~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Ujian Hidup

Posted by Dea at Friday, September 20, 2013
Alhamdulillah wa syukru lillah atas pelbagai nikmat yang dikecapi saat ini. Syukur juga atas nikmat pinjaman nyawa juga nikmat iman dan Islam yang benar ini.

Pelbagai perkara datang dan pergi dari hidup ini , yang sememangnya sunnah Ilahi. Kekadang diri terkesan juga dengan dugaan dan keperitan yang dialami.Luka yang ada sememangnya meninggalkan parut yang tidak hilang.Atau mungkin memakan masa untuk hilang. Itulah ujian duka dalam hidup.
Sedangkan ujian kegembiraan dan kesenangan mudah sekali kita lupakan. Apabila datang kesusahan, kita berkeluh kesah mengenangkan duka.Walhal kegembiraan kita banyak sungguh yang sudah dikecapi. Allah, itulah jiwa yang lemah. Tersangkut dengan buaian dunia yang fana.
Kesungguhan perlu dikekalkan untuk terus mencari bahagia. Kenangan lama semakin jauh ditinggalkan dan saya perlu lebih berusaha mencari yang terbaik buat diri, juga mereka-mereka yang saya kasihi. 

Semoga usaha kita hari ini akan membuahkan hasil yang setimpal. Kesungguhan dalam usaha, kecekalan dalam jiwa juga kekuatan iman jua lah yang akan memandu kita ke arah kesempurnaan dalam kehidupan. Semoga Allah terus memberikan Taufiq dan HidayahNya kepada saya dan kalian semua..Salam sayang lillah :)

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor