~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Khitbah

Posted by Dea at Sunday, March 15, 2015 0 comments

“Khitbah” atau bertunang adalah muqaddimah atau permulaan kepada az-zawaj iaitu perkahwinan. Siapa? Tidak dimaklumkan kerana dalam hadis Rasulullah SAW :
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan/hebahkan) tentang perkahwinan”
(Hadis Riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu’anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Sesungguhnya Allah menjadikan khitbah sebagai salah satu dari syariat-syariat atau perundangan-perundangan Agama Islam.
Kerana khitbah memberi peluang kepada kita semua untuk at-ta’arruf/berkenalan dengan pasangan masing-masing dari segi sebelum kita bernikah atau berkahwin.
“Tempoh Pertunangan adalah tempoh pasangan akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan sebelum memasuki alam perkahwinan.
Ujian yang paling halus akan menjangkiti hati. Dari situlah, kemungkaran dan maksiat lain akan menular.
Tempoh ini sememangnya untuk kita mengenali bakal pasangan kita, keluarganya, namun, gunakanlah pendekatan terbaik, dengan mengurangkan ruang-ruang untuk syaitan mencucuk virusnya pada hati kita ini.
Jagalah hubungan pertunangan sebaiknya, demi keberkatan sebuah perkahwinan yang suci.”

Doa Buat Mereka Yang Nak Kahwin:
Ya Allah Ya Rahim. Dari setinggi dan selaut kasih sayang-MU,kurniakanlah keimanan dan kesabaran kepada pasangan ini supaya mereka berjaya menempuh segala dugaan.
Kurniakanlah ketaqwaan dan kesyukuran supaya mereka sentiasa menerima nikmat-MU. Kurniakanlah keredhaan dan keinsafan kepada mereka supaya mereka dapat beramal ibadat di jalan-MU.
Kurniakanlah juga mereka ketabahan dan kecekalan agar mereka menjadi hamba-MU yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamnin
Dalam perhubungan, ibaratkanlah ia seperti kaca. Jika terlalu erat digengam ia akan pecah dan melukakan diri. Jika pecah, walau dicantum kembali, ia tidak seperti asal lagi.
Maka berhati-hatilah, wanita ini dari rusuk kiri yang bengkok. Jika terlalu keras memaksa ia akan patah, dengan hikmah sahaja ia dapat dibentuk.
Terciptanya bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan jua dari kaki untuk dialasi.Tetapi dekat di bahu untuk dilindungi, dekat di hati untuk dicintai, dekat di sisi untuk menjadi teman sejati.

Aku Cintai Dirinya KeranaMu Ya Allah..

Posted by Dea at Sunday, March 15, 2015 1 comments
Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..
Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.
.
Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..
Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.
.
Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..
Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.

Think About It~!

Posted by Dea at Saturday, March 14, 2015 0 comments
Yahudi akan gentar dengan umat Islam jika setiap saf di masjid / surau dipenuhi dengan orang Islam yang menunaikan solat fardhu 5 waktu berjamaah.

Sayangi Ibu Bapa Kita

Posted by Dea at Saturday, March 14, 2015 0 comments
Hayati bait-bait kata ini… semoga kita akan sedar.. dan dapat ingat kembali..

 » Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
 » Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
 » Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
 » Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
 » Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
 » Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah” Tetapi
 » Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
 » Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
 » Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
 » Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
 » Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga. Fikir-fikirkanlah

* Hidup bagai pusingan roda… sampai masanya kita pula akan menjadi ibu atau bapa… dan anak-anak kita akan melakukan apa yang pernah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita… dan kita akan bersabar dengan karenah mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kepada kita… dan begitulah seterusnya… janganlah mengabaikan mereka, janganlah menghantar mereka ke rumah orang-orang tua. jagalah mereka seperti mereka menjaga anda sewaktu kecil.. Jangan abaikan mereka…

 Sayangilah ibubapa kita…insyaAllah kita akan disayangi oleh anak-anak kita pula..

Bersyukur dan Ikhlas

Posted by Dea at Saturday, March 14, 2015 0 comments
Setiap orang diberikan hati oleh Allah. Terpulang pada diri sendiri untuk mencorakkannya. Entri ini sekadar ingatan buat diri sendiri. Melihat orang lain gigih berusaha. Ingin menjadi seperti mereka, tapi angan-angan cuma. Benarlah, hidup setakat bercita-cita tapi tiada usaha, tidak ke mana. Apa pun ambil yang positif. Sebagai pengajaran tapi bukan perbandingan.

Jangan bandingkan hidup atau lebih tepat nasib hidup kita tidak sebahagia dan sempurna orang lain. Selagi kita mencari kekurangan diri sebenarnya itu yang membuatkan kita tidak bahagia. Kita kata syukur tapi dalam masa yang sama ada yang kita keluhkan. Setiap orang diberikan hati oleh Allah. Terpulang pada diri sendiri untuk mencorakkannya.

Entri ini sekadar ingatan buat diri sendiri. Melihat orang lain gigih berusaha. Ingin menjadi seperti mereka, tapi angan-angan cuma. Benarlah, hidup setakat bercita-cita tapi tiada usaha, tidak ke mana. Apa pun ambil yang positif. Sebagai pengajaran tapi bukan perbandingan. Jangan bandingkan hidup atau lebih tepat nasib hidup kita tidak sebahagia dan sempurna orang lain. Selagi kita mencari kekurangan diri sebenarnya itu yang membuatkan kita tidak bahagia. Kita kata syukur tapi dalam masa yang sama ada yang kita keluhkan.

 Semoga kita benar-benar bersyukur dan ikhlas dalam menerima takdir hidup kita. Kerana apa yang kita lalu itu adalah jalan yang kita pilih. Jika ingin bahaga.. Ada caranya. Dalam masa yang sama selari dengan tuntutan agama. Wallahuaklam.

Di manakah Ketenangan?

Posted by Dea at Saturday, March 14, 2015 0 comments
Siapakah manusia yang paling tenang hatinya kalau bukan Nabi Muhammad s.a.w.? Dan bukankah hayat baginda hanya berlegar di padang pasir. Tidak pernah baginda menyelam ke dasar lautan Pasifik melihat keindahan hidupannya. Tidak pernah baginda menjelajah hingga ke Eropah atau Asia Tengah; bumi yang penuh dengan flora dan fauna yang kita idam-idamkan peluang untuk ke sana. Dalam keadaan hidup baginda yang di kelilingi padang pasir itu pun, ketenangan yang hakiki berjaya baginda dan para sahabat perolehi.

 Justeru, di manakah wujud ketenangan itu sebenarnya? Kalau pun kita diberi peluang untuk ke tempat-tempat yang indah dan permai itu dan di sana kita merasai ketenangan yang kita harapkan, adakah berkekalan rasa tenang itu apabila kita meninggalkan tempat tersebut? Lazimnya tidak. Bahkan kalau memang kita ditakdirkan bermastautin di tempat itu, pastikah ketenangan itu akan berterusan? Jawapannya juga tidak. Buktinya? Cuba perhatikan, sejak lahir, kita hidup di bumi Malaysia, yang akhirnya kita merasa bosan dengan suasana flora dan fauna negara sendiri, padahal ribuan pelancong dari tempat-tempat yang menjadi idaman kita itu memuji-muji keindahan negara ini. Mengapa mereka ke sini pula, padahal tempat merekalah yang kita rasakan lebih indah dan permai suasananya?

 Fikirkan. Kenapa mereka mencari ketenangan di sini, sedangkan kita pula merasakan ketenangan itu berada di tempat mereka sendiri? Cuba halusi kembali. Di manakah sebenarnya ketenangan yang dicari-cari?

Ramai yang menyangka bahawa dengan berada di tempat-tempat seperti itulah ketenangan dapat diperolehi dan kebahagiaan dapat dikecapi. Namun hakikatnya ketenangan itu tidak wujud di mana-mana pun, tapi ia sebenarnya berada di dalam hati. Walau di mana sekalipun kita berada, sebenarnya ketenangan itu sangat dekat dengan kita. Walau hidup kita di dalam gua yang tertutup tanpa cahaya atau hidup di kelilingi dengan hiruk pikuk kesibukan kotaraya, ketenangan itu tetap dapat kita perolehi. Kerana syarat untuk tenang itu bukannya ke pantai, ke bukit atau ke hutan. Tapi syarat ketenangan itu ialah mengingati Tuhan.

Maksud firman Allah; “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itulah hati akan tenang.” (Surah Al-Ra'd 38) Itulah rahsia ketenangan. Pintunya di hati. Dan kuncinya mengingati. Dan yang diingat itu ialah Tuhan Yang Maha Suci. Lihatlah apa sahaja di depan matamu dan kalau yang dilihat itu diperhati dan yang diperhati itu dihayati dan yang dihayati itu difahami akan hakikatnya, kemudian segalanya dapat membawa hati mengingati Allah, maka akan lahirlah ketenangan.

 Melihat manusia yang berbagai rupa bangsa, kemudian mengkagumi kebijaksanaan Tuhan, maka hati akan tenang. Melihat kenderaan lalu-lalang, kemudian memuji kehebatan Tuhan atas ilmu yang Dia ilhamkan pada manusia untuk mencipta kenderaan itu, maka hati akan tenang. Melihat kemusnahan dan pencemaran kotaraya, kemudian menginsafi ketentuan Tuhan terhadap kehancuran dunia (kiamat), maka hati akan tenang.

 Melihat manusia dengan segala macam ragam; ada yang kuat ibadatnya dan ada yang hebat maksiatnya, kemudian menangisi dan memohon keuzuran dari Tuhan atas kesilapan diri sendiri, maka hati akan tenang. Begitulah yang disuruh oleh Tuhan. AlamNya terbentang luas bukan untuk dipandang, tapi diperhati. Bukan untuk dilihat, tapi dihayati. Bukan untuk direbut, tapi dimanfaati.

Maksud firman Allah; “Sesungguhnya pada penciptaan langit-langit dan bumi, dan silih pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal.” (Surah Ali Imran 190) Itulah tujuan alam dicipta. Tuhan lahirkan kita merata di seluruh dunia. Biarlah di mana pun kita berada. Kalau pun tempat kita ditakdirkan lahir itu adalah tempat yang dipenuhi dengan kehancuran akibat peperangan atau malapetaka alam, ketahuilah! Tuhan itu tetap adil.

 Dia tidak menetapkan syarat ketenangan itu mesti berada di tempat yang indah permai, tapi yang Dia telah tentukan ialah; untuk tenang itu, hati mesti mengingati DiriNya. Itulah syarat ketenangan yang menjadi impian setiap insan. Yang pasti, tiada siapa yang hanya mahu ketenangan yang bersifat sementara. Justeru, ingatlah Tuhan, dan selama mana ini dilakukan, insyaAllah hati akan tenang.
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor