~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Baju Sekolah

Posted by Dea at Thursday, November 29, 2012 0 comments
Kisahnya:
Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya
bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan .

  Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. 
 
 Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
 
 "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.
 
" Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.. ♥

Tangisan Gaza..

Posted by Dea at Monday, November 19, 2012 0 comments
Ketika kita menitiskan airmata kerana cinta yang tak kesampaian, mereka menangis kerana cinta yang kehilangan, ketika kita merungut makanan tak cukup sedap, mereka berlumba mengutip sisa apa yang ada demi meneruskan kehidupan harian, ketika kita mencanak lantang, mempertikai hak orang, mereka didiamkan dengan dentuman senapang, ketika kita takut harta yang ada tidak cukup, mereka sanggup menyerahkan semuanya asalkan anak-anak mereka boleh terus hidup, ketika kita risau suami atau isteri dirampas orang, mereka menangis, mengenangkan suami atau isteri yang tidak lagi pulang kerana dianiaya orang. Jadi apa sangatlah kehidupan dan masalah kita, berbanding mereka yang menghadapi semua itu dan terus berjuang.

Titiplah walau sebaris doa buat mereka..

Perbanyakkanlah..

Posted by Dea at Monday, November 19, 2012 0 comments
“Apabila kamu teringatkan seseorang, perbanyaklah olehmu ISTIGHFAR, apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT, apabila kamu ingin wajah berseri & sejuk mata memandang, perbanyaklah SOLAT DHUHA, apabila kamu inginkan perlindungan & kekuatan hati, perbanyaklah TAHAJUD dan apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu & mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan BERWUDHU.”

“RasululLah pernah bersabda:
“Barang siapa yang berselawat kepadaKu pada waktu pagi 10 kali dan pada waktu petang 10 kali, ia akan mendapat syafaatKu pahala hari kiamat..." Hadis Riwayat Thabarani.


“Barang siapa memperbanyak istighfar, maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)”

Berita Terkini SPPBS

Posted by Dea at Monday, November 19, 2012 0 comments
PENGUMUMAN TERKINI : Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kemasukan prestasi murid Tahun 1 dan Tahun 2 2012 ke dalam SPPBS telah dilanjutkan kepada 30 November 2012.. Terima Kasih..

Sumber : http://sppbs.moe.gov.my/sppbs/index_r.cfm?SistemPengurusanPentaksiranBerasaskanSekolah=Rendah

Warkah pejuang (Warkah untuk Palestin)

Posted by Dea at Monday, November 19, 2012 0 comments

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=ly5yl5EPanw
dedaun yang tenang tercoret puisi duka
dosa semalam ditanggung bersama

jalan yang kelam meniti liku-liku bisa
adakah harapan mununggu di sana

cintamu membawa
ke hujung dunia

harapan mengagungkan
seru tuhan

si dia yang dipanggil menuju baris hadapan
langkah terakhir salam perpisahan

harapan di sini jihad pasti akan terbuka
kemenangan menanti walau kau terluka

seteru yang menangis
merintihkan dosa
harapan restu yang tipis
terhakis semuanya

biarpun jasad mu pergi
meninggalkan dunia
harapan,,,, yang terpasti
 ,,,, ke syurga

Di Atas Satu Cinta..

Posted by Dea at Monday, November 19, 2012 0 comments

Jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hidupku kan ku bangun di atas satu cinta

* subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu di hatiku

* subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu di hatiku

Selalu di hatiku...

Selalu di hatiku...

..mungkin betul kata sorang kakak padaku.. dalam hati ini masih berbekas rasa sayang kepada dia kan? walau pun mungkin tk byk seperti dahulu tapi masih ada kan?ermm..

Malam

Posted by Dea at Monday, November 19, 2012 0 comments
 
malam
hadirmu memberi ketenangan
merehatkan sekujur tubuh kepenatan
menanti untuk hari esok
 
malam
gelapmu diterangi cahaya sang bintang dan bulan
sepimu ditemani sang cengkerik
mendamaikan dikala sendirian

malam
aku terlena dibuai mimpi indah
asyik dan nikmatnya kesejukan dingin

namun
lupakah aku
waktu inilah sepatutnya ku bangkit
bangkit untuk mencari redha ILAHI
bukannya terus hanyut bersama selimut nafsu

Tahniah

Posted by Dea at Monday, November 19, 2012 0 comments
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana masih di beri kesempatan kepada saya untuk mencoretkan sesuatu di laman ini pada hari ini.

Harapan saya semoga sahabat semua sentiasa sihat walafiat dan ceria-ceria selalu bersama keluarga tersayang. Sekalung tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR yang diumumkan semalam.Kepada yang kurang berjaya ini bukan pengakhiran..jadikan ia langkah pertama untuk menuju kejayaan di masa depan.

Buat anak didik di Taiping..cikgu tumpang gembira atas kejayaan yang kita kecapi bersama tahun ini. Meskipun cikgu telah kembali ke kampung halaman di Johor..kenangan indah bersama kalian akan tetap tersemat di hati selamanya..Teruskan perjuangan :)

Salam Maal Hijrah

Posted by Dea at Wednesday, November 14, 2012 0 comments
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434 H
: : Kullu Aam Wa Antum Bikhair : : kepada seluruh umat Islam.

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah.

Seindah apa ukhuwah kita?

Posted by Dea at Wednesday, November 07, 2012 0 comments
Memiliki akaun FB atau twitter seakan menjadi trend pada masa kini. Memang kita boleh dicop ketinggalan zaman kalau x tahu apa tu FB :) Majoriti anak2 didik saya juga memilikinya..

Sebahagian besar sahabat FB saya hanya dikenali di alam cyber. Bila saya fikirkan apakah saya sekarang berukhwah kerana Allah? Seindah apa ukhuwah yang kita miliki atau yang pernah kita alami? Bagaimana kita menjaga ukhwah itu? Banyak persoalan yang perlu kita muhasabah semula.

Begitu juga dengan diri saya sendiri terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya dalam saya bersahabat.Kita susah untuk memahami sahabat tapi yang penting kita cuba untuk memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita.

Kita semua tidak sempurna tapi kita cuba jadi sahabat yang baik, yang mana dapat membimbing sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya keburukan.Dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji kita, bila kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat kerana Allah s.w.t. Bila kita lihat makna ukhwah itu sendiri yang bermaksud menyatukan hati dan roh yang terikat dengan dengan ikatan akidah yang satu.

Hayatilah persahabatan semoga hubungan yang terjalin sekarang akan terus berkekalan hingga ke akhirnya..ukhwah fillah Abadan abada.

Apa Yang Dicari?

Posted by Dea at Wednesday, November 07, 2012 0 comments
Hari ini, pengajaran masih berjalan seperti biasa..walaupun teramat sibuk menyiapkan segala tugasan terakhir sebelum cuti sekolah bermula dan pastinya saya tidak akan ada lagi bersama mereka selepas ini di sini. Saya tidak mahu ada tugasan yang terbengkalai dan menjadi beban pada rakan-rakan.

Menerima cendera hati pemberian dari anak-anak didik mengusik sedikit emosi saya. Memandang wajah polos mereka adakalanya mengundang saya agar menjadi luarbiasa.
Saya sebenarnya masih mencari apakah yang saya mahukan dalam dunia pendidikan ni?
Adakah sebuah keglamoran?
Atau anugerah guru cemerlang?
Atau sebuah keikhlasan?

Beberapa tahun di sini.. memerhati, sambil mentafsir, apakah yang saya mahu, student mahu dari saya dan apakah kehendak sekolah terhadap saya... saya sedar, pendidik perlu lebih banyak memberi dari menerima.. Itulah kemahuan sebenar seorang guru yang hatinya ikhlas untuk mendidik..

Semoga saya menemui jalan terbaik untuk mendidik anak-anak didik saya di sekolah yang baru pula selepas ini..InsyaAllah..

Ukhwah terjalin persahabatan di eratkan..

Posted by Dea at Saturday, November 03, 2012 0 comments
Mengimbau kenangan buat teman-teman ketika di alam maya, semoga persahabatan yang terjalin kekal hendaknya.
Alam Maya tempat awal pertemuan,
Ukhwah terjalin persahabatan di eratkan..
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat."
(Al-Hujurrat,49 : 10)
Ukhuwah Islamiah adalah sesuatu yang sangat dituntut di dalam Islam bahkan ia adalah sesuatu yang mesti wujud dalam kehidupan seorang yang bergelar muslim. Tiada satu pun manusia di dunia ini mampu hidup keseorangan. Manusia saling memerlukan untuk mencapai kejayaan samada di dunia mahupun di akhirat.

Di zaman rasulullah SAW, bagaimana kalau kita melihat hubungan yang dibina oleh Baginda SAW dengan para sahabat, begitu akrab sekali. Bagaimana sahabat menyayangi rasulullah SAW sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi melindungi kekasih Allah yang teragung ini. Disebabkan ini lah keimanan mereka begitu kukuh dan sempurna lantaran itu Allah menjanjikan syurga bagi mereka.

Dalam kehidupan seharian kita, pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, "sanggupkah aku mempertaruhkan nyawaku demi keimanan dan maruah sahabatku?" "adakah aku betul-betul mencintai sahabatku kerana Allah?"...andai tidak pernah, maka persoalkanlah diri sendiri. Biar kita pastikan kita mencintai sahabat kita kerana Allah, kerana ingin menjalinkan hubungan silaturrahim dan membina ukhuwah Islamiah.

Deen Islam adalah Deen yang diredhai Allah. Namun, bagaimana kita hendak mencapai keredhaan Allah daripada Deen ini? Ummah ini hanya boleh terbina bila mana umatnya bersatu hati dan menyayangi saudaranya seperti mana mereka menyayangi diri mereka. Bila terbinanya ummah yang kuat dan mantap ini, maka Deen Islam tidak lagi akan diperkotak-katikkan oleh orang-orang yahudi dan nasrani. Tidak lagi mudah untuk dihina oleh mereka yang kurang memahami kesyumulan Deen Islam ini. Tidak lagi terus berada di bawah puncak dunia, ketinggalan dengan arus perubahan dari segi sains dan teknologi. Islam pasti akan tertegak dimuka bumi Allah yang mulia ini dan umatnya akan menjadi KHALIFAH yang menjalankan amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Sekian, Wassalam.

Ibubapa kini boleh online

Posted by Dea at Saturday, November 03, 2012 0 comments
Peperiksaan Akhir Tahun sudah pun berlalu..Mungkin ramai ibu bapa yang masih menunggu kad laporan anak-anak untuk mengetahui pencapaian mereka. Namun dalam versi Sistem Analisis Penilaian Sekolah (SAPS) yg terkini, ibubapa kini boleh memantau & mengetahui keputusan ujian/peperiksaan anak secara online (internet)... caranya...

masuk ke link ini...
http://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php

klik butang...Daftar sebagai Ibu Bapa..

dan masukkan no.KP atau no.sijil lahir anak... pilih sekolah rendah... kemudian pilih paparan slip keputusan atau markah murid...mudahkan..maklumat di hujung jari ni :)
Back to top

Perjuangan Mesti Diteruskan..

Posted by Dea at Saturday, November 03, 2012 0 comments
Start pukul 8.30 pagi semalam ramai dah blh akses ke EG Tukar.. mcm mana keputusannya ya, ada yg berjaya?? Saya..Alhamdulillah..berkat doa seluruh keluarga serta kawan-kawan berjaya balik ke kampung halaman di Johor..Di manapun ditempatkan nanti saya terima dengan penuh rasa syukur..ramai lagi sahabat-sahabat seperjuangan yang masih berjauhan dengan keluarga tercinta..suami dgn isteri..ayah dengan anak..anak dengan ibubapa yang uzur dsbnya..Semoga sahabat tabah untuk meneruskan perjuangan walau di mana berada..demi agama,negara dan bangsa tercinta..

Buat sahabat-sahabat sepanjang sy berkhidmat di Perak..terima kasih atas rasa persahabatan yg terjalin...semoga ukhuwah akan terus berkekalan..di sini kasih tertumpah..namun gamitan desa tercinta melambai-lambai menanti kepulangan sy di sana..

Kita Adalah Manusia..

Posted by Dea at Saturday, November 03, 2012 0 comments
Buat seorang sahabat "antonio" :
Jika manusia mengecewakanmu,Jangan berduka kerana Allah selalu menunaikan harapanmu . .

Jika manusia menzalimimu,Jangan berduka kerana Allah selalu berlaku adil terhadapmu..

Jika manusia melukaimu,Jangan berduka kerana Allah selalu menitipkan penyembuh buatmu . .

Jika manusia menyayangimu,ketahuilah bahwa terkumpulnya cinta seluruh manusia di bumi ini tidak akan pernah menandingi cinta Allah terhadapmu..InsyaAllah :)

Peringatan Bersama

Posted by Dea at Saturday, November 03, 2012 0 comments
Menegur,
usah sampai menghina...

Mendidik,
usah sampai memaki...

Memberi,
usah sampai mengungkit...


Berkata,
usah sampai takbur...

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain..

Sentiasa Positif !!!
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor