~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Bagusnya KSSR ?

Posted by Dea at Saturday, October 27, 2012 0 comments
bagusnya kssr:
1. mak bpk tk yah susah2 antar anak g tuisyen
2.mak bapak tk de lg nk marah klu ank dpt markah merah
3.mak bpk dah jimat sbb tk yah byr duit tuisyen
4.murid ada byk masa,tk blajar sbb tk de exam...klu tk leh wat eviden pn,ckgu2 akan ulang n tolong smpai boleh..
5.cikgu jimat pen sbb tak yah masukkan markah,klik je kt sistem
6.syarikat broadband makin untung sbb hampir smua ckgu kena

ada broadband sndri.
7.syarikat laptop pn untung sbb ckgu kena bli gak laptop nk masukkan sppbs.
8.tak de double standard pd ckgu yg tak ngajar murid exam upsr/pmr...
9.murid tk rasa rendah diri sbb tak de dah siapa dpt no 1 atau last dlm kelas.

.....byk lg kebaikan kssr klu anda dpt pikirkan....kan..kan...kan...
Untuk kita-kita aje :)
p/s bukan saya yang kata yea..saya cuma share dari kengkawan :P
hakikatnya cikgu sendiri pun msh bercelaru dgn kssr ni.. :P

Jeruk Cermai

Posted by Dea at Saturday, October 27, 2012 4 comments
Pernah makan buah ni tak kawan-kawan? Eeeiii masamnya..Inilah buah cermai..kalau dibuat jeruk mmg yummy!! tak cukup semangkuk saya boleh habiskan..Ada jual lagi ke jeruk cermai ni eh :)

Photo: pernah makan buah ni tak??

Belanjawan Khas Buat Perokok

Posted by Dea at Saturday, October 27, 2012 4 comments
Untungnya ada belanjawan khas Terbaru dan Terkini  Bagi Perokok Tegar :D

Sehari - RM 10.20 (boleh makan KFC satu set)
Seminggu - RM 71.40 (boleh isi minyak kereta penuh tangki)
Sebulan - RM 306.00 (boleh bayar duit kereta Viva)
Setahun - RM 3,723.00 (boleh beli Insurans)
5 tahun - RM 18615.00 (boleh pergi buat HAJI)
10 tahun - RM 37230.00 (boleh buat duit muka rumah)
20 tahun - RM 74460.00 (Lu pikir la sendiri nak wat pa)

~~Jomm Berubah..! ;-)
p/s geramnya dgn pekerja2 yg sedang bina bilik kerja PSS saya~~sesuka hati depa je hisap rokok dlm tu..bila saya tegur depa buat2 kata lupa sekolah kawasan larangan merokok..~~katakan x nak pada rokok!~

Mengimbau Kenangan

Posted by Dea at Saturday, October 27, 2012 0 comments
Sempena Hari Raya Aidil Adha..saya sempat bercuti selama 4 hari di kg tercinta Batu Pahat..dapatlah melepaskan rindu pada mama dan abah serta keluarga..
Sempat meluangkan masa di taman permainan dan tasik yang sering saya kunjungi ketika zaman kanak-kanak dulu..sekali air bah sekali pantai berubah..sangat cantik, bersih dan nyaman..

taman permainan

Tasik Y semakin cantik  ditata rias

Merempit Cara Betul :)

Posted by Dea at Monday, October 22, 2012 0 comments

Siapa kata merempit tidak boleh mengharumkan nama negara? Kelmarin Zulfahmi telah membuktikan bahawa minat berlumba motosikal dengan cara yang betul iaitu di litar boleh menjamin masa depan :) Bukan merempit secara haram di jalan-jalan raya tu..dahlah berdepan dengan maut..mati katak jer..apa pun tak boleh..

Zulfahmi jejak podium

Oleh Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
GEMBIRA...(dari kiri) Zulfahmi, Cortese dan Folger ketika di podium semalam.

GEMBIRA...(dari kiri) Zulfahmi, Cortese dan Folger ketika di podium semalam.
JANJI Muhammad Zulfahmi Khairuddin untuk menaiki podium di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekali gus mencipta sejarah untuk negara, menjadi realiti apabila pelumba sensasi berusia 21 tahun itu menduduki tempat kedua saingan Moto3 semalam walaupun dia sebenarnya hampir memenangi perlumbaan itu.
Jika tidak kerana kesilapan ketika dua selekoh terakhir menuju ke garisan penamat yang memberi ruang kepada pelumba Red Bull KTM Ajo, Sandro Cortese memintas untuk memenangi perlumbaan itu, Zulfahmi sudah pasti menikmati kejayaan lebih manis di depan penyokong sendiri.

Namun tempat kedua dengan catatan 40 minit 54.151 saat sudah memadai buat pelumba AirAsia SIC Ajo itu untuk mencuri tumpuan 77,000 penonton yang hadir di SIC untuk menyaksikan saingan itu.
Pada perlumbaan itu, Zulfahmi yang bermula di petak pertama, bagaimanapun ketinggalan seawal pusingan pertama selepas Jonas Folger memotongnya dan memimpin saingan sehinggalah pertengahan perlumbaan.

Namun di pusingan ke-11, pelumba dari Banting, Selangor itu memotong Folger dan memimpin saingan sehingga pusingan terakhir tapi Cortese yang sudah mengesahkan kejuaraan dunia bagi kelas Moto3 hasil kemenangan semalam, memintasnya pada dua selekoh terakhir itu.

“Saya melakukan kesilapan di dua selekoh terakhir itu dan ia membenarkan Cortese untuk memintas saya. “Saya cuba untuk berada semula di depan pada selekoh terakhir tapi saya terlewat menekan brek. Kami bergesel sedikit dan saya kemudian memutuskan tempat kedua lebih baik daripada terjatuh.
“Apapun, saya memang percaya sebelum perlumbaan, peluang untuk menaiki podium agak cerah kerana jentera saya berada dalam keadaan terbaik. Kedudukan kedua itu sudah cukup baik tapi saya percaya kemenangan akan hadir tidak lama lagi. “Terima kasih juga kepada semua penyokong yang hadir di Sepang," katanya yang menyambut hari jadi kelmarin.

Cortese yang juga rakan sepasukan Zulfahmi, memenangi perlumbaan sekali gus muncul juara dunia dengan pungutan 280 mata manakala tempat ketiga milik Folger. Cortese mencatat 40:54.123s manakala Folger, 40:54.370s.
Selepas 16 perlumbaan, Zulfahmi berada di tempat ketujuh dengan 112 mata dan akan menyertai Grand Prix Australia, minggu depan.

Belum Sampai Seru?

Posted by Dea at Saturday, October 20, 2012 0 comments
Photo: selamat melelapkan mata wahai bakal jenazah.

Cantiknya Isteri Dia :)

Posted by Dea at Saturday, October 20, 2012 4 comments
Cantiknya isteri dia..bisik-bisik yang kedengaran di telinga semasa majlis persandingan memang sesuatu yang biasa. Namun jika anda melihat situasi seperti gambar di bawah ini..apakah yang terdetik di minda anda? Masihkah anda akan mengatakan mereka pasangan yang ideal ? :)

Malang sekali jika anda belum menikmati hidangan yang disediakan oleh tuan rumah, kerana anda mungkin akan kehilangan selera makan.





KAUM Nabi Luth ditimpa azab bencana serta penghinaan daripada Allah s.w.t kerana keingkaran serta sifat melampau mereka mengamalkan hubungan homoseksual.

Keadaan itu dilihat muncul kembali pada zaman ini selepas banyak sekali kemungkaran serta salah laku yang dilakukan golongan yang mendahulukan hawa nafsu daripada takut ditimpa azab kemurkaan Allah.

TIADA ZURIAT...Allah menciptakan manusia secara berpasang-pasangan untuk mereka menikmati kehidupan sebagai pasangan terbaik bagi mengembangkan zuriat serta keturunan.

RUNTUH...perkahwinan sejenis menjadi punca pupusnya zuriat manusia di atas muka bumi serta memberikan kesan buruk pada masyarakat. Nauzubillah..

Risiko Buka Lampu Semasa Tidur

Posted by Dea at Saturday, October 20, 2012 0 comments
Untuk melelapkan mata di malam hari pun ada macam-macam cara. Ada yang gemar tidur di dalam gelap..ada yang suka cahaya samar-samar..tetapi yag paling teruk ada sesetengah orang hanya boleh tidur bila lampu dinyalakan dengan terang. Kalau gelap gulita alamat tak tidur hingga ke pagi jawabnya..

Sebenarnya, bagi korang yang selalu tidur dengan lampu menyala ni ada bahayanya sebab boleh berisiko menghidap penyakit leukemia. Mengikut kajian yang dibuat, penyelidik menyatakan bahawa tubuh kita perlukan suasana gelap dalam menghasilkan proses kimia yang melawan kanser iaitu menghentikan produksi zat melatonin.Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

 

Prof. Russel Reiter dari Texas University mengatakan “sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.
Jumlah mereka yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun di diagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal. 
Satu persidangan berkaitan tentang penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam berbanding dengan yang tidak pernah memasang lampu waktu tidur.

Hal ini dikatakan memberi tekanan kepada produksi melatonin di dalam badan dimana normalnya berlaku antara jam 9 malam sehingga jam 8 pagi. Penelitian sebelum ini telah menunjukkan bahawa golongan yang paling mudah diserang adalah para pekerja shift malam yang memiliki risiko untuk terkena kanser payudara (pekerja wanita).

Madah dulu dan kini :)

Posted by Dea at Saturday, October 20, 2012 0 comments
Madah orang Dulu : Guru itu ibarat lilin membakar diri menerangi kehidupan orang lain.
Madah orang sekarang : Guru itu ibarat kuli, buat silap sikit tunggulah di tangga mahkamah.

Sejauh mana anda bersetuju dengan contoh madah di atas? Semoga institusi pendidikan negara dapat memperbetulkan sesuatu yang penting dalam kehidupan iaitu 'asas pendidikan' kepada anak-anak.

Di mana kita?

Posted by Dea at Saturday, October 20, 2012 0 comments
Ranking 'STRESS' Mengikut Profesion.. Di Mana Kedudukan Kita???

 Photo: Ranking 'STRESS' Mengikut Profesion.. Di Mana Kedudukan Kita???

Sabar..

Posted by Dea at Saturday, October 20, 2012 1 comments
Keputusan pertukaran guru hanya boleh disemak pada 3 November ini berikutan masalah teknikal yg. dihadapi.. Harap Maklum..sabaq no..kata orang utara :)
Photo: Makluman : 

Keputusan pertukaran guru hanya boleh disemak pada 3 November ini berikutan masalah teknikal yg. dihadapi.. Harap Maklum..

Ikhtiar,doa dan tawakal

Posted by Dea at Thursday, October 18, 2012 0 comments
"Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Tuhan hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza."

Setiap manusia dicipta oleh Allah untuk berjaya. Maha Suci Allah daripada sifat zalim, yakni mencipta manusia untuk gagal. Untuk berjaya, setiap individu dikurniakan oleh Allah dengan bakat, kelebihan dan kecenderungan yang unik dan tersendiri..sentiasalah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan..InsyaAllah dengan ikhtiar, doa dan tawakal akan membuahkan hasil yang manis..Pesanan yang sering diberikan pada pelajar-pelajar..

Berubahlah..

Posted by Dea at Thursday, October 18, 2012 0 comments
Kita sudah tahu yang kita JAHIL..
Kita TIDAK ADA banyak ILMU..
Tetapi masih lagi nak LAWAN orang yang BERILMU dan BERIMAN..
JAHIL itu sentiasa SALAH, tidak ada yang BETUL..
Tetapi MEMBETULKAN yang JAHIL adalah perbuatan MULIA..
Pada yang SEDAR kemuliaannya..

P/s: Ya Allah, jadikan diriku seorang yang IKHLAS hatinya dalam menerima TEGURAN yang BAIK dari orang lain.. Mudah-mudahan diriku dapat BERUBAH dari teguran itu..

# Berubahlah jika kamu SAYANG pada ALLAH..♥


Niatkan Kerana Allah

Posted by Dea at Thursday, October 18, 2012 0 comments
Cinta itu FITRAH..
Tapi...
Tuntut Ilmu, Study Dan Exam itu AMANAH...

Tawakal adalah berserah diri kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh sehabis daya upaya...

Segala Usaha Yang Baik Mesti Diniatkan Kerana Allah S.W.T... =)

Remajaku, gurumu untuk dikasihi bukan disakiti

Posted by Dea at Thursday, October 18, 2012 0 comments
a
Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewas
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

USMAN AWANG
1979

Setiap kali membaca puisi Guru Oh Guru oleh SN Dato’ Dr Usman Awang wajah setiap guru yang pernah mendidik dari sekolah rendah hingga universiti akan bermain dalam ingatan.
Menjadi seorang guru bukanlah satu tugas yang mudah. Bukan semua insan sanggup dan mahu melakukannya. Guru ibarat lilin, membakar diri menerangi orang lain. Sejak dahulu hingga kini guru tetap merupakan insan penting dalam kehidupan kita.

Namun, akhir-akhir ini sering kita dengar hal-hal kurang menyenangkan antara guru dan pelajar. Tidak sedikit kisah yang kita dengar tentang guru mencabul pelajarnya, begitu juga guru memukul dan mencederakan pelajar dan macam-macam lagi hal yang kurang enak didengar.
Dari sudut lain pula, semakin ramai guru yang keluh kesah dengan sikap pelajar masing-masing, terutamanya pelajar remaja. Bukan sedikit kisah pelajar yang degil, ponteng sekolah, melawan, memaki hamun, memukul atau menyakiti guru masing-masing.

Remajaku, gurumu untuk dikasihi bukan disakiti. Hayatilah puisi di atas betapa sentuhan para guru merupakan sentuhan ajaib yang boleh mengubah seorang manusia dengan izin Allah. Insan boleh menjadi istimewa atau sebaliknya dengan bimbingan guru.

Dalam membicarakan kepentingan guru dalam kehidupan remaja. Meletakkan semua tanggungjawab mendidik diri remaja di atas bahu para guru juga merupakan perbuatan yang tidak wajar. Guru adalah sebahagian daripada kehidupan seorang remaja. Namun bahagian yang paling besar mesti diisi oleh ibu bapa. Guru ada peranannya yang tersendiri dalam hidup remaja, manakala ibu bapa memiliki tanggungjawab yang lebih besar dalam memastikan apa yang disampaikan oleh guru diamalkan oleh anak remaja masing-masing.
Kenapakah guru sangat penting dalam kehidupan kita wahai remajaku? Jawapannya kerana guru dan ilmu tidak dapat dipisahkan. Melalui guru kita mendapatkan ilmu. Dalam mendapatkan ilmu kita memerlukan bimbingan guru.

Islam memandang tinggi orang yang menuntut ilmu, ia merupakan satu amalan yang sangat tinggi nilainya. Pahalanya amat besar sehingga orang yang mati semasa menuntut ilmu dikategorikan seperti seorang yang mati dalam beribadah.

Ayat pertama yang diturunkan dalam al-Quran memerintah manusia supaya membaca yang maksudnya menuntut ilmu, sebagaimana firman Tuhan yang bermaksud,
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan qalam.”
(Al-Alaq 96: 1-4)
Dalam sebuah hadis, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda (maksudnya),
"Barang siapa keluar untuk menuntut ilmu maka ia termasuk dalam golongan orang yang berjuang di jalan Allah, sehinggalah dia kembali."
Menuntut ilmu sama ada ilmu fardu ain atau fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting.
Allah turut berfirman (maksudnya),
"Katakanlah hai Muhammad! Adakah sama kedudukan orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya orang yang sedar itu ialah orang yang berfikir.”
(Az-Zumar 39: 9)

Ilmu pengetahuan yang ada dalam diri seseorang itu dapat meningkatkan kedudukannya dalam masyarakat. Lagi tinggi pengetahuan seseorang, lagi tinggilah kemuliaannya dalam masyarakat. Orang berilmu bagaikan bintang yang bersinar pada waktu malam.

Usia remaja adalah usia di mana seseorang itu perlu melengkapkan diri dengan ilmu sebanyak-banyaknya sebagai bekalan menuju kedewasaan dan paling penting menuju dunia abadi.

Usahlah marah dan benci jika guru memberikan nasihat. Jauhilah salah sangka dan benci pada guru walaupun ada kalanya mereka melukakan hatimu. Guru juga manusia, mereka juga boleh tersilap seperti kita. Terimalah setiap ilmu, teguran, muhasabah, nasihat dan bekalan yang gurumu berikan dengan lapang dada. Andai kita umpama si buta, guru adalah tongkatnya. Andai kita umpama si jahil, belajarlah menjadi cerdik dari seorang guru dan andai kita sebatang pensel, redhalah guru menjadi pengasahnya!

 http://www.malaysiaharmoni.com/

Selamat merancang..

Posted by Dea at Tuesday, October 16, 2012 6 comments
Takwim persekolahan sesi 2013 sudah terbit.. moga rakan-rakan dapat membuat perancangan segala aktiviti.. selamat merancang 

http://www.moe.gov.my/userfiles/file/Perincian%20Penggal%202013_3Okt2012.pdf 

Fikir-fikirkan

Posted by Dea at Tuesday, October 16, 2012 2 comments
Kita akan hargainya setelah kita mampu untuk 'berfikir panjang'.
Orang dulu-dulu selalu kata ::
"Bapak aku ajar aku dgn rotan, getah paip, penampar.. kalau byk merayau mak aku bakar selipar.. lembab baca quran bapak aku pecahkn rahang.. result sekolah turun bapak aku kurung dlm jamban..ikat kat pokok ada kerengga..dan byk lg idea bernas mak bapak aku dlu.. skrg thanx to them, aku da jd cikgu.. moral of the story, SAYANG ANAK TANGAN2KAN.. org tua2 dah lama pesan pekara ni.. jgn jd penakut.. takut anak sakit la ape la.. sakitkan mereka utk mendidik sementara kita masih bersama mreka.. jgn sampai mereka mati hanya kerana tak faham erti kehidupan.. peace..!"

Tangan cikgu wangilah..

Posted by Dea at Tuesday, October 16, 2012 2 comments
Budak-budak sekolah rendah khususnya memang suka salam cium tangan cikgu sebelum  balik.."Tangan cikgu wangi lah!" , Dah tahu anak murid nak cium tangan haruslah kita sentiasa wangikan tangan dengan wangian... jangan bagi mereka bauan yang tidak sepatutnya seperti sambal belacan ke, petai ke, kari ke... :p

Bila Hati Terluka..

Posted by Dea at Tuesday, October 16, 2012 0 comments
Susah nak sembuh jika HATI DAH TERLUKA...yeke?
 Photo: Susah nak sembuh jika HATI DA TERLUKA...

Ya ke ? Sila komen sikit dan 'LIKE' ya ^__^

Punca prestasi cikgu rendah :)

Posted by Dea at Monday, October 15, 2012 0 comments
g kursus sana ~ g kursus sini ~ g meetg sana ~ g meetg sini ~ g taklimat sana ~ g taklimat sini ~ g jga pekse sana ~ g olahraga/pmainan sana ~ g sukan sini ~ g bkhemah sana ~ g bkhemah sini ~ g ambik buku spbt kat sek sana ~ g ambik buku kat sek sini ~ g htr budak sakit sana ~ g htr murid ptandgn panatia sana ~ g ptandgan sini ~ g jemput org sana ~ g jemput org sini ~ g sek sana ~ g sek sini ~ awak g sana ~ awak g sini ~ nak pergi mana lagii.. ????

hujung tahun....
Cikgu : 'Kenapa sya dpt markah prestasi rendah .. cikgu??'
GB : ' .. sebb awak byk keluar sekolah !!'

ha ha ha situ dudukk !! ~~ pandai cikgu Joe Rooney buat lawak :)

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Posted by Dea at Sunday, October 14, 2012 0 comments
Photo: Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing- masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!.

Dari kajian yang telah dilakukan, ternyata air Zam-Zam mengandung fluoride yang memiliki daya efektif membunuh kuman dan membuat air Zam-Zam seolah-olah sudah mengandung ubat. Perbezaan air Zam-Zam dengan air lain di kota Mekah dan kota lain adalah dari segil kuantiti kalsium dan garam magnesiumnya. Kandungan kedua mineral itu lebih banyak pada air Zam-Zam yang menyebabkan air Zam-Zam dapat memberi kesegaran bagi jemaah yang kehausan. Hal ini dibuktikan oleh seorang doktor dari Universiti Yokohama, Dr. Masaru Emoto. Dr. Masaru Emoto yang mendapati bahawa air zamzam memiliki daya penyembuhan yang luar biasa. Keajaiban struktur air Zam-Zam telah dibuktikan Dr. Masaru Emoto dalam suatu penelitian yang dipaparkan dalam sebuah seminar di Malaysia. Kesimpulannya adalah bahawa tidak ada kandungan air di dunia yang menyamai kandungan air Zam-Zam.Kehebatan lain adalah telaga air Zam-Zam tidak pernah ditumbuhi lumut, sedangkan di seluruh dunia telaga mana pun selalu ditumbuhi lumut dan tumbuhan mikroorganisme yang lain.

Molekul Air Zam-Zam Paling Cantik

Menurut kajian yang dilakukan, molekul air Zam-Zam merupakan molekul air paling cantik dan indah di antara air semua jenis air. Dr. Emoto menjelaskan bagaimana sebuah kata yang diucapkan dapat mempengaruhi bentuk molekul air. Tentu saja setiap doa yang terhembus dari setiap jemaah haji selama ini menjadikan air Zam-Zam sebagai air terindah yang akan terus menghapus dahaga setiap tamu Allah di Makkah.


Subhanallah. Islam itu Hebat

olahan sumber : http://airmiey.blogspot.com/2011/09/keajaiban-air-zamzam.html
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua ju
ta orang.

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing- masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!.

Dari kajian yang telah dilakukan, ternyata air Zam-Zam mengandung fluoride yang memiliki daya efektif membunuh kuman dan membuat air Zam-Zam seolah-olah sudah mengandung ubat. Perbezaan air Zam-Zam dengan air lain di kota Mekah dan kota lain adalah dari segil kuantiti kalsium dan garam magnesiumnya. Kandungan kedua mineral itu lebih banyak pada air Zam-Zam yang menyebabkan air Zam-Zam dapat memberi kesegaran bagi jemaah yang kehausan. Hal ini dibuktikan oleh seorang doktor dari Universiti Yokohama, Dr. Masaru Emoto. Dr. Masaru Emoto yang mendapati bahawa air zamzam memiliki daya penyembuhan yang luar biasa. Keajaiban struktur air Zam-Zam telah dibuktikan Dr. Masaru Emoto dalam suatu penelitian yang dipaparkan dalam sebuah seminar di Malaysia. Kesimpulannya adalah bahawa tidak ada kandungan air di dunia yang menyamai kandungan air Zam-Zam.Kehebatan lain adalah telaga air Zam-Zam tidak pernah ditumbuhi lumut, sedangkan di seluruh dunia telaga mana pun selalu ditumbuhi lumut dan tumbuhan mikroorganisme yang lain.

Molekul Air Zam-Zam Paling Cantik

Menurut kajian yang dilakukan, molekul air Zam-Zam merupakan molekul air paling cantik dan indah di antara air semua jenis air. Dr. Emoto menjelaskan bagaimana sebuah kata yang diucapkan dapat mempengaruhi bentuk molekul air. Tentu saja setiap doa yang terhembus dari setiap jemaah haji selama ini menjadikan air Zam-Zam sebagai air terindah yang akan terus menghapus dahaga setiap tamu Allah di Makkah.

Terima kasih kerana dijadikan begini..

Posted by Dea at Friday, October 12, 2012 2 comments
Pada suatu hari ada seorang gadis buta yg
sangat membenci dirinya sendiri.
Kerana kebutaannya itu. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri,
tetapi dia juga membenci semua orang kecuali kekasihnya.
Kekasihnya selalu ada disampingnya untuk
menemani dan menghiburnya. 
Dia berkata akan menikahi gadisnya itu kalau gadisnya itu sudah boleh melihat dunia.
Suatu hari, ada seseorang yang mendermakan
sepasang mata kepada gadisnya itu
Yang akhirnya dia boleh melihat semua hal,
termasuk kekasih gadisnya itu .

Kekasihnya bertanya kepada gadisnya itu
” Sayangggg … sekarang kamu sudah bisa melihat dunia.
Apakah engkau mau menikah denganku?”
 
Gadis itu terkejut melihat bahwa kekasihnya itu ternyata buta.
Dan dia menolak untuk menikahi kekasihnya
itu yg selama ini sudah
sangat setia sekali mendampingi hidupnya
selama si gadis itu buta matanya.

Dan akhirnya kekasihnya itu pergi dengan menitiskan air mata,
dan kemudian menuliskan sepucuk surat
singkat kepada gadisnya itu, 
“Sayangku, tolong engkau
jaga baik-baik ke-2
mata yg telah aku berikan kepadamu.”KITA FIKIRKAN BEGINI

Kisah di atas memperlihatkan bagaimana
Fikiran manusia berubah saat status dalam hidupnya berubah. 
Hanya sedikit orang yang ingat
bagaimana keadaan hidup sebelumnya
lebih sedikit lagi yang ingat terhadap
siapa harus berterima kasih
DAN LAGI
Hari ini sebelum engkau berpikir untuk mengucapkan kata- kata kasar
Ingatlah akan seseorang yang tidak bisa berbicara.

Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu,
Ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
Sebelum engkau mengeluh tentang suamimu,
ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Tuhan
untuk meminta penyembuhan sehingga suaminya
TIDAK LUMPUH seumur hidup.

Hari ini sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu,
Ingatlah akan seseorang yang begitu cepat pergi
ke alam kubur dengan masih menyertakan kemiskinannya.
Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu
Ingatlah akan seseorang yang begitu
mengharapkan kehadiran seorang anak,
tetapi tidak mendapatnya.

Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu
Ingatlah akan para penganguran, orang cacat
dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.
Dan ketika beban hidup seakan menjatuhkanmu,
pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada
Tuhan karena engkau masih hidup dan ada di dunia ini.

Hidup adalah anugerah, syukurilah, jalanilah,
nikmatilah dan isilah hidup ini
dengan sesuatu yg bermanfaat untuk umat manusia.

Bajet Kita?

Posted by Dea at Monday, October 08, 2012 0 comments
Sudahkah rakan-rakan guru sekalian membentangkan bajet sendiri bagi memasuki tahun 2013 nanti? :)
Photo: Sudahkah rakan-rakan guru sekalian membentangkan bajet sendiri bagi memasuki tahun 2013 nanti? :)

Sesungguhnya pembaziran itu amalan syaitan~

Bersyukurlah..

Posted by Dea at Friday, October 05, 2012 0 comments
Yang menaiki Mercedes, lihat lah mereka yang menaiki Kancil. Yang menaiki kancil, lihatlah mereka yang menunggang motorsikal. Yang menunggang motosikal, lihatlah mereka yang mengayuh basikal. Yang mengayuh basikal, lihat lah mereka yang berjalan kaki. Yang berjalan kaki, lihatlah mereka yang tidak mempunyai kaki…..
*Latihkan diri dengan sifat syukur..... Di sebalik kekurangan,Allah kurnia sedikit kelebihan .

Mudah2an kita tidak termasuk dalam golongan ini:
" Mereka mengetahui nikmat Allah (yang melimpah-limpah itu), kemudian mereka tergamak mengingkarinya; dan kebanyakan mereka pula ialah orang-orang yang kufur ingkar...." (an-Nahl: 83)

Salam Jumaat yang indah lagi penuh barakah….:)

Kursus KSSR Thn 3 dah bermula

Posted by Dea at Monday, October 01, 2012 0 comments



Photo: Selamat berkursus!
SELAMAT BERKURSUS DENGAN JAYANYA
Posted by Dea at Monday, October 01, 2012 0 comments
Apabila ada orang yang menyakitimu...
Ini bermakna kehidupanmu lebih INDAH daripada mereka...

Maafkan sahaja dan teruskan bergembira ♥ ♥ ♥

Photo: Apabila ada orang yang menyakitimu...
Ini bermakna kehidupanmu lebih INDAH daripada mereka...

Maafkan sahaja dan teruskan bergembira <3 <3 <3

[ LIKE & SHARE ]
 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor