~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Hanya Jauhari yang mengenal Manikam

Posted by Dea at Sunday, June 30, 2013 0 comments
Ketika bersembang dgn seorang sahabat, terpacul peribahasa "Hanya Jauhari yang mengenal Manikam". Dia kata dah lama tanya kawan2 bagaimana asal usul peribahasa ini boleh tercipta dan sehingga kini dia belum mendapat jawapan yang memuaskan hatinya.

Sedikit masa dulu saya juga sering tertanya sepertinya..kebetulan pula saya menguruskan program bacaan NILAM di sekolah. Terdapat dua tahap NILAM iaitu Tahap Jauhari dan Tahap Rakan Pembaca. Mengapa Jauhari? Atas maklumat yang saya ada maka dapatlah saya menjelaskan secara ringkas asal usul peribahasa tersebut kepadanya.

Peribahasa tersebut berasal dari kisah orang2 tua mengenai persahabatan pedagang hindu (Patmanaban) dan orang laut(Jauhari) di tanah Melayu. Mereka berjumpa, dan kemudiannya bersahabat baik. Tak lama lepas tu, mereka mengambil keputusan untuk berlayar bersama.

Langit tak selalu cerah, setelah bertahun2 berlayar bersama kapal mereka dilanda badai yang amat kuat, di lautan lepas (atas sikit dari Aceh)sehingga menenggelamkan mereka. Dalam kekalutan tersebut, hanya tuhan sahaja yang mampu menyelematkan mereka. Jauhari dapat berpaut pada serpihan kapal, dan berenang ke daratan, namun Patmanaban tidaklah dapat di jumpai. Beliau merasa amat sedih. Beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampungnya

Selepas 10 tahun berlalu, Jauhari kembali belayar,beliau kemudiannya singgah di sebuah bandar. di utara Aceh. Ketika beliau jalan, lepak2, makan angin, beliau terserempak dengan seorang gila, terbiar, mukanya rosak teruk. Beliau amat terkejut apabila mendapati, itulah sahabatnya Patmanaban, yang terpisah dengannya ketika kapal mereka tenggelam. *sekilas pandang sahaja beliau telah kenal Patmanaban.

Kemudian, atas kapasiti sebagai sahabat karib, beliau membawa Patmanaban ke kampungnya dan menemukannya dengan keluarga Patmanaban. Selepas perubahan wajah dan perangai, sukar untuk keluarga Patmanaban  mengecamnya.

Kemudian kisah ini diceritakan oleh Jauhari kepada anak cucunya. Dan dari kesetiaan Jauhari  itulah diambil sebagai peribahasa.

"Hanya jauhari yang mengenal manikam" ; hanya orang2 yang betul2 memahami dan mendalami sesuatu/seseorang itu dapat mengenal sesuatu/seseorang.
 

Mungkin ada yang bertanya kenapa nama berbeza dalam cerita dan peribahasa. Ada 3 pendapat yang menjelaskan perkara tersebut.
1-Manikam dalam bahasa telugu memberi maksud ketua, mungkin Patmanaban ialah ketua masyarakat di tempat asalnya.
2-Manickam = Lord Krishna. Mungkin beliau lebih selesa menggunakan nama ini ketika berurus niaga.
3-Manikam mungkin diambil kerana beliau kerap menyambut seseorang dengan ucapan Vanikam, kemudia berlaku kesalahan dalam proses pemindahan cerita dari mulut ke mulut.


Sama ada cerita ini rekaan atau dongeng semata tak tahulah saya.  Nampaknya sahabat saya berpuas hati dengan penjelasan ini :)

Katak Oh Katak~!

Posted by Dea at Saturday, June 29, 2013 0 comments
Minggu yang sibuk..esok menjadi hakim dan guru pengiring utk pertandingan Tokoh Nilam peringkat PKG..Lusa selama 3 hari berturut2 akan mengikuti bengkel Frog-Vale. Apa tu?


Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.



Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE(Virtual Learning Environment) ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi VLE.



Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu~!

Sistem Oh Sistem ~!

Posted by Dea at Saturday, June 29, 2013 0 comments
Cikgu kena key-in markah sebelum 10 Jun 2013.
Kami berkobar-kobar ingin mengisinya..tapi apakan daya..sistem dalam proses pembaikan...walaupun ada dinyatakan selepas 9 Jun 2013 sistem boleh dilayari seperti biasa..harapan tinggal harapan. Sesiapa yang menghadapi masalah yang sama, sila angkat tangan. Kes seperti nilah yang menambah kebengangan dan menambah ketensenan guru. Kami dah tak ambil kisah dengan segala beban kerja yang semakin banyak. Kami dah dapat menyerap segala masalah disiplin murid-murid sekarang. Bak kata orang tua-tua, alah bisa tegal biasa. 
Namun, yang amat memeningkan kami, sistem analisis peperiksaan sekolah (SAPS) yang wajib diguna pakai untuk menganalisis peperiksaan di sekolah. Tapi sistem ni ibarat indah khabar dari rupa jer. Saya dah cuba selesaikan tugasan mencetak slip peperiksaan menggunakan aplikasi SAPS ni kat sekolah lagi, ni sambung waktu malam di rumah, namun apa hasilnya? Maaf,.. sistem masih dalam penyelenggaraan dan yang lebih dasyat, issshhh nak lepaskan geram dan tensen ni..
Hikmahnya : bagi pembuat sistem , tengok2 lah segala infrastruktur yang ada, fikirlah bahawa sistem masih dalam percubaan, so janganlah jadikan kami guru-guru ni sebagai bahan ujikaji, tolonglah...apa kata buat je sistem seperti Facebook..pasti lancar dan mudah dilayari di mana saja :D

Rahsia Khusyuk dalam Solat

Posted by Dea at Saturday, June 29, 2013 0 comments
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu :-

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik dibandingkan dengan Hatim.

Tiada Kejayaan Tanpa Kesabaran

Posted by Dea at Saturday, June 29, 2013 0 comments
Manusia tidak akan berjaya tanpa kesabaran. Dalam setiap ketika, manusia berada dalam situasi di mana dia harus mentaati Allah atau dia harus menjauhi larangan Allah. Samada dia perlu menerima perintah dan peraturan Allah atau bersyukur pada Allah. Kesemua ini menuntut kesabaran.
Jadi, sehingga mati tiada siapa dapat lari dari bersabar. Apa-apa yang berlaku pada kita di dunia ini samada sejajar dengan kemahuan kita atau tidak, sabar masih diperlukan.
Ujian dan kesusahan terbahagi kepada 2 kategori utama:
1. Kesusahan di luar batas kawalan seseorang
2. Kesusahan disebabkan oleh orang lain.
 
Dalam mendepani kesusahan di luar batas kawalan, selalunya manusia memberi reaksi berikut:
1. Merasa putus asa dan tidak berpuas hati, merungut dan merasa panik
2. Bersabar samada kerana Allah atau kerana sifatnya yang memang kuat dan cekal
3. Menerima dengan redha
4. Menerima keadaan dengan penuh rasa syukur.
 
Dalam berdepan kesusahan yang disebabkan oleh orang lain, manusia memberi respon berikut:
1. Memilih untuk memaafkan dan melupakan atau tidak
2. Memutuskan untuk tidak membalas dendam atau membalas
3.Terus melayan baik orang yang memberi layanan buruk kepada beliau.

Manisnya Berbaik Sangka

Posted by Dea at Saturday, June 29, 2013 0 comments
Hubungan yang baik antara satu dengan lain dan khususnya antara muslim yang satu dengan muslim lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Ini kerana Allah telah menggariskan bahawa mukmin itu bersaudara. Itulah sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkukuh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merosak ukhuwah harus dihilangkan.

Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka). Oleh kerana itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (penyelidikan) terlebih dahulu sebelum mempercayainya apalagi meresponnya secara negatif, Allah berfirman yang ertinya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." Q.S Al-Hujuraat : 6.

Manfaat Berbaik Sangka

Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya.

Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

Ruginya Berburuk Sangka

Manakala jika kita melakukan atau memiliki sifat berburuk sangka, ada sejumlah kerugian yang akan kita perolehi, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Pertama, mendapat dosa. Berburuk sangka merupakan sesuatu yang jelas-jelas bernilai dosa, kerana disamping kita sudah menganggap orang lain tidak baik tanpa dasar yang jelas, berusaha menyelidiki atau mencari-cari keburukan orang lain, juga akan membuat kita melakukan dan mengungkapkan segala sesuatu yang buruk tentang orang lain yang kita berburuk sangka kepadanya, Allah berfirman yang ertinya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Q.S Al-Hujuraat : 12.

Kedua, dusta yang besar. Berburuk sangka akan membuat kita menjadi rugi, kerana apa yang kita kemukakan merupakan suatu dusta yang sebesar-besarnya, perkara ini disabdakan oleh Rasulullah:

"Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta" HR. Muttafaqun alaihi.

Ketiga, menimbulkan sifat buruk. Berburuk sangka kepada orang lain tidak hanya berakibat pada penilaian dosa dan dusta yang besar, tetapi juga akan mengakibatkan munculnya sifat-sifat buruk lainnya yang sangat berbahaya, baik dalam perkembangan peribadi mahupun hubungannya dengan orang lain, sifat-sifat itu antara lain ghibah, kebencian, hasad, menjauhi hubungan dengan orang lain dll. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda:

"Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta." HR. Bukhari.

Larangan Berburuk Sangka

Kerana berburuk sangka merupakan sesuatu yang sangat tercela dan mengakibatkan kerugian, maka perbuatan ini sangat dilarang di dalam Islam sebagaimana yang sudah disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 12 di atas. Untuk menjauhi perasaan berburuk sangka, maka masing-masing kita harus menyedari betapa hal ini sangat tidak baik dan tidak benar dalam hubungan persaudaraan, apalagi dengan sesama muslim dan aktivis dakwah.

Disamping itu, bila ada benih-benih di dalam hati perasaan berburuk sangka, maka perkara itu harus segera dicegah dan dijauhi kerana ia berasal dari godaan syaitan yang bermaksud buruk kepada kita. Dan yang lebih penting lagi adalah memperkukuh terus jalinan persaudaraan antara sesama muslim dan aktivis dakwah agar yang selalu kita kembangkan adalah berbaik sangka, bukan malah berburuk sangka. Oleh kerana itu, Khalifah Umar bin Khattab menyatakan:

"Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandungi kebaikan."

Demikian perkara-perkara dasar yang harus mendapat perhatian kita dalam kaitan dengan sikap husnuzh zhan (berbaik sangka). Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.

"Seandainya engkau menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu, dan jika itu salah, maka engkau sudah melakukan fitnah"

Cinta Zulaikha

Posted by Dea at Saturday, June 29, 2013 0 comments
Cinta. Semua orang mendambakan cinta. Jangan pesimis terhadap cinta. Sesungguhnya bijak pandai bersetuju bumi ini pun berputar kerana cinta...

Semua orang inginkan bahagia. Semua orang mengakui cinta itu indah dan mengasyikkan. Dalam bebanyak kisah cinta di dunia, aku sangat tertarik dengan cinta Zulaikha...

Zulaikha ialah isteri pembesar Mesir, Al Aziz. Beliau seorang yang sangat cantik dan memiliki sifat-sifat kemuliaan, tetapi, tidak mempunyai anak.
Suatu hari, Al Aziz membawa khabar gembira iaitu terdapat seorang budak yang dibelinya dari seorang saudagar yang menemukan budak itu dalam sebuah perigi. Demi terpandang sahaja Zulaikha kepada anak itu, beliau terasa sungguh gembira dan bahagia. Hidupnya gembira dan ceria dengan kehadiran anak angkat mereka, Yusuf.

Yusuf membesar dengan wajah yang tampan, bertubuh sasa dan berbudi pekerti. Bertambah-tambah rasa kasih Zulaikha terhadap Yusuf bukan setakat kasih sebagai ibu angkat tapi, telah bertukar kepada c i n t a . Suatu malam dikenakannya pakaian yang indah dan menawan bertujuan memikat hati si Yusuf sementelah si suami menjalankan suatu urusan rasmi lalu si isteri menuju ke bilik Yusuf. Yusuf berkali-kali menolak pelawaan Zulaikha dengan mengingatkan tentang dosa. "Sungguh cantik matamu" puji Zulaikha kepada lelaki yang tertampan di dunia yang dicipta Allah itu. "Mataku akan pertama terkeluar setelah badanku dimamah tanah" demikian jawab Yusuf. Maka terjadilah adegan yang telah kita selalu baca dalam Al Quran. Yusuf berlari dan Zulaikha menyentap baju Yusuf dengan kuat dan terkoyak. Ketika itu si suami pulang dan terlihat apa yang sudah terjadi. Memang Zulaikha didapati bersalah tetapi Al Aziz meminta perkara itu dirahsiakan.

Tetapi, peristiwa itu tersebar luas di bumi Mesir sehingga para wanita sibuk menceritakan hal itu. Zulaikha berasa marah lalu menjemput banyak kaum wanita ke kediaman mereka dan menjamu mereka. Ketika itulah Yusuf disuruh keluar, dan demi terpandang sahaja wajah Yusuf, maka, kaum wanita itu tidak terasa memotong jari jemari sendiri oleh ketampanan si Yusuf.

Keengganan Yusuf menyahut seruan Zulaikha menjadikan Zulaikha meminta suaminya memenjarakan Yusuf. Sebenarnya Zulaikha sangat sedih dan berdukacita setelah Yusuf dipenjarakan kerana rasa cintanya terhadap Yusuf begitu mendalam. Zulaikha berdukacita sepanjang Yusuf di penjara.

Masa berlalu (ringkaskan cerita), Yusuf dilantik menjadi raja Mesir kerana kebijakannya mengurus masalah ekonomi Negara Mesir dan baginda juga dilantik sebagai seorang Rasul. Zulaikha sudah menjadi wanita tua, buta dan ada riwayat mengatakan beliau telah hilang fikiran. Ada juga syair yang menulis Zulaikha sentiasa mengharapkan walaupun debu-debu berterbangan dari Yusuf singgah kepadanya, dan sentiasa menyebut-nyebut nama Yusuf. Nabi Yusuf tidak mengenalinya dan merasa malu namanya disebut-sebut begitu. Tapi, malaikat Jibril memberitahu, dia sendiri menyintai wanita itu kerana dalam diri wanita itu mengandungi cinta yang amat besar kepada Nabi yang sangat dicintai olehnya (Jibril) Kerana cinta Zulaikha yang agung itu menjadi malaikatpun mengasihi Zulaikha. Dengan mukjizat Nabi Yusuf alaihissalam, Zulaikha menjadi muda kembali, dan baginda mengahwini Zulaikha...

Wah, syahdunya kisah Zulaikha. Aku ingin sangat membaca kisah Zulaikha dan pertemuan beliau kembali dengan Nabi Yusuf. Tentu banyak keistimewaan Zulaikha hingga beliau terpilih untuk menjadi pasangan Nabi Yusuf. Sesuai dengan blog aku ni, jadi moral di sini ialah, be optimist! Jangan terlalu kecewa atau bersedih. Yakin dan berusaha kerana, mungkin tidak diberinya kita kebahagiaan sekarang tetapi akan diberinya kita kebahagiaan suatu hari nanti...
kucari kebahagiaan walaupun hingga ke hujung nyawa..

Apakah Jerebu?

Posted by Dea at Monday, June 24, 2013 0 comments
Jerebu bukan sekadar asap biasa !! Pakar-pakar alam sekitar dan kejuruteraan kimia memberi amaran jerebu itu amat bahaya kerana ia mengandungi campuran gas beracun dan bahan kimia termasuk magnesium.
Bahan-bahan itu mampu menghakis permukaan paru-paru sekali gus melumpuhkan sistem pernafasan manusia.
Campuran bahan terampai tersebut menjadi lebih berbahaya kerana ia bergabung dengan asap-asap kilang dan kenderaan yang mengandungi plumbum serta nitrogen oksida yang boleh menyebabkan gangguan otak dan berbahaya kepada paru-paru.

 
Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.
Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca-punca jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada:
* Pembakaran secara terbuka
* Asap daripada kilang
* Asap daripada kenderaan.

Indeks pencemaran udara (IPU)
IPU diperoleh daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.
IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut:

Nilai IPU Status
0 - 50 - Baik
51- 100 - Sederhana
101- 200 - Tidak sihat
201- 300 - Sangat tidak sihat
301- 500 - Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah-langkah pencegahan.
Jerebu mengancam kesihatan anda
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu:
* Kanak-kanak
* Orang tua
* Mereka yang mengalami penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung dan alahan
* Perokok
* Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Tanda dan gejala kesan jerebu terhadap kesihatan
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
* Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
* Sukar bernafas atau sesak nafas
* Mata pedih dan berair
* Hidung berair dan kerap bersin
* Kulit badan terasa gatal-gatal
* Sakit-sakit dada

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.
Cegahlah penyakit akibat jerebu. Ikuti nasihat berikut:

* Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk
* Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan
* Penutup hidung hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi
* Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah
* Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah
* Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
* Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih
* Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya
* Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak
* Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100)
* Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

- Bahagian Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama Unit Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar, Kementerian Kesihatan

Malam Nisfu Sya’aban

Posted by Dea at Monday, June 24, 2013 0 comments
Malam Nisfu Sya’aban adalah malam dimana buku tentang umur, rezeki kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku yang baru. Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dari segala dosa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Oleh itu, sewajarnya kita memperbanyak melakukan amalan soleh pada malam berkenaan sebagai satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.

Bertaqwalah Kamu Kepada Allah SWT

Posted by Dea at Sunday, June 16, 2013 0 comments

Cara Melupakan Kenangan Terhadap Seseorang

Posted by Dea at Sunday, June 16, 2013 0 comments
Melepaskan pergi seseorang yang sangat bererti dalam hidup kita satu masa dulu sememangnya amat perit. Meskipun kita sendiri yang memilih untuk menamatkan segalanya, namun kenangan indah dan manis selama mengenalinya pasti akan sentiasa buat kita terkenang akan dirinya. 

"Bagaimanakah caranya untuk melupakan kenangan manis terhadap seseorang?" Ini pasti satu soalan yang amat menyedihkan. Kadangkala kita suka atau sayang terhadap seseorang itu, tetapi sayangnya individu tersebut sering menyakiti atau mengecewakan hati kita. Saya kurang berminat untuk membicarakan soal hati dan perasaan, tetapi apabila ada orang bertanya, maka saya akan menjawabnya dengan harapan pandangan saya ini mampu mengubati hatinya yang telah terluka.


Kenapa mesti kita melupakan seseorang itu? Bagi sesetengah orang, selagi imej atau kenangan atau ingatan terhadap seseorang yang telah mengecewakan atau menyakiti hati mereka sama ada secara langsung atau pun tidak, akan menyebabkan mereka bersedih. Justeru, seperti duri yang tertanam di dalam daging, duri itu mesti dicabut, ingatan tersebut mesti dibuang jauh-jauh. Dapatkah kita menghilangkan kenangan?

Kenangan tidak dapat dihilangkan, tetapi boleh dilupakan. Ini kerana otak manusia tidak berfungsi seratus peratus seperti cakera keras atau alat-alat penyimpan maklumat. Album gambar boleh dibakar, cakera keras boleh diformat semula menjadi kosong, tetapi ingatan manusia akan dibawa sampai ke mati. Jadi cara yang ada ialah melupakan, mengabaikan dan bukannya menghilangkan.

Seperti duri yang baru dicabut dari daging, rasa sakit atau derita untuk menghilangkan ingatan atau kenangan terhadap seseorang itu pasti ada. Kita mungkin berasa berat hati untuk melupakan seseorang kerana perasaan sayang yang masih ada. Kasih sayang yang terbentuk itu tidak semestinya hubungan cinta, tetapi mungkin juga hubungan persahabatan, hubungan persaudaraan atau hubungan antara ibu atau ayah dengan anak dan sebagainya.

Kenapa kita mesti melupakan kenangan? Ya, kerana kenangan mengandungi isi hati atau perasaan dan kerana itu ia boleh meruntuhkan pertahanan emosi seseorang. Sebab itu, ada seseorang yang tahu atau diseksa oleh kenangan menyebabkan dia menganggap kenangan, cinta atau kesetiaan terhadap perasaan ini sebagai musuh ketat. Hasilnya muncullah individu-individu yang berhati dingin, keras hati dan tidak berperasaan, yang hidupnya cuma memandang matlamat dan kejayaan..macam saya~!


Sibukkan Diri Dengan Aktiviti Berfaedah
Kita boleh melupakan kenangan-kenangan ini dengan menyibukkan diri kita dengan pelbagai aktiviti. Bersedialah untuk berkorban demi kejayaan. Bersedialah untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab baru. Kesibukan akan menyebabkan kita perlahan-lahan dapat melupakan kenangan lalu..ada kebenarannya dan sedang mencuba~!

Elakkan Diri Daripada Bersendirian
Perasaan sayang yang mendalam dan keterlaluan mungkin sukar untuk dibuang dalam masa yang singkat. Untuk itu, elakkan diri kita daripada bersendirian. Carilah orang untuk berbicara, dan suatu masa nanti kita akan menemui nilai-nilai tertentu dalam diri orang-orang yang bertemu dengan kita, dan nilai-nilai ini akan mengubati luka akibat kesan kekecewaan, sakit hati yang telah diperkuatkan oleh kasih sayang kita terhadap orang yang ingin kita lupai..betul..sentiasa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Elakkan Persoalan Berkaitan Orang Yang Ingin Dilupai
Ada individu, apabila kecewa dengan seseorang, dia akan pergi menjauhkan diri daripada orang ramai, daripada kawan-kawan. Dalam sesetengah kes, ini benar sekiranya tujuan dia untuk mengelakkan daripada dikaitkan dengan soalan-soalan berkaitan dengan orang yang ingin dilupai. Namun, cubalah sedaya upaya minta orang lain menghormati pendirian anda..jangan beri peluang orang lain sebut nama dia di hadapan kita :)

Pulangkan Atau Buangkan Segala Barangan Yang Mengandungi Nilai Perasaan
Kadangkala kita melupakan seseorang bukan kerana kita benci lantaran perasaan kecewa kita terhadap seseorang itu, tetapi kerana masih ada nilai perasaan dalam kenangan-kenangan tertentu yang ingin kita lupakan. Nilai-nilai inilah yang menjana perasaan sedih dan murung dalam hidup kita. Sebab itu, ada orang yang mengambil langkah pantas dengan memadamkan semua benda yang boleh mengembalikan ingatan atau kenangan terhadap orang yang ingin dilupai. Cenderamata, hadiah, surat atau foto dibuang atau dibakar. Perasaan berat hati dilawan dan ditentang demi kebahagiaan pada kemudian hari..tak perlu pulangkan utk tidak menyakiti sesama sendiri ..kalau berharga simpan..rugi je buang..surat dgn foto tu..delete je dari lappy :D

Perundingan Terhormat
Salah satu cara lain ialah menerusi perundingan. Namun perundingan ini perlu mempunyai objektif tertentu supaya kita tidak berasa sakit hati. Kita harus memiliki keazaman yang kuat untuk melupakan dia sebelum perundingan dan selepas perundingan dibuat. Perundingan ini mungkin mengubah rasa untuk bercinta kepada perhubungan biasa atau kawan. Dalam keadaan ini, perasaan saling menghormati akan turut membantu menawarkan perasaan kecewa atau sakit hati kita terhadap seseorang.

Bagaimana pula dalam kes cinta bertepuk sebelah tangan. Atau kita ingin berkawan atau mendekati seseorang tetapi ditolak bulat-bulat oleh orang tersebut tanpa perundingan. Setiap kali kita mahu mendekatinya, maka setiap kali itu juga dia cuba mengelakkan diri atau menjauhi diri daripada kita. Ya, ini juga soalan terbaru yang saya terima. Kepada anda yang bertanya, maka saya cadangkan anda mengikut langkah terawal yang saya sebutkan tadi. Perundingan mungkin sukar dilakukan, maka anda tidak mempunyai pilihan lain selain menghormati kehendak si dia dan meneruskan kehidupan baru anda..dah lepaskan pun..tak perlu runding2 lagi :)

Mulakan Kehidupan Baru - Lupakan Titik Kepiluan Lalu
Bagaimana sekiranya anda rasa ada sesuatu yang perlu anda beritahu kepada dia. Salah faham tertentu, fitnah dan sebagainya? Kadangkala tidak semua keadaan memihak kepada kita. Cara terbaik ialah memulakan kehidupan baru tanpa si dia. Sebarang penganiayaan yang berlaku ke atas diri kita biarlah ditetapkan dengan kasih sayang dan keadilan Tuhan. Tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan mudah di dunia ini.

Apa pun teruskan kehidupan baru. Tanam azam dan matlamat. Carilah tujuan asal kehidupan kita. Apabila kita menemui tujuan sebenar kehidupan kita di muka bumi, maka bukan sahaja perasaan sakit hati atau kecewa terhadap orang yang ingin kita lupai akan hilang, malah masalah-masalah berkaitan perasaan yang lain juga mungkin akan sembuh secara semula jadi..ya..sedang berusaha memulakan hidup baru..Inn Shaa Allah..yakin dengan hikmah yg tersembunyi :)

Wujudkan Matlamat Akhirat
Inilah keajaiban yang ada di muka bumi. Semakin kita cuba berusaha memperbaiki diri dan mencari keredhaan Allah, maka semakin luka di dalam jiwa kita akan sembuh. Semakin cerah sinar kebahagiaan dan harapan terhadap diri kita.

Cinta, perasaan dan hubungan sesama manusia mungkin topik yang menarik untuk dibicarakan sehingga dijadikan ilham untuk menulis lirik lagu, novel dan skrip drama kerana ia merupakan perkara lumrah dalam kehidupan manusia. Namun, apabila kita menemui tujuan asal kita wujud di muka bumi ini, maka, perasaan kebahagiaan akan mula melindungi jiwa kita. Tetapkan satu matlamat berupa ganjaran akhirat, maka kita akan kebal daripada sebarang kekecewaan, kekesalan dan dendam dunia.. Inn Shaa Allah semua yang terjadi lebih mematangkan diriku dan mendekatkan diriku padaNYA..

Menjadi Kekasih Allah
Ini adalah satu langkah yang terbaik untuk mengubati jiwa sebagai seorang hamba. Menerusi langkah ini, kita belajar dan cuba mengenali sifat-sifat Allah. Kita mendekati diri kita kepada Allah. Menghayati kekuasaan dan nikmat yang telah diberikan kepada diri kita. Jangan bersedih, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita pasrah dan menyerah diri kepada Allah. Dalam catatan sejarah berkaitan dengan para sahabat, wali dan sufi, terdapat kisah beberapa wali atau kekasih Allah yang sangat-sangat mencintai Allah sehingga tidak ada kasih sayang manusia berupa cinta atau kemewahan atau apa-apa sahaja nikmat dunia yang mampu menandingi perasaan cintanya kepada Allah. Mereka yang mempunyai perasaan cinta sejati kepada Allah ini, hatinya sentiasa tenang dan bahagia. Jika mereka bersedih, maka mereka bersedih kerana dosa mereka terhadap Allah, dan jika mereka menangis, juga kerana Allah, tidur kerana Allah, makan kerana Allah, berbicara kerana Allah, mandi kerana Allah, berjalan kerana Allah dan segala-galanya kerana Allah. Manusia seperti ini mengabaikan kemewahan dan kegemilangan dunia demi mencari keredhaan Allah.

Begitulah beberapa cara yang boleh digunakan bagi sesiapa sahaja yang ingin melupakan kenangan atau ingatan terhadap seseorang. Oh, ya. Saya berharap entri ini dapat membantu sesiapa sahaja. Jadi jangan ada yang syok sendiri bahawa entri ini dibuat khusus untuk orang-orang tertentu, ya? Semoga entri ini dapat membantu ramai lagi insan yang terluka kerana kecewa terhadap seseorang yang mereka suka, sayang atau cinta.


~ seiring perjalanan sang waktu,
se ulas tatapan mesra sang mentari, ...
bersama senyum sang rembulan,.....
suatu saat DIA si pemilik mata Hati 

akan mempertemukan dengan Hati yg mencintaiNYA,
jangan sesali apa yg telah terjadi krn semua adalah kehendakNYA...

 

Berhentilah Merungut..

Posted by Dea at Tuesday, June 11, 2013 0 comments
Peranan guru bukan setakat mengajar, kalau kat sekolah, guru ni banyak peranan dia... kita la guru yang mengajar dan mendidik, kita juga polis yang mengawal disiplin, kita juga doktor dan misi rawat pelajar sakit, kita juga tok bomoh kalau pelajar kena rasuk dan psiko... kita juga ambulan ok kalau ada pelajar sakit kecemasan... pendek kata kita boleh apa saja kalau kita jadi cikgu haha... best kan?

Saya memang suka jadi cikgu, dari kecik lagi cita-cita nak jadi cikgu...alhamdulillah tercapai juga.... terima kasih Ya Allah. (Jadikan aku hambaMu yang sentiasa bersyukur kepadaMu, dan bukan hambaMu yang kufur nikmatMu)

Kerja lebih masa?

Sebenarnya kerja apa pun letih betul tak? Masa kita jadi pelajar dulu, kita sibuk nak cepat besar kan? sebab nak kerja dan ada duit sendiri, tapi bila dah dapat semua tu kita lupa dan asyik nak merungut lebih2 jer, fitrah manusia memang suka meluahkan, tak salah pun, mungkin dengan cara meluahkan boleh buat hati tenang skit dan boleh teruskan kerja kan.... 

Kepada para guru, saya sangat hargai perjuangan kalian... bila saya dah rasa sendiri jadi guru ni, betul, memang puas bila dapat didik anak-anak murid, tapi kalau yang degil tu, eeee... rasa nak piat jer telinga tu... apasal la degil sangat, tapi jangan over ok, sebab parent sekarang suka SAMAN, opsssss... no komen!

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidaklah 
berterima kasih kepada Allah SWT sesiapa yang

tidak berterima kasih kepada manusia."

(Hadis riwayat Bukhari).

Belajar mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang bantu kita tak kira muda atau tua ok!

Sesungguhnya segala amal bakti seorang guru dalam 
menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada anak didiknya 


akan melayakkan dirinya mendapat ganjaran kebaikan, 

meskipun setelah pergi mengadap Ilahi. Firman Allah SWT 

yang bermaksud: "Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang 

kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah 

kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai 

balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar 

pahalanya." (Surah al-Muzammil, ayat 20). Rasulullah SAW 

juga bersabda yang bermaksud: "Apabila meninggal dunia 

seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya 

kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, 

anak soleh yang mendoakannya." (Hadis riwayat Muslim).

Sepi itu indah ke Dato'?

Posted by Dea at Tuesday, June 11, 2013 0 comments
'inilah antara bait-bait lagu Dato' Siti Nurhaliza'  

apapun yang terjadi berjalanlah tanpa henti....
air mata tertahan waktu untuk dijatuhkan.....
nanti kita kan tahu betapa bijaknya hidup....
supaya dapat meniti pelajaran yang berarti.....
semoga kepergianmu tak akan berubah apapun.... 
semoga mampu kulawan kesepianku....
semoga kepergianmu tak akan....
semoga mampu kulawan kesepianku....
nanti kita kan tahu betapa bijaknya hidup....
supaya dapat meniti pelajaran yang berarti.....
semoga kepergianmu tak akan berubah apapun....  
semoga mampu kulawan kesepianku....
semoga kepergianmu tak akan berubah apapun....
semoga mampu kulawan kesepianku....
semoga kepergianmu tak akan....
semoga mampu kulawan kesepianku....
apapun yang terjadi..berjalanlah tanpa henti....
apapun yang terjadi berjalanlah tanpa henti....
air mata tertahan waktu untuk dijatuhkan.....
nanti kita kan tahu betapa bijaknya hidup....
supaya dapat meniti pelajaran yang berarti.....
semoga kepergianmu tak akan berubah apapun....     
semoga mampu kulawan kesepianku....
semoga kepergianmu tak akan....
semoga mampu kulawan kesepianku....
nanti kita kan tahu betapa bijaknya hidup....
supaya dapat meniti pelajaran yang berarti.....
semoga kepergianmu tak akan berubah apapun....     
semoga mampu kulawan kesepianku....
semoga kepergianmu tak akan berubah apapun....     
semoga mampu kulawan kesepianku....
semoga kepergianmu tak akan berubah apapun....     
semoga mampu kulawan kesepianku....
apapun yang terjadi berjalanlah tanpa henti.......

Amanah Yang Berbayar..

Posted by Dea at Tuesday, June 11, 2013 0 comments
Sekolah dah mula balik.
Kembali kepada 'Bussiness' hakiki....mengajar + tugasan yang tak pernah habis, bahkan makin bertambah....Cuti dua minggu je....tak terasa2..pejam celik..pejam celik dah habis..
Apa2 pun...amanah yang berbayar yang diberikan kepada kita, lakukan sehabis baik dan penuh keikhlasan.

Kalau tidak mendapat balasan di dunia.....Inn Shaa Allah balasan di akhirat menanti kita.
Lupakan soal APC(Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) kerana itu bukan matlamat kita, walau pun kekadang nampak pincang dari segi siapa yang layak menerimanya. Biarlah yang memberinya jawab di Akhirat kalau tidak berlaku adil.
Selamat berkhidmat kepada nusa, bangsa dan agama wahai sahabat cikgu semua.

Suara Hati..

Posted by Dea at Tuesday, June 11, 2013 0 comments
Dalam mencari ketenangan hati,

Terasa banyak halangan ku rasai
Membuat diri sering berbagi,
Peribadi kukuh tidak terdiri,
Damai dicari datang dan pergi,
Ke kadang ia singgah di pintu hati
Ke kadang ia hilang  dan resah datang mengganti
Ke kadang  tergugat  keteguhan peribadi…
Menjalani ranjau dunia mandiri.
Mencari solusi sebagai pengabdi…
Berkata hati  
Ingin memperhambakan diri  
Teguh  sujud pada Illahi,
Membasahkan bumi  menginsafi diri
Bersungguh memanjat doa mencondong tinggi,
Pelihara lah hati, jiwa dan iman ku sebagai hamba sejati.

Kita Yang Menentukan..

Posted by Dea at Thursday, June 06, 2013 0 comments
Bijak dalam mengendalikan diri amat penting dalam menentukan kebahagiaan dan ketenangan dalam kehidupan seharian...Bila ditimpa masalah...apa yang penting adalah zikir, fikir dan ikhtiar...macam mana tu?

Tika diri dilanda masalah sama ada ditimpa bencana atau musibah, orang benci kita, orang marah kita, dibebani hutang yang banyak atas keperluan untuk hidup, pertama2 sekali kita haruslah zikir...apa itu zikir? iaitu kita himpun semua masalah kita tersebut dan kita serah pada Allah...berdoa pada-Nya moga diringankan bebanan kita untuk menghadapinya....

Selepas itu, kita haruslah fikir...fikir apa tindakan yang sewajarnya...kalau ditimpa musibah, adakah kita perlu terus bersedih atau redha?kalau ada orang marah atau benci pada kita, adakah kita harus membalas balik dan berdendam dengan mereka atau kita memaafkan mereka?

Selepas itu, barulah kita cuba ikhtiar...berikhtiar macam mana caranya kita boleh mengatasinya...berikhtiar dengan cara yang ma'ruf....berhemah...tenang...

Macam mana kalau ada orang marah kita?apa tindakan kita?

Pertama kita seharusnya bersyukur sebab bukan kita yang marah...kerana marah itu adalah syaitan dan syaitan itu dari api...api itu tempatnya di neraka...

Kedua kita mestilah mendoakan orang tersebut supaya diampunkan dosanya...diberi ketenangan supaya marahnya cepat reda...

"Jadilah sepohon pokok mangga....orang membaling pokok itu dengan kayu tetapi pokok itu memberikan buah mangga yang manis lagi lazat..."

Kita tak rugi apa2 bila orang marah atau berdendam dengan kita kalau kita sabar...kerana ganjarannya hanya Allah yang layak memberi...ingat Allah ingat rahmat-Nya...kasih sayang Allah lebih luas dari kemurkaan-Nya...wallahua'lam...

Kehilangan Kucing Kesayangan..

Posted by Dea at Monday, June 03, 2013 0 comments

Berat hati ini untuk menaip tapi saya akan tetap juga lakukan untuk disimpan dalam memori. Sesuatu yang sungguh tak disangka telah berlaku... Isnin, 03.06.2013 kami telah kehilangan kucing kesayangan kami, Joe-ra...

Mungkin Joe-ra terlepas dari pagar ketika abah keluar untuk solat di masjid. Abah tak perasaan.. dan laluan di kawasan perumahan saya adalah kawasan orang berjoging untuk ke Taman Lipur Bukit Soga. Sama ada Joe-ra tidak jumpa jalan balik atau diambil orang. Saya pun terus berlari juga mencari kat serata tempat sambil sebut "joe-ra... joe-ra....". Tak dapat saya gambarkan perasaan saya masa tu. Tak peduli dengan orang yang lalu lalang... saya tetap berulang-alik mencari. Saya tahu memang mustahil untuk jumpa Joe-ra.. sebab perumahan di sini besar, orang pun ramai.  Usaha tetap usaha sampai ke sudah dan akhirnya kami berhenti... 

Saya terus peluk mama . Saya hanya mampu cakap "sampai hati orang tu ambil kucing kakak... itu kucing kita." Kami berdua memang sedih yang teramat. Joe-ra sangat manja dan keletah dia menghiburkan kami sekeluarga. Setiap detik yang berlalu kami bergilir-gilir memanggil namanya dengan harapan ia muncul di hadapan kami..hingga saat ini :(


Hibanya hati ni memang tak terkata. Apatah lagi bila masuk rumah tengok semua barang-barang Joe-ra macam biasa. Makanan kat depan, tempat tidur dia atas katil, mainan kat sana-sini....ya Allah hancurnya hati saya memang tak dapat nak terangkan. Lewat malam tu kami sekeluarga pusing-pusing semula untuk tengok-tengok mana tahu Joe-ra ditinggalkan  kat mana-mana. 

Orang kata tentu ada hikmah di sebalik kejadian. Ya, saya tidak nafikan itu tapi siapa yang boleh menolak kesedihan dan kekosongan di hati?  Joe-ra datang dalam hidup kami hanya untuk 5 bulan, terlalu singkat rasanya untuk dia pergi. Kami masih mampu untuk beri dia kasih sayang yang secukupnya. Tak pernah sekali pun kami rasa terbeban. Yang pasti Joe-ra banyak membawa perubahan dalam kehidupan kami..

Semoga Jo-era masih selamat berada di luar sana... dan harap dapat doakan kesihatan Joe-ra dan semoga ia dapat kembali ke pangkuan kami semula. Kalau-kalau ada yang terjumpa atau ternampak ia di mana-mana, ambillah jaga dia dahulu dan harap dapat beritahu kami ye. Nanti kami datang jemput dia..

~Maafkan saya sahabat.. kerana tidak menjaga hadiah yang cukup berharga dan istimewa itu dengan sebaiknya..

Mereka Tetap Manusia

Posted by Dea at Monday, June 03, 2013 0 comments
 
KBSR..PPSMI..KSSR..SPPBS..SAPS..e-itu..e-ini..Ya Allah..Mungkin ada yang mengatakan mereka adalah guru, jadi kenalah berkorban. Ya…benar sama sekali. Tetapi kita jangan lupa mereka tetap manusia yang ada limitasi daripada segi tenaga dan emosinya.
 
Jangan kerap sangat “bertukar dasar dan jadikan guru-guru ini bahan eksperimen". Setiap kali tukar menteri, pening nanti guru-guru. Kadang-kadang benda yang mudah jadi semakin sukar. Jadi, buat kajian dengan sebaiknya.

Akhirnya, seperti yang kami katakan tadi di sebalik implementasi ini, yang penting, prestasi & kualiti guru-guru ni boleh ditingkatkan bukan menjadikan mereka tertekan dan hilang tumpuan dalam tugas mereka. Adalah sesuatu yang malang apabila guru tergolong antara yang ramai berjumpa dengan pakar sakit jiwa akibat bebanan kerja yang melampau ~!

Kadang-kadang saya terfikir alangkah baiknya jika tidak ada penemuan teknologi komputer dalam kehidupan~! 
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor