~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Amanah Ini..

Posted by Dea at Friday, March 29, 2013 0 comments
Cuti seminggu tak terasa dan tak dapat dinikmati sepenuhnya..Semuanya gara-gara aku dan beberapa orang rakan sekerja terpaksa bertungkus-lumus melatih pelajar-pelajar yang akan menghadapi pelbagai jenis pertandingan apabila persekolahan bermula minggu depan. Pertandingan Pantun, Majlis Tilawah, Doktor Muda dan Pertandingan Sahibba antara yang menunggu untuk dipertandingkan.

Sebagai orang baru di tempat baru..aku menerima cabaran yang diberi sebagai tanggungjawab yang perlu aku jalankan sebaik mungkin. Syukur ke hadrat Illahi kerana aku sentiasa menerima sokongan padu dari abah dan mama serta rakan-rakan. "Buatlah sehabis baik..jika rezeki masih belum berpihak kepada kita, kita akan merasai kepuasannya kerana telah mencuba yang terbaik". Pesan abah sentiasa aku ingat dan jadikan pegangan dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Alhamdulillah, mungkin kerana aku dilahirkan dalam keluarga guru, jiwa pendidik amat kental di hati dan akan aku jadikan kekuatan diri untuk mendidik anak bangsa yang dahagakan ilmu..Inn Sha Allah.

Abah dan mama adalah 'role model' aku. Melihat ketabahan dan kegigihan mama serta abah dalam melalui liku-liku perjalanan sebagai seorang guru selama hampir 30 tahun membuat aku bersemangat untuk meneruskan perjuangan mereka. Masih aku ingat ketika aku sibuk menghadapi peperiksaan PMR, mama dan abah juga sibuk mengulangkaji dan membuat 'assignment' demi meraih impian bergelar siswazah. Sesuatu yang gagal mereka perolehi ketika zaman muda dulu. Alhamdulillah, impian abah dan mama telah tercapai dan kejayaan mereka menjadi pendorong kami adik beradik untuk turut cemerlang dalam pelajaran.

#akak bangga mempunyai abah dan mama seperti kalian berdua. Terima kasih abah..terima kasih mama..

Terima Kasih Abah dan Mama

Posted by Dea at Friday, March 29, 2013 0 comments
Tanpa Ayah dan Ibu, aku tak ada di dunia.
Tanpa Ayah dan Ibu , aku bukan siapa-siapa.
Tanpa Ayah dan Ibu, aku bukan orang yag berguna.

Bersama Ayah dan Ibu, aku selalu didampingi.
Bersama Ayah dan Ibu, aku tak pernah merasa sendiri.
Bersama Ayah dan Ibu, hidupku lebih berarti.

Ayah dan Ibu selalu di hati.

Terima kasih Ayah dan Ibu, telah membesarkanku.
Terima kasih Ayah dan Ibu, telah memperhatikanku.
Terima kasih Ayah dan Ibu, atas segala yang diberikan kepadaku.
Terima kasih Ayah dan Ibu tercinta..


Sedarkah Kita?

Posted by Dea at Friday, March 29, 2013 0 comments
Adakah kita sedar dengan nikmat Allah S.W.T telah berikan kepada kita ? Adakah kita menggunakannya sebaik mungkin dalam mengejarkan kebaikan...

Kita manusia umpama boneka, tanpa izin Allah kita xakan mampu berbuat apa2~

Ada orang yang mempunyai mata, tapi xdapat melihat~
Ada orang yang mempunyai telinga, tapi xdapat mendengar~
Ada orang yang mempunyai mulut, tapi xdapat bercakap~
Ada orang yang mempunyai kaki, tapi xdapat berjalan~
Ada orang yang mempunyai otak, tapi xdapat berfikir~

Bersyukurlah dengan setiap nikmat Allah yg telah dikurniakan kepada kita. Jika anda faham dengan apa yg disampaikan, menandakan Allah telah mengurniakan otak yang boleh berfikir kpd anda~


Mutiara Kata Ustaz Azhar

Posted by Dea at Friday, March 29, 2013 0 comments
Koleksi Mutiara Kata-Kata Ustaz Azhar Idrus~ (^^,)

1. Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
2. Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
3. Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
4. Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
5. Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya
6. HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.
7. Istikharah – Bila hati terasa lapang itu tanda jodoh yang baik dan sebaliknya.
8. Perkahwinan paling berkat – Yang paling murah mas kahwin paling murah belanja.
9. RM10 ribu belanja mas kahwin untuk wanita yang reti belaker, serba-serbi reti (agama dll)
10. HARAM wat menantu yang tidak solat walaupun sah nikah. Tinggal 1 waktu 6 ribu tahun bakar dalam neraka.
11. Lelaki soleh digalkkan kahwin dengan perempuan tak solehah, Perempuan solehah tak digalakkan kahwin dengan lelaki tak soleh
12. Luah perasaan nak kahwin pada wanita boleh tapi bukan dalam keadaan khalwat. (cth depan mak dia)
13. Hendaklah kamu pergi melihat dulu perempuan itu, baru berkahwin. Makruh tak tengok.
14. Yang dah couple tapi akhirnya bernikah, wajib bertaubat juga dosa-dosa couple lepas.
15. Yang dah tunang bawa tunang gi jalan-jalan boleh tapi kena bawa mak ayang dia sekali.
16. Kalau dah berkenan, pergi ke rumah merisik dan bertanya jujur & ikhlas nyatakan hajat nak kahwin.

Tentang Cinta

Posted by Dea at Friday, March 29, 2013 0 comments
Cinta buta, cinta mati, cinta yang membawa maut dan bermacam-macam lagi cinta selalu dikenali di sekitar para remaja masa kini. Cinta memang wujud, tidak benar andai seseorang itu berkata dia tidak pernah jatuh cinta atau sedang bercinta. Berkemungkinan cinta mereka tidak berbalas dan oleh sebab itu seseorang berkelakuan tidak ingin bercinta dan ingin hidup seorang diri~

Tetapi, cuma satu sahaja manusia sering lupa. Cinta sesama insan tidak akan kekal lama. Ini kerana, kita ada Tuhan dan Tuhan kita adalah Allah. Allah berkuasa menarik apa sahaja yang Dia ciptakan termasuk orang yang kita sayang~

Oleh itu, renungkan dan ingatlah bahawa cinta pada manusia tidak kekal lama tetapi cinta pada Allah tidak akan pudar buat selam-lamanya~

Adab Menuntut Ilmu

Posted by Dea at Sunday, March 24, 2013 0 comments

Bingkisan Buat Pelajar

Posted by Dea at Sunday, March 24, 2013 0 comments
Bingkisan hasil nukilan Ust Pahrol Mohd Juoi buat semua yg. mendapat keputusan SPM minggu lepas....

"..Anak-anakku jika kau ingin menggembirakan aku dengan keputusan peperiksaan mu yang cemerlang, ketahuilah aku tidak akan gembira dengannya... aku hanya gembira apabila ilmumu dapat dimanfaatkan untuk taat kepada Allah dan berkhidmat untuk manusia!

Anak-anakku, jika kau rasa aku akan bersedih dengan keputusan peperiksaanmu yang tidak cemerlang, ketahuilah aku tidak akan bersedih... aku hanya sedih sekiranya kau gagal bersabar dalam menghadapi takdir Allah setelah gigih berusaha!

Berjaya jangan sampai kau berbangga...
Gagal jangan sampai kau kecewa!
Carilah keredhaan Allah, bukan penghargaan manusia.."

Doaku PadaMU Ya Allah..

Posted by Dea at Sunday, March 24, 2013 0 comments
~* Amin kan do'a ini sahabat hatiku ..

Ya…Allah
Janganlah Engkau pejamkan mata hati ku
hingga ku terlupa akan nikmat-Mu

Ya…Allah
setiap hembusan nafasku
tak akan sama nilainya dengan indahnya dunia ini
maka ingatkanlah diriku selalu ‘tuk menyebutkan
nama-Mu.

Ya……Allah
hatiku selalu resah
jika mentari menampakkan sinarnya
apakah persembahan malamku Kau terima?

Ya…Allah
hatiku selalu gundah
jikalau sang suria kembali keperaduannya
apakah hari ini aku tak ada erti di hadapan-Mu

Ya..Allah
jikalau ku layak meminta
hanya sekuntum do’a yang kupunya
biarkanlah diriku terlena
dalam samudera do’a ku
kepada-Mu semata...

Dan jauhkan hati dari rasa iri dengki
Kesombongan hati
yg selalu menyelimuti
Sirnakanlah sifat tamak akan kekuasaan diri
Aamiin....

Bicara Dalam Doa..

Posted by Dea at Tuesday, March 19, 2013 0 comments

"Hanya satu yang kupinta
Kebaikan darinya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yg murni bahagia selamanya
Dgn lafaz pernikahan yg mulia" ^_^

Tarikh Peperiksaan Awam 2013

Posted by Dea at Monday, March 04, 2013 0 comments
 
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH - (UPSR)
Ujian Bertulis 
10 September 2013  - 12 September 2013 (Selasa - Khamis)

PENILAIAN MENENGAH RENDAH
- (PMR)
Ujian Bertulis 
2 Oktober 2013 - 3 Oktober 2013 (Rabu - Khamis) 
7 Oktober 2013 - 9 Oktober 2012 (Isnin - Rabu)

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
- (SPM)
Ujian Bertulis
6 November 2013 - 29 November 2013
2 Disember 2013 - 5 Disember 2013 
 
 
SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA - (STAM)
Ujian Lisan : 8 Julai 2013 - 19 Julai 2013
Ujian Bertulis : 21 Oktober 2013 - 23 Oktober 2013
                      28 Oktober 2013 - 29 Oktober 2013

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) - (SPMU)

Ujian Bertulis
11 Jun 2013 - 12 Jun 2013

PENTAKSIRAN KOLEJ VOKASIONAL (KV)
29 April 2013 - 30 April 2013
2 Mei 2013 - 17 Mei 2013

PENTAKSIRAN KOLEJ VOKASIONAL (KV)
7 OKTOBER 2013 - 25 OKTOBER 2013
 
PENTAKSIRAN PUSAT PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)
21 OKTOBER 2013 - 23 OKTOBER 2013




*Tarikh-tarikh berkenaan adalah  tertakluk kepada pindaan.


Sumber : Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia

Doa Buatmu..

Posted by Dea at Monday, March 04, 2013 0 comments



 Bismillahirrahmanirrahim :

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.

Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.

Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.


Ameen Ya ALLAH
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor