~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Bantulah Hambamu Ini..

Posted by Dea at Sunday, August 25, 2013 1 comments
Ya Allah ya Tuhanku..Lindungi la aku hambaMu yg lemah ini..Aku tak tahu mengapa sampai skrg aku msh tak dpt nak memberikan hati ini utk di miliki oleh sesiapa..Apa yg berlaku dulu begitu meninggalkan kesan yg mendalam bt hidup ku sehari2..Wlupun dah jd sejarah.Tp smpai skrg luka tu msh tersisa lg..

Dia tak tinggalkn aku & aku pn tak tinggalkn dia..Tp perbuatan dia terhdp aku yg meninggalkn kesan dlm hdupku..Sakitnya bagai ditusuk oleh duri yg tajam..Kejamnya dia pd aku..Aku dah cuba tuk membuang semua rasa itu tp aku tak mampu..Ya Allah tolong aku bantu aku..tuk aku membuka kembali hatiku buat insan2 yg lbh menyayangiku,menghargaiku lbh dr dia yg sebelum ini..
Aku tak mau ingat lg semua yg berlaku itu tp aku msh belum mampu melupakannya yg menyakiti hatiku..Sakit..Sakit sgt..Aku dah puas menangis,menangis & menangis..

Aku ingin menangis sepuas2nya jika itu yg dpt menghapuskn semua rase yg pernah singgah di hatiku ini..Aku tak mau alami semua nie lg..Patut ke aku terus2an menutup pintu hatiku bt laki2 di luar sana..Ya Allah..aku perlu Engkau..Bantu aku Ya Allah..Jgn Engkau biar aku sendiri tuk lalui semua nie..beri aku petunjukMu Ya Allah..

Nmun aku ttp bersyukur atas ape yg terjadi seblum nie,sekurang2nye Tuhan dah tunjukkn sape dia yg sebenarnye kt aku..semua kelemahannya,keburukannya terkeluar & terpancar jelas di depan mata aku...Sujudku..Syukurku PadaMu Ya Allah..

Aku perlukan petunjuk dariMu Ya Allah..Apakah aku harus menutup rapat2 pintu hatiku ini atau akan aku bukakannya kembali setelah hmpir 2 tahun aku menutupnya..
Aku tak tau Ya Allah kerana Engkau la yg Maha Mengetahui..
Bantulah HambaMu ini..

Memang Allah Sengaja..

Posted by Dea at Sunday, August 25, 2013 0 comments
Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita
dapat menjadi penilai yang baik...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan ALLAH..

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK,
KHAS UNTUK DIRI KITA...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah semoga kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yang hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita menjadi
MANUSIA yang HEBAT JIWANYA...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA
BERSAMA ILAHI...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita LEBIH
MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMANYA KEKAL...

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan
sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa
kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti sama ada menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA...

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu
untuk menolak permintaan hambaNYA yang
menadah tangan meminta dengan penuh
pengharapan HANYA kepada-NYA.....

Pasrah dan Berserah..

Posted by Dea at Sunday, August 25, 2013 0 comments
Aku Redha Dengan Perpisahan Ini Ya ALLAH,aku bersyukur di atas perpisahan ini,kerana ku yakin Engkau MAHA MENGETAHUI segalanya,mungkin si dia bukanlah yg terbaik untuk diriku..Ya ALLAH ku berserah segalanya padaMu..

Kurniakanlah kebahagian pada dirinya hadirkan lah insan yang terbaik buat dirinya..Moga dirinya tidak terus hanyut dibuai dunia yang hanya sementara..

Aku Redha,aku pasrah jika ini merupakan hukuman dan ujian dari-MU..Pada-MU ku bermohon..Pada-MU ku berserah..Hadirkanlah kebahagiaan yang abadi,kau bantulah diriku mencari ketenangan disebabkan perpisahan ini..

Kupohonkan petunjuk Illahi..Hadirkanlah insan yang sejati..Menemani kesepian ini..Mendamaikan sekeping hati Ya Allah..Berikanlah daku kekuatan..Hanya cinta-MU yang kuharap..Hanya kasih-MU yang kudamba..

Andai dia..Sang kumbang KAU utuskan buat perantaraan, Aku terima dengan redha, Namun padanya ingin ku berpesan," Maaf jika hati ini tidak sepenuhnya untukmu, Kerana ia adalah milik-Nya, Maaf jika cinta ini tidak sepenuhnya untukmu, Kerana ia adalah milik-Nya, Maaf jika masaku tidak sepenuhnya untukmu, Kerana ia adalah milik-Nya, Maaf jika ketaatan ini tidak sepenuhnya milikmu, Kerana ia adalah milik-Nya..
 

Aku pasrah,Andai ditakdirkan bersendirian sehingga ke akhir hela nafas, Kerana ku yakini,Cintaku pada-Nya adalah cinta azali,Kerana janji-Nya adalah janji yang pasti,Kerana DIA takkan mempersiakan,Kerana DIA takkan mengecewakan,Lantas ku akur,Kubukakan hati,Ku luaskan minda,Ku terima sang hakikat dengan penuh ketenangan..

Sesungguhnya,Perjalanan hidup ini telah tertulis,Rentetan hayat ini telah tersurat Ya Allah..Di tangan-Mu Tuhan ku sandar impian Penentu jodoh pertemuan,Seandai dirinya tercipta untukku,Relaku menjadi miliknya..AMIN..Namun seandainya dirinya bkn tercipta untukku,aku redha..
 

Wahai sahabat wahai teman..Carilah dia kerana Tuhan..Untuk menambah ceteknya iman..Bekalan diri hidup berteman..Wahai sahabat wahai teman..Cintalah dia kerana beriman,Dijadikan Tuhan sebagai pasangan,Baik buruk ketentuan Tuhan..Wahai sahabat wahai teman..Terimalah dia penuh keikhlasan,Andai buruk anggaplah dugaan,Andai baik pujilah Tuhan..Wahai sahabat wahai teman..Ingatlah akan janji Tuhan..Isteri yang baik besar balasan Suami penyabar itulah kemenangan..
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor