~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Pasti Ada Jalan..

Posted by Dea at Monday, September 30, 2013 0 comments


Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan juga darah. Itu yang Hamka katakan. Ya, memang benar hidup ini bukan mudah. Perjalanan sepanjang kehidupan bukanlah ditaburi bunga mewangi sebaliknya penuh ranjau berduri. Seringkali hitungan langkah yang salah membuatkan tapak kaki berdarah tertusuk duri yang tajam.

Kadangkala ujian yang datang tu teramat berat sehingga rasa putus asa. Tak mampu nak kira air mata yang menitik. Bahu yang terhingut-higut menahan sebak dan sayu pun sudah lali. Lemahnya diri. Rasa mahu tersembam ke bumi. Bagai dah sampai ke hujung jalan mati. Ya Allah, lemahnya aku. Aku dah tak mampu lagi, Ya Allah.

Ada saatnya segala kekuatan yang kita ada selama ini hancur lebur begitu sahaja dek ujian yang datang. Nampak seperti orang yang sentiasa bermotivasi, tapi kalah juga akhirnya. Sentiasa memberi semangat kepada orang sekeliling, tapi rebah juga motivasi diri sendiri. Acapkali air mata menemani saat berdialog dengan Allah. Pernah terfikir tentang ujian yang tak jemu bertandang. Kadangkali cemburu melihat orang lain kelihatan gembira. "Aku dah penat. Aku dah letih. Aku tak mampu. Aku juga insan biasa yang lemah." Itu bisikan dalam hati. Makin laju air mata mengalir. Sesak nafas. Sempit dada. Ya, itu hakikat apabila tiba saatnya dugaan yang datang bertubi-tubi menerjah kekuatan diri. 

Tapi sedarkah kita, Allah sedang menguji kita? Allah sebenarnya memberi perhatian-Nya kepada kita? Allah sayang akan kita. Sebab itu DIA uji kita supaya kita tak lupa diri, tak kufur nikmat, tak lupa tujuan asal usul penciptaan manusia. Ya, pujuk diri. Istighfar banyak-banyak. Alhamdulillah, aku diuji. Terima kasih, Allah. Terima kasih kerana Engkau sayang kepada aku. Engkau uji aku supaya aku tak leka dengan dunia sementara sedangkan akhirat itu yang kekal abadi. 

Aku juga ingin bahagia, Allah. Aku juga ingin bergelak tawa seperti kawan-kawan lain. Tapi, aku sering dikunjungi dugaan dan air mata. Aku tidak minta Engkau permudahkan urusanku, Ya Allah. Aku cuma mohon Engkau anugerahkan aku kekuatan agar aku mampu meneruskan langkahku di muka bumi ini. Biarlah tak mampu meneruskan langkah dengan berlari, berjalan, merangkak sekalipun. Mengesot pun sudah mencukupi asalkan aku mampu teruskan langkah setiap hari. Ya Allah, aku tahu Kau sedang mendengar luahan rasa sekeping hati yang tidak pernah lekang daripada duka lara ini. Aku tahu Kau sedang memandangku dengan kasih sayang, Ya Allah. Aku mohon, Ya Allah. Anugerahkan aku kekuatan. Aku mahu terus melangkah sebagai hamba-Mu yang senitasa bersyukur atas apa jua yang Engkau berikan padaku. Amin Ya Rabb. 

Setitik demi setitik air mata menitik jatuh menimpa telekung putih. Ya, biarlah basah. Biarlah Allah sahaja yang tahu duka di hati. Biarlah Allah sahaja yang tahu betapa aku inginkan sesuatu itu dengan cara yang diredhai-Nya. Aku mahu yang diredhai, bukan yang dimurkai. Aku mahu yang halal, bukan yang haram. Aku mahu kebahagiaan abadi, bukan kebahagiaan sementara.


Longlai sungguh tubuh ini. Rasa tak berdaya. Lemah benar. Tapi, aku takkan putus asa. Pasti ada jalan yang Allah sediakan untukku. Aku yakin. Aku suka benar dengan ayat ini: 

Bismillahirahmanirahim..

♥ Betapa ALLAH selalu ingin membahagiakan kita
Disetiap keadaan dan kegundahan kita
Seolah-olah IA mengingatkan, "Laa tai'asuu min rauhillah"
TENANGLAH,TEGUHLAH dan OPTIMISLAH
Kerana di penghujung setiap malam,ada pagi yg cerah
Di sebalik setiap bukit,ada taman yg indah
Di sebalik batu yg besar,ada mata air yg sejuk
Setelah perjalanan jauh,ada sungai yg mengalir dan
Setelah kelelahan,ada tempat berehat yg nyaman
Setelah kesedihan ada kebahagiaan
Setelah perjuangan ada buah ranum yg siap dipetik


Air mata segera kukesat. Tak mahu ia terus mengalir. Aku mahu terus memandang ke hadapan walaupun acapkali aku kalah. Biarlah aku kalah berkali-kali asalkan aku tak pernah mengalah. Ya, aku tak mahu mengalah. Dugaan yang hadir itu aku gunakan untuk mematangkan diri.

Ujian Hidup

Posted by Dea at Friday, September 20, 2013 0 comments
Alhamdulillah wa syukru lillah atas pelbagai nikmat yang dikecapi saat ini. Syukur juga atas nikmat pinjaman nyawa juga nikmat iman dan Islam yang benar ini.

Pelbagai perkara datang dan pergi dari hidup ini , yang sememangnya sunnah Ilahi. Kekadang diri terkesan juga dengan dugaan dan keperitan yang dialami.Luka yang ada sememangnya meninggalkan parut yang tidak hilang.Atau mungkin memakan masa untuk hilang. Itulah ujian duka dalam hidup.
Sedangkan ujian kegembiraan dan kesenangan mudah sekali kita lupakan. Apabila datang kesusahan, kita berkeluh kesah mengenangkan duka.Walhal kegembiraan kita banyak sungguh yang sudah dikecapi. Allah, itulah jiwa yang lemah. Tersangkut dengan buaian dunia yang fana.
Kesungguhan perlu dikekalkan untuk terus mencari bahagia. Kenangan lama semakin jauh ditinggalkan dan saya perlu lebih berusaha mencari yang terbaik buat diri, juga mereka-mereka yang saya kasihi. 

Semoga usaha kita hari ini akan membuahkan hasil yang setimpal. Kesungguhan dalam usaha, kecekalan dalam jiwa juga kekuatan iman jua lah yang akan memandu kita ke arah kesempurnaan dalam kehidupan. Semoga Allah terus memberikan Taufiq dan HidayahNya kepada saya dan kalian semua..Salam sayang lillah :)

Mengenai R4BIA..

Posted by Dea at Saturday, September 07, 2013 0 comments
Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari dan mula menggunakan hashtag #R4BIA? Apakebenda R4BIA tu?

1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera firaun as sisi. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.

3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu 17 Ogos 2013 setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera firaun as sisi Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera as sisi.

4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2013

Posted by Dea at Saturday, September 07, 2013 0 comments
Selamat menghadapi peperiksaan UPSR yang berlangsung pada 10 hingga 12 September 2013, kepada semua murid tahun 6 . Semoga anak didik kita tenang menjawab soalan peperiksaan ini, dan kejayaanlah yang kita harapkan, terutamanya kepada guru yang mengajar tahun 6, harapan mereka sangat lah besar maknanya.  Semoga mereka yang menghadapi peperiksaan ini tenang ketika menjawab soalan yang diberikan. Sama-sama lah kita mendoakan kejayaan mereka, agar semuanya lulus dan cemerlang dalam semua subjek. Inn Sha Allah, jika murid-murid sudah berusaha, mengulangkaji pelajaran, ingat semua apa  yang telah di ajarkan  cikgu, berdoa dan selebihnya tawakal kepada Allah S.W.T., maka kejayaan pasti menemui kita.

Impian Setiap Wanita..

Posted by Dea at Saturday, September 07, 2013 0 comments
Sejujurnya..
Aku bukanlah seorang wanita sempurna..
Aku tidak mungkin menandingi kemuliaan Siti Khadijah.
Tidak juga bakal mendekati ketakwaan Siti Aisyah.
Dan tidak mungkin sama dengan ketabahan Siti Fatimah.

Tapi aku tak akan menyerah begitu saja.
Untuk selalu berusaha memperbaiki diri menjadi lebih baik.
Menjadi peribadi yang selalu mampu menjaga diri.
Menjadi peribadi yang selalu mampu menjaga kehormatan diri.

Aku yakin..
Dengan ketulusan dan kesungguhan niat di dalam hati.
Aku akan mampu meraih cita-citaku.
Sebuah Impian setiap wanita.

Iaitu ingin menjadi seorang' WANITA SHOLEHAH'
di akhir zaman....
Inn Sha Allah.
Posted by Dea at Saturday, September 07, 2013 0 comments
Ya Allah.. Peluklah hati ini di saat ku mulai merasa gelisah dalam penantian penuh kesabaran ini,terkadang hatiku merasa rindu pada dia insan yang ku cintai dalam diamku…

Ya Rabb..Biarlah ku simpul dalam setiap doa-doa dalam Istikharahku kepada-Mu rasa ini,agar kelak Engkau satukan hatinya dan hatiku yang kan bertaut bertahta dan bersemi indah kerana redha-MU….

Ya Rabb… Tuntunlah hati hamba agar hanya mau menerima cinta seorang Insan yang benar-benar pilihan-Mu bukan semata-mata pilihan nafsuku.

Ya Rabb,bila dia memang baik untuk kami,agama kami,masa depan dunia dan akhirat kami,bisa membimbing dan membawa kami lebih dekat pada-Mu,Maka dekatkanlah diri dengannya & satukanlah kami dalam pernikahan yang sakinah, mawaddah, warrahmah..

Tapi kalau bukan dia yang terbaik,maka jangan biarkan kekaguman kami menjadi suka apalagi cinta,Jadikanlah kekaguman kami seperti orang lain kagum padanya,,Engkaulah Maha membolak-balikkan hati maka kami titipkan rasa ini,kami serahkan semuanya pada-Mu,kerana semua ini adalah milik-Mu.... Aamiin ya Rabbal ala'amin.


Bersama Mencari Redha Ilahi..

Posted by Dea at Saturday, September 07, 2013 0 comments
Aku menasihatimu sahabat bukanlah bermakna aku telah menjadi hamba Allah yang terbaik tetapi sememangnya dalam kehidupan ini, kita perlu saling berpesan ke arah kebenaran dan kebaikan.. bukankah kita sama-sama ingin berpimpin tangan ke syurga Allah? Mari sahabat, izinkan aku memegang erat tanganmu, sama-sama kita menuju mencari redha Ilahi.. 

Orang yang mudah berkecil hati dalam menerima teguran atau nasihat orang lain, samalah seperti dia sangat mementingkan hati berbanding agama, teguran yang diberi kadangkala untuk kebaikan diri sendiri juga, belajarlah daripada kesilapan. tapi Orang yang sombong adalah orang yang tidak mahu belajar langsung, malah menutup hatinya dan memalingkan mukanya semasa diberi atau menerima teguran, bersyukurlah masih ada yang sudi menasihati & menegur, itu tandanya, masih ada yang sayang dan ambil berat. Alhamdulillah. 

Jika Aku Untuk Dia..

Posted by Dea at Saturday, September 07, 2013 0 comments
Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..

Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.

Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..

Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.

Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..

Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor