~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Saya Suka Matematik

Posted by Dea at Monday, February 25, 2013 0 comments
1. KIDZONE
Website ini amat berguna kepada kanak-kanak yang berusia dari 4 tahun hingga ke 6 tahun ke atas. Website ini menyediakan pelbagai jenis permainan dan kegunaan untuk mempelajari matematik. Tambahan pula, website ini menyediakan contoh worksheet untuk kanak -kanak supaya mereka dapat belajar dengan cara yang mudah. Oleh sebab itu, disarankan para ibubapa untuk menikmati kandungan dalam website ini.

Laman: http://www.kidzone.ws/math

2. COOKIE
Website Cookie.com pula mempunyai kelebihannya sendiri terutamanya dalam pengajaran matematik. Kanak -kanak juga boleh bermain permainan seperti puzzle dan juga mewarna. Setiap permainan disertai dengan umur kanak-kanak supaya mereka dapat mempelajari dengan secepat mungkin. Contohnya aktiviti 'Color By Letters' untuk kanak-kanak yang berumur 3-5 tahun sahaja.

Laman: http://www.cookie.com/

Pantun

Posted by Dea at Monday, February 25, 2013 0 comments
Pohon rendah akar sebatang
Hinggap nuri duduk sekawan
Bulan indah dipagar bintang
Tinggal mentari di balik awan

Kayu perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau

Tebang gelam tebang kenanga
Batang tumbang menimpa gadung
Kumbang mengidam nak seri bunga
Bunga kembang di puncak gunung

Dang Nila memangku puan
Berembang buah pedada
Adakah gila bagimu tuan
Burung terbang dipipiskan lada?

Encik Embong anak Melaka
Tanam peria di tepilah pantai
Usah sombong tuan berkata
Mana buaya menolak bangkai?

Punggur rebah puyuh mendengut,
Dengut melata di tengah padang;
Sedangkan bah kapal tak hanyut,
Inikan pula kemarau panjang

Burung Merak terbang ke laut
Sampai ke laut mengangkut sarang
Sedangkan bah kapal tak hanyut
Inikan pula kemarau panjang

Dalam perlak ada kebun
Dalam kebun ada tanaman
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada mainan

Puisi: Bunga Sirih untuk Guru

Posted by Dea at Monday, February 25, 2013 0 comments
Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.

Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.

Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.

Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.

Nukilan:
J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu

Bersabarlah menempuh segala dugaan dari yang Maha Esa..

Posted by Dea at Saturday, February 16, 2013 0 comments

Airmata Dan Hati

Posted by Dea at Saturday, February 16, 2013 0 comments
“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya : mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang bermalam dalam rangka berjaga di jalan Allah”. (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Adakah airmataku menitis mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan dengan sengaja dan tanpa sengaja..?

Adakah airmataku menitis dalam kudus doa yang ku rangkapkan pada Yang Esa..?

Adakah airmataku menitis mensyukuri nikmat dan rahmat tuhan yang sentiasa mengaliri nadi kehidupanku..?

Adakah airmataku menitis mampu merasai kemanisan iman yang teramat manis kurniaan tuhan yang paling berharga..?

Adakah airmataku menitis hati merintih takutnya menghadapi waktu bertemu denganNya..?

Tidak merasa diri berdosa.
Tidak kusyuk mengungkap doa, malah tergesa-gesa.
Nikmat dan kebaikan silih berganti, dirasakan hanya perkara biasa setelah berusaha.
Iman makin pudar, hati terasa tawar namun tak berdaya untuk memaniskannya dengan titis keimanan.
Hati mengharap bertemu dengan ALLAh..? Entahlah, seakan akhirat makin menjauh dari jiwa.
Tidak tersentuh ketakutan pada khabar azab neraka dan alam barzakh sana.

Wahai diri ku dan saudara muslimahku.. menangislah atas hati yang telah tiada.. Di manakah hati yang akan dibawa bertemu ALLAH..?

Hati yang tidak kusyuk, hati yang tidak merasa berdosa, hati yang tidak jernih menghitung jutaan nikmatnya, hati yang lompong keimanan, hati yang seolah hanya bermastautin di dunia..

Hati itu telah hilang dalam kesibukan mengisi kehendak dunia yang tak terhabiskan...?

Hati itu telah hilang dimamah syaitan..? Hati itu keras jauh dari sentuhan Al Quran…? Hati itu hanyut dengan seribu satu keindahan dan keasyikan dunia yang memperdayakan…?

Airmata. Dan hati. Allah memberi nya untuk menyempurnakan kehidupan insan. Tanpa airmata, tanpa hati, manusia kah yang bernama insan..?

Sehelai daun itu..

Posted by Dea at Saturday, February 16, 2013 0 comments
Sehelai daun itu telah jatuh melayang-layang ke atas bahuku...
Terus terlintas dalam fikiranku bahawa walaupun cuma sehelai daun, pastinya ALLAH swt mengetahui perihal daun yang usang berwarna coklat itu. Hanya dengan kuasa ALLAH ditakdirkan 'dia' gugur dari rantingnya menandakan telah tamat tempohnya hidup di bumi ALLAH ini. ALLAH itu MAHA DEKAT dan MAHA MENGETAHUI.

Ku ambil, ku belek dan ku renung sehelai daun yang masih jelas urat-urat jejala tapi ada satu lubang pada daun yang telah koyak mungkin dimakan ulat... daun yang dulunya segar menghijau hijau kini berwarna kusam dan tidak lagi mendamaikan mata memandang.

Daun itu mengingatkan diriku bahawa masa yang beredar akan menukar yang muda kepada tua..yang cantik kepada hodoh...yang gagah kepada lemah..dan yang paling pasti...yang hidup kepada mati.

Sesungguhnya daun itu memberi penuh makna padaku. Dengan statusnya 'dilahirkan' ke bumi sebagai daun, tugas menghasilkan oksigen seperti yang dipertanggungjawabkan telah dilaksanakan sebaik mungkin. Tak mungkin sehelai daun itu mendurhakai perintah ALLAH..., mogok tidak mahu menjalankan tugas fotosintesis.
Bayangkan apa yang terjadi jika ia memberontak tidak mahu menjalankan suruhan ALLAH untuk membina molekul-molekul udara yang segar..? Akan huru-hara dunia dan ramai manusia yang mati lantaran tiada kecukupan udara untuk bernafas.

Daun itu bukti nyata di hadapanku bahawa seluruh tumbuh-tumbuhan dan alam sejagat ini sentiasa tunduk dan akur pada sunnatullah dan perintah ALLAH... dan 'mati'nya daun, ranting, dahan, serta kawan-kawan sejenisnya yang lain tak akan dibangkitkan lagi untuk melalui hari pembalasan... Mereka gugur, jatuh ke tanah, reput lalu menyebatikan diri semula dengan tanah dan mikrob yang lain.
Namun, kitaran itu tidak sama sekali berlaku pada kita yang bergelar manusia. Kita hidup, mati dan pasti dibangkitkan semula, untuk ALLAH menyoal apakah yang telah kita lakukan dengan jawatan kita sebagai:
1) hambaNYA
2) khalifah NYA
Renung ke dalam diri...
Apakah yang telah ku lakukan dengan 2 jawatan penting itu...?
Sehelai daun itu telah kembali pada ALLAH...
Kita akan turut kembali padaNya...sebagai manusia.

Bersediakah kita....?

Keseronokan Bekerja

Posted by Dea at Thursday, February 14, 2013 0 comments

Wang Belanja..

Posted by Dea at Thursday, February 14, 2013 0 comments
Cikgu : Rizal kenapa kamu tak keluar rehat?
Rizal : Saya tak nak makan hari nih cikgu...
Cikgu : Kenapa? kamu tak bawa duit ke?
Rizal : Diam (Menggeleng kepala sambil tunduk ke bawah)
Cikgu : Takpe pegi ambil makanan dan beritahu makcik tu nanti cikgu bayar.
Rizal : Baik cikgu.. (riak wajah sedih).

Hati kecil guru mana yang sanggup melihat anak muridnya 'mengikat perut'... tapi kecewa jika ada ibu bapa yang sanggup tidak memberikan wang belanja kepada anak mereka ke sekolah kerana sejak akhir-akhir ini kerajaan memperuntukkan bantuan yang melimpah ruah.

Jadilah Rama-rama Yang Mengindahkan Alam..

Posted by Dea at Thursday, February 14, 2013 0 comments
Lihatlah rama-rama, ianya cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka & ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam & menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu tinggal di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap & pegang rama-rama dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna & corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahupun diawet.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa kurang tetapi harga diri & maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna & coraknya manakala harga wanita terletak apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar dari kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran & evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar kepada sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat & dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia yang sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar - indah dipandang tetapi dia sendiri yang menanggung beban. Hiduplah dengan bebas & terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan & maruah diri anda berada di taraf A1, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik & sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah & sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin anda sukar dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara & melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai & maruah diri anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai lelaki yang benar-benar sanggup mencintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang & belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Buat Renungan..

Posted by Dea at Thursday, February 14, 2013 0 comments
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. 


Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis...

Sekuntum Ros Merah..

Posted by Dea at Thursday, February 14, 2013 0 comments
Sekuntum ros merah
di jambangan indah
 berseri mewangi
 menyentuh sanubari..

 Sekuntum ros merah
terhimbau kembali sejarah
 perkenalan sungguh indah
 kasih tersurat sudah..

 Sekuntum ros merah
bila berjauhan resah
 malam dingin gelisah
 siang kering gundah..

Sekuntum ros merah
 nilai sebuah hadiah
sebelum saat berpisah
 kesetiaan menjadi amanah...

Titian Sirat

Posted by Dea at Saturday, February 02, 2013 0 comments
"Apa itu TITIAN SIRAT ????!"

As-Sirat dari sudut bahasa bermaksud jalan. Manakala dari sudut syariat ianya merupakan satu jambatan yang dibentang merentasi Neraka Jahannam; untuk manusia menyeberanginya menuju ke Syurga.

Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya (Neraka Jahannam); (yang demikian) adalah satu perkara Yang mesti (berlaku) Yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. (Maryam : 71)

Dalil: Tidak akan menyeberangi titian Sirat melainkan orang Mukmin.

Dari Abi Said Al-Khudriy r.a dari Nabi s.a.w : “…Maka orang mukmin akan melaluinya seperti kerdipan mata; (ada yang) seperti kilat dan taufan, seperti burung, seperti kuda dan tunggangan yang terbaik; maka yang berjaya selamat sampai, yang tersiat dihantar, yang terkait berada dalam neraka…” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari hadith Abi Hurairah dan Huzaifah r.a : “…berjalan bersama mereka amalan mereka dan nabi kamu berada di atas titian sirat dalam keadaan berkata: “Ya Tuhan, selamatkan! Selamatkan!”, sehingga lemahnya amalan hamba-hamba dan sehingga datang seorang lelaki yang tidak mampu berjalan melainkan merangkak” Sebahagian dari hadith riwayat Muslim

Dari Abi Hurairah r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “…dibentangkan titian Sirat di antara Neraka Jahannam, maka akulah dan ummatku yang pertama menyeberanginya. Tidak berkata-kata pada ketika itu kecuali para rasul dan doa mereka ialah : “Ya Allah, selamatkan, selamatkan!” Riwayat Bukhari

|Fudhal bin iyadh brkata prjalanan di sirat memakn mase 15000 tahun. 5000 tahun menaik,5000 tahun mndatar dn 5000 tahun manaik,ada makhluk yg melitasinya sprt kilat,sprti ANGIN, menunggang binatang korban dn brjaln kaki. ade yg tdk dpt memelpsinya dsebabkn api nrka sntiase mnrik kaki mrka, lalu mrka JATUH ke dlmnya.

Orang pertama melalui sirat ialah Nabi Muhammad SAW yang mengepalai umat lain.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dan direntangkan sirat di antara dua jurang neraka jahanam, maka akulah Rasul pertama yang melaluinya bersama umatku yang lulus.”

Tahap kelajuan seseorang mukmin meniti titian itu bergantung kepada tahap keimanan dan amal masing-masing. Semakin tinggi keimanan dan amalan, kian laju menuju titian itu. Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

Diantara tips untuk melepasi Titian Sirat Mustaqim

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, Selamatkan, Selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini,

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.”

(Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil berpegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid

Beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat:

1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.



SUMBER: Sha Ridhuan

SILA TAG DAN SEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN

p/s:
sesungguhnya malaikat tidak pula rehat dan sentiasa menulis pahala setiap perbuatan mulia kita :)

Ujian Kita Berbeza..

Posted by Dea at Saturday, February 02, 2013 0 comments

http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/c0.0.403.403/p403x403/312336_535038876520116_1538307838_n.jpg
Ada airmata dibalik SENYUMAN,
Ada kasih sayang disetiap Amarah.

Ada pengorbanan disetiap KETIDAKPEDULIAN,
Ada harapan dibalik setiap KESAKITAN,
Ada kekecewaan disetiap derai tawa.

kita bukan satu satunya manusia dengan segudang masalah..

TERSENYUMLAH..
Kerana senyum mampu membasuh setiap luka.

MAAFKANLAH..
Kerana maaf mampu menyembuhkan semua rasa sakit.

Hanya ada ALLAH tempat segalanya bermuara,
KepadaNya kita berserah atas segala pinta.



Ujian kita berbeza,,,
Kesabaran kita juga berbeza....
Maka BERUNTUNGLAH orang yang mampu bersabar hingga ke akhir,
yang kemuncaknya MARDHATILLAH.....

::Ujian dari ALLAH bukan utk kita mengeluh dan mengalah... tapi
utk kita trus kuat dan bangkit kembali::

Kasihi Makhluk Allah "Kucing"

Posted by Dea at Saturday, February 02, 2013 0 comments
Membaca dan melihat gambar kisah-kisah mereka yang memperlaku dan mendera kucing kadangkala membuat saya menangis..Dikelar leher. dipotong kaki dan telinga..owhh kejamnya manusia yang bertindak lebih teruk dari haiwan yang tidak berakal.. janganlah kita  berlaku kejam terhadap kucing... aku sukeee sgt kucing...

Ambillah iktibar dan ganjaran dari kisah mereka yang menyayangi kucing ini...semoga kita menjadi insan yang penyayang kepada makhluk Allah di muka bumi ini.
Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji.

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di kampungnya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendek kata rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Aamiin~

'Jarak'

Posted by Dea at Saturday, February 02, 2013 0 comments
Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah ,Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu ."

#Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi. Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.. :)
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor