~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Aku Serahkan PadaMu

Posted by Dea at Saturday, July 27, 2013 0 comments
... ya, aku lahir sebagai muslim. tapi aku sedar, makin usia dimamah waktu, aku sebenarnya masih banyak perlu belajar tentang Allah dan Islam. hidup aku jadi makin sempurna dan indah. indahnya kefahaman itu aku kongsi, diruang ini.

... aku bukan ustazah atau alim ulama. aku bukan siapa-siapa. aku sama seperti dia, kamu dan mereka. indah mengenali Islam itu aku kongsi atas rasa cinta, ilham dariNya yang buat jariku menari menitip setiap kata. tolong ingatkan aku sentiasa kepada DIA.
 
Bila hati seolah-olah lesu mengenangkan kekecewaan dan mungkin masalah yang tidak putus datang..Tiba-tiba jari -jemariku terasa untuk bersuara..Mungkin kerana seketul daging bernama hati yang bersembunyi dalam jiwa ini seolah-olah meronta ingin menyuarakan sesuatu.. Lesu aku memandang ke luar jendela..Ya..Hati ini merintih kecewa..Kecewa dengn kebodohan dan kealpaan aku dalam mengejar dunia yang serba sementara ini..Kebodohan aku dalam mengharapkan cinta manusia yang sesungguhnya tidak kekal abadi.Aku terlupa seketika akan cinta Yang Esa yang jauh lebih membahagiakan aku sebenarnya..
 
Aku kesal kerana aku masih belum mampu menjadi pencinta Allah yang setia. Aku kesal kerana jauh tersesat dijalan yang gelap dan banyak memberi kebahagiaan palsu.Aku ingin buang jauh-jauh segala rasa kecewa ini. Aku letih..Terlalu letih dengan perjalanan cinta palsu sebelum berkahwin..Aku bencikannya..Ia begitu mengganggu jiwa dan merentap ketenangan dan jiwaku.. Ya Allah..Ampunkan aku atas kelemahanku..
 
Ya Allah, telah kupinta dariMu siang dan malam agar Engkau menghadiahkan aku seorang lelaki soleh yang bisa membimbing aku menjadi hambaMu yang solehah.. Namun dia masih belum kunjung tiba..Alhamdulillah selama hari ini aku masih mampu mempertahankan diri dari disentuh dan didakap sang adam yang hanya ingin mengambil kesempatan ke atas diriku..Namun aku bukan Nabi.. Kadangkala aku masih belum mampu menundukkan pandangan dan menghindar diri dari menghindari segala laranganMu baik yang kecil mahupun yang besar..
 
Ya Allah..sesungguhnya kami sering terlupa bahawa cinta sesama manusia ini selalu mendatangkan kepahitan dan sengsara.. Lebih2 lagi cinta yang tidak halal.. Dan kami terlupa bahawa cintaMU tidak pernah menyakitkan. MenyintaiMu membuatkan hati terasa tenang dan aman.. Membuatkan hati terasa dilindungi. Mengapa seringkali manusia lupa dan tetap melebihi cinta lain melebihi cinta mereka kepadaMu..Semuanya seolah hanyut dan terlupa bahwa tanpa ALLAH kami tidak punya apa-apa. Dan tiada siapa yang lebih layak dicintai selain dari ALLAH..
  
Ya Rabb..kami ini lemah ya Allah..Kami lupa bahawa setiap detik dan saat Engkau melihat kami.. Engkau mendengar bisikan hati kami..Engkau mengetahui setiap denyut nadi,setiap keinginan kami..Ya Allah kami lupa segala kecantikan, kebijaksanaan, harata dan segala nya adalah milikMU, tiada satu pun kami punya. Jika Engkau ingin menarik semuanya, sekelip mata juga bisa. Sering Engkau katakan dalam kitab sucimu, bahawa orang yang memahami Islam adalah org yang berfikir dan mengambil pelajaran dari sesuatu kejadian. Namun ramai antara kami terlalu asyik menikmati keindahan dunia yang penuh tipu daya ini Ya Allah.. Ampunkan dosa kami ini Ya Allah...

Ya Allah..soal jodoh pertemuan, aku serahkan padaMu..Engkaulah yang merencanakan semuanya ya Allah..Kami bertawakkal hanya kepadaMu..Jangan Engkau jadikan kami ini hamba yang lupa..
 
 

Tak Mungkin Berpaling

Posted by Dea at Friday, July 19, 2013 0 comments
  #Mawi ft Zamani

Tidak mungkin kuberpaling lagi
Salah sangka yang direncanakan
Gelora melanda
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu

Cukup sudah hati berdarah
Usah ditambah cerita yang sudah
Di mana kekasihmu
Yang pernah kau sanjungi
Mengapa pula padaku
Menjadi pelepas ceritamu
Dan jua sepimu

Usah menabur budi
Mengharapkan simpati
Sedangkan kau menitip
Cemburu iri hati

Tak mungkin kuberpaling
Padamu yang meracuni
Rimbunan kasihku
Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
Kerana mu tak lagi mengerti hatiku

Sehingga berguguran
Kelopak cinta kita
Kerana fitnahmu
Walau segunung sesalmu
Tak mungkin kukembali
Cukuplah sekali
Kejelekanmu
Menggamit pilu

Tidak mungkin kumaafkan lagi
Salah sangka yang direncanakan
Adalah dendammu
Setelah diriku
Tak mampu menjadi milikmu
Sepenuhnya

Sabarlah Duhai Hati

Posted by Dea at Friday, July 19, 2013 0 comments

Terkadang penat tapi bila difikirkan apalah hidup ni tanpa erti perit tanpa erti sakit tanpa erti lelah. Kita takkan merasai erti bahagia erti tenang  dan erti KEHIDUPAN~! Terkadang dalam masalah yang membadai kita perlu ajar diri ini untuk senyum sebab kekuatan sebuah senyuman mampu meluruhkan semua rasa negatif dalam diri.
 
Bukan mudah melalui hidup yang bermacam dugaan ni kan.. yang lemah akan terus lemah kalau cuma berserah pada setiap ujian tanpa berusaha mencapai kejayaan hidup, bagi yang tidak mengenali diri ini sudah pasti punya banyak tanggapan pada diri ini, bagi yang cukup mengenali mereka tahu siapa saya yang sebenarnya, seorang yang tegas seorang yang serius dalam setiap tutur bicara seorang yang benci pada ketidak jujuran.
 
Saya suka kan kehidupan yang damai kehidupan yang penuh dengan rasa hormat setiap manusia sesama manusia..
 
Hikmah itu akan datang bila sabar dan redha itu datang hati yang ikhlas.. Sudah menjadi lumrah bahawa manusia akan didatangkan dengan pelbagai ujian. Ujian yang mendatang dalam pelbagai bentuk, tetapi yang pasti tatkala ujian itu datang menjengah, pastinya kita akan mengeluh, merengek atau resah. Namun, di situlah akan tampak setinggi mana iman kita. Allah menurunkan cubaan kepadamu, agar Dia dapat menguji iman kita, akan bersabarkah kita atau akan marah, dan adakah kita redha terhadap takdir Allah?

Allah memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan balasan yang lebih baik daripada amalnya dan melipatgandakannya tanpa terhitung...

"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan." (An-Nahl: 96)

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas". (Az-Zumar: 10)

Bahkan, keuntungan pada hari kiamat dan keselamatan dari neraka akan menjadi milik orang-orang yang sabar...

"Sedang para malaikat masuk ke tempat-tempat mereka dari semua pintu, (sambil mengucapkan) : "Salamun 'alaikum bima shabartum." Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu." (Ar-Ra'd: 23-24)

Benar. Semua ini merupakan balasan bagi orang-orang yang sabar di dalam menghadapi cubaan.

Jangan Jadi Anak Derhaka

Posted by Dea at Friday, July 12, 2013 0 comments
Harini terasa nak cerita perkara yang agak serius sikit. Kebelakangan ini, saya amat tersentuh bila tengok anak-anak yang tak hormat langsung pada ibubapa. Bukan saja tersentuh malahan marah, emosi, nak nangis, semua perasaan bercampur baur.  
 
Menjadi harapan saya agar kita tidak jadi seperti tu. Saja nak kongsi kat sini supaya saya lebih insaf  dan andai ada yang mempunyai ciri2 anak derhaka agar dapat sujud memohon kemaafan daripada ibubapa. Kerana REDHA ALLAH BERGANTUNG KEPADA REDHA IBUBAPA. 
 
Kepada anak yang masih mempunyai ibu dan bapa jangan berlengah lagi pohon lah kemaafan sebelum terlambat. Jangan tunggu raya je. Kepada anak yang telah derhaka kepada ibu atau bapa dan tidak sempat memohon keampunan dari mereka. Setelah insaf dan bertaubat, masih ada peluang untuk memohon keampunan dari mereka. Kerana Allah SWT itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Walau apa pun, hanya Allah yang berkuasa dan syurga neraka ditangan NYA. Pintu taubat sentiasa terbuka luas. 
 
Ambillah iktibar dari kisah ini :
Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mem percayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya. Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami penderitaan sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur se hingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.

Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku. Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu.

Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”. Keadaan semakin mengerikan. Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.

Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan mengikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya. Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang menyakitkan hatinya.

Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup. Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti. Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: “Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan.”

Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir.
 
~Untuk mama dan abah terimakasih kerana telah membesarkan dan mendidik kakak sehingga menjadi insan pada hari ini... Kalian semua tak pernah saya lupakan dalam doa seharianku..

Belajar Dari Jalan Hidup Kelapa

Posted by Dea at Friday, July 12, 2013 1 comments
 
Sungguh hidup ini sebuah misteri, ada tiga hal yang tak seorang pun tahu kecuali ALLAH, tiga itu adalah, rezeki, jodoh dan kematian. Dalam perjalanannya, kehidupan tentu tak semulus kulit bayi yang baru lahir dan mungkin ada batu-batu besar maupun kecil yang merintangi jalan kehidupan itu. 

Puncak kehidupan ini akan kita rasakan justeru setelah kehidupan ini berakhir iaitu di syurga atau neraka. Setiap manusia yang hidup di dunia ini, mereka semua punya cerita kehidupan masing2, yang satu dengan lain berbeza. Ada yang memperoleh 'nikmat' di awal mereka hidup ada pula yang harus melalui proses panjang. 

 Mengutip sebuah perumpamaan dari Aa' Gym,  belajarlah dari kelapa. Kelapa itu, untuk boleh dinikmati harus melalui cubaan-cubaan hidup yang tak mudah. Setidaknya ada dua jenis kelapa yang kita kenal. Pertama Kelapa Muda, jenis kelapa ini tidak cukup berat ujian hidup nya. Dia terpilih untuk dipetik. Jika pemetiknya 'baik', ia akan membawanya turun bersama pemetiknya. Tapi ada juga yang dilemparkan dari atas pohon ke tanah. Inilah ujian hidup. sebelum kelapa muda itu boleh dinikmati, bantingan itulah cubaan hidup. Kelapa yang jatuh itu pun ada yang tetap kukuh, ada yang pecah dan air kelapa muda yang boleh memberikan kesegaran pun tak dapat dinikmati. Tahap kelapa muda tak begitu berat, dan tak sedikit orang yang mendapatkan hidup seperti kelapa muda ini. Namun sayang, mereka lupa untuk bersyukur. Naudzubillahi min dzalik.  

Kedua Kelapa Tua, jenis kelapa ini adalah seperti ujian berat bagi seseorang. perjalanannya panjang dan liku2 kehidupannya luar biasa.
  1. Kelapa ini dipetik kemudian dijatuhkan ke tanah.
  2. Kemudian harus dikupas dengan cara yang berbeza-beza namun tak ada cara mudah.
  3. Untuk mendapatkan isi kelapanya, tempurung kelapa harus di pecahkan, dan sekali lagi proses ini tak ada cara mudahnya.
  4. Setelah tempurungnya pecah, isi kelapanya harus dipotong-potong dan di parut. lagi-lagi 'ujian' bagi kelapa kerana proses pemarutannya pasti menggunakan benda tajam.
  5. Satu tahap terakhir yang amat sukar 'cubaan'nya ialah, untuk memperoleh santan nya, kelapa yang telah diparut kemudian diperah. Santan inilah 'kenikmatan hidup' dari kelapa tua.
Banyak hal yang dapat kita ambil hikmah dari berbagai hal yang ALLAH ciptakan di dunia ini. Sekali-kali ALLAH tidak menciptakan sesuatu tanpa ada manfaatnya. Belajar dari kelapa inilah yang harusnya membuat kita semangat, mungkin saja ujian dan cubaan yang kita lalui membawa kita kepada 'kenikmatan' yang telah ALLAH sediakan di hujung jalan hidup ini.

Marhaban Yaa Ramadhan

Posted by Dea at Friday, July 12, 2013 0 comments


Alhmadulillah, Segala Puji bagi ALLAH SWT, Tuhan Semesta Alam. Ramadhan telah tiba, dengan segala keberkahan yang ALLAH SWT limpahkan. Dengan segala kerinduan kita menyambutnya. Dengan penuh suka cita kita kembali bersama, dalam senyum yang membahagiakan kita saling berukhuwah. Ramadhan al Mubarak, Bulan yang penuh dengan keberkahan, Berlalulah sya'ban, maka kini Ramadhan menjelang. Tarawih pertama di masjid tercinta, lalu di akhir malam sahur bersama keluarga. Inilah keberkahan Ramadhan yang di berikan ALLAH SWT kepada hamba-hambaNYA yang beriman.

Shoum Ramadhan tahun ini haruslah lebih baik dari tahun kemarin. Bangunlah tekad yang kuat dan jadikan Ramadhanmu "The Full Power to Break The Limit". Apa ertinya? jadikan Madrasah Ramadhan tempat kita membangun mental manusia beriman yang menyeluruh. Sehingga batasan-batasan yang selama ini telah terbentuk tanpa sadar yang jelas merugikan diri kita akan segera kita lumat habis. Namun tidak berhenti saat Ramadhan ini saja, tetapi terus berlanjutan hingga kita bertemu Ramadhan berikutnya.

"(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."

Ibarat sekolah, maka Ramadhan adalah Ujian Nasionalnya. Seluruh manusia yang Beriman kepada ALLAH SWT di wajibkan untuk berpuasa, kelulusan Ujian ini hanya ALLAH SWT yang mengetahui dan akan di balas di akhirat nanti.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" QS. Al Baqarah: 183

"...dan mereka mengatakan: 'Kami dengar dan kami taat'. (Mereka berdoa): 'Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali'." QS. Al Baqarah: 284


 Berlalulah kegelapan ketika fajar hari mulai benderang di ufuk nan tinggi. Tinggalah embun dengan segala kesejukannya. Perlahan mentari muncul dan menebarkan senyum hangat. Sebuah senyuman indah yang terpancar melalui celah-celah awan lalu menyusuri perbukitan dan menembus hingga sampailah senyuman itu kepada sebuah titik embun di ujung daun. Angin menggoyangkan dedaunan, memberikan kesempatan pada embun untuk segera berlalu dan kembali ke tanah agar segera bisa bergabung dengan air. Namun embun memilih untuk bertahan hingga secercah cahaya mentari mebias bersamanya lalu munculah pelangi yang begitu indah di pandang mata.

Beginilah waktu mengajari kita, bahwa bersama dengan kesulitan pasti ada kemudahan. Beriman dan beramal sholeh, lalu bernasihat dalam kebenaran dan kesabaran. Bukan merasa yang palng benar dan mengejar kesempurnaan. Karena ALLAH SWT Yang Maha Sempurna. Belajar dan terus belajar, menuntut ilmu di sekolah kehidupan. Berbekal pemahaman yang menyeluruh, keikhlasan dalam beramal dan hanya mengharap ridha ALLAH SWT semata. Lalu berjihadlah dengan sebenar-benar jihad. Jadikan Ramadhan ini Momen Perubahan. Lalu bergabunglah dengan barisan yang akan terus menemani Ramadhan menuju gerbang Syawal. melewati hari-hari indah bersama Ramadhan yang begitu mempesona jiwa-jiwa yang Istiqamah di jalan-NYA.

Waallahua'lam bishawwab
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor