamping itu marilah kita sama-sama membanyakkan istighfar, bertaubat, berzikir, berselawat dan berdoa, semoga kita semua berada dalam redha Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW.


Maksudnya:

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.


Maksudnya:

Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari keslahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam

Dia Yang Tulus

Posted by Dea at Friday, November 25, 2011 0 comments
Photo: Assalamualaikum . . . Selamat Pagi . . . .

Redha

Posted by Dea at Wednesday, November 23, 2011 0 comments
~Apabila Kita REDHA Pada Sesuatu Yang Mengecewakan HATI Kita, Maka Percayalah ALLAH Akan Menggantikan Kekecewaan Itu Dengan Sesuatu Yang Tidak Di Sangka :')

P/S : Hadiah Tak Semestinya Berbungkus Dengan BAHAGIA, Kadang-kadang ia berbungkus dengan UJIAN, tetapi di dalamnya ada BARAKKAH (^___^)
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor