Ketika bersembang dgn seorang sahabat, terpacul peribahasa "Hanya Jauhari yang mengenal Manikam". Dia kata dah lama tanya kawan2 bagaimana asal usul peribahasa ini boleh tercipta dan sehingga kini dia belum mendapat jawapan yang memuaskan hatinya.
Sedikit masa dulu saya juga sering tertanya sepertinya..kebetulan pula saya menguruskan program bacaan NILAM di sekolah. Terdapat dua tahap NILAM iaitu Tahap Jauhari dan Tahap Rakan Pembaca. Mengapa Jauhari? Atas maklumat yang saya ada maka dapatlah saya menjelaskan secara ringkas asal usul peribahasa tersebut kepadanya.
Peribahasa
tersebut berasal dari kisah orang2 tua mengenai persahabatan pedagang hindu
(Patmanaban) dan orang laut(Jauhari) di tanah Melayu. Mereka berjumpa,
dan kemudiannya bersahabat baik. Tak lama lepas tu, mereka mengambil
keputusan untuk berlayar bersama.
Langit
tak selalu cerah, setelah bertahun2 berlayar bersama kapal
mereka dilanda badai yang amat kuat, di lautan lepas (atas sikit dari
Aceh)sehingga menenggelamkan mereka. Dalam kekalutan tersebut, hanya
tuhan sahaja yang mampu menyelematkan mereka. Jauhari dapat berpaut
pada serpihan kapal, dan berenang ke daratan, namun Patmanaban tidaklah
dapat di jumpai. Beliau merasa amat sedih. Beliau mengambil keputusan
untuk pulang ke kampungnya
Selepas 10 tahun berlalu, Jauhari kembali belayar,beliau kemudiannya singgah di sebuah bandar. di utara Aceh. Ketika beliau jalan, lepak2, makan angin, beliau terserempak dengan
seorang gila, terbiar, mukanya rosak teruk. Beliau amat terkejut apabila
mendapati, itulah sahabatnya Patmanaban, yang terpisah dengannya ketika
kapal mereka tenggelam. *sekilas pandang sahaja beliau telah kenal Patmanaban.
Kemudian, atas kapasiti sebagai sahabat karib,
beliau membawa Patmanaban ke kampungnya dan menemukannya dengan
keluarga Patmanaban. Selepas perubahan wajah dan perangai, sukar untuk
keluarga Patmanaban mengecamnya.
Kemudian kisah ini
diceritakan oleh Jauhari kepada anak cucunya. Dan dari kesetiaan Jauhari itulah diambil sebagai peribahasa.
"Hanya jauhari yang
mengenal manikam" ; hanya orang2 yang betul2 memahami dan mendalami
sesuatu/seseorang itu dapat mengenal sesuatu/seseorang.
Mungkin ada yang bertanya kenapa nama berbeza dalam cerita dan peribahasa. Ada 3 pendapat yang menjelaskan perkara tersebut.
1-Manikam dalam bahasa telugu memberi maksud ketua, mungkin Patmanaban ialah ketua masyarakat di tempat asalnya.
2-Manickam = Lord Krishna. Mungkin beliau lebih selesa menggunakan nama ini ketika berurus niaga.
3-Manikam
mungkin diambil kerana beliau kerap menyambut seseorang dengan ucapan
Vanikam, kemudia berlaku kesalahan dalam proses pemindahan cerita dari
mulut ke mulut.
Sama ada cerita ini rekaan atau dongeng semata tak tahulah saya. Nampaknya sahabat saya berpuas hati dengan penjelasan ini :)
“Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.”
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Ternyata
Al-Quran begitu mengambil berat tentang fadilat (kelebihan) ketaqwaan,
bahkan dalam pada itu ia menyeru manusia kepada ketakwaan dan
menempatkan serta memberikan keistimewaan kepadanya. Sebilangan besar
dari ayat-ayatnya yang jelas sehinggalah para pembacanya, hampir-hampir
tidak tertinggal satupun muka surat ayat-ayat suci Al -Quran ataupun
sebahagiannya melainkan mereka akan mendapati kalimah “attaqwa” di sana
sini yang dinyatakan oleh yang Maha Pengingat dan Maha Bijaksana.
Para
sahabat dan salafus salih begitu mengambil berat tentang ketaqwaan di
mana mereka memastikan, bermujahadah untuk mencapainya dan sering
bertanya mengenainya. Umar bin Al-Khattab pernah bertanyakan Ubai bin
Kaab tentang taqwa. Ubai bertanya: “Pernahkah engkau berjalan di jalan
yang berduri? Umar menjawab, “Bahkan!” Ubai bertanya: “Apa yang engkau
lakukan apabila berjalan di jalan tersebut? Jawab Umar: “Aku
berhati-hati dan berusaha (melepasi nya).” Lalu Ubai berkata: “Maka yang
demikian itulah ketaqwaan”.
Berasaskan
kepada pengertian ketaqwaan seperti yang dinyatakan oleh Ubai bin Kaab
dalam jawapannya terhadap soalan yang dikemukakan oleh baginda Umar,
Sayyid Qutb Rahimahullah menyatakan di dalam tafsirnya, “Fi Zilalil
Quran”:
Yang
demikian itulah ketaqwaan, kehalusan rasa dalam tindakan, keheningan
pada perasaan, ketakutan yang berterusan, kesentiasaan di dalam
kewaspadaan dan pemeliharaan (diri) dan ranjau-ranjau di jalan. Jalan
kehidupan. Jalan yang sentiasa dirintangi oleh ranjau-ranjau keinginan
hawa nafsu, ranjau-ranjau kehalobaan, kebanggaan serta yang menakutkan
dan menggetarkan hati, ranjau-ranjau tipuan pengharapan bagi mereka yang
tidak mempunyai pengharapan. Tiupan ketakutan dari mereka yang tidak
memberikan kemanfaatan serta kemudaratan dan puluhan macam ranjau-ranjau
yang lain.
Cukuplah
“taqwa” dengan segala kelebihan dan keberkesanannya. Sesungguhnya ia
merupakan pemancar kelebihan (fadilah) kepada masyarakat seluruhnya.
Satu-satunya jalan untuk mengawal kerosakan, kejahatan dan dosa. Bahkan
ia merupakan rukun yang paling asasi dalam pembentukan sesebuah
keperibadian di segi kejiwaan dan akhlaknya.