~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Misteri Halusinasi

Posted by Dea at Saturday, July 28, 2012
MUNGKIN anda terdengar suara bisikan pada suatu malam yang gelap, atau terlihat lembaga berbulu yang menakutkan, sekilas melintas di sudut mata. Apabila semuanya hanya bayangan dan mainan perasaan, itulah yang dinamakan halusinasi. Halusinasi merupakan fenomena ketika seseorang itu mengalami sesuatu yang sebenarnya tidak berlaku.

Halusinasi bukan sahaja melibatkan deria dengar dan pandang, fenomena ini merangkumi deria lain. Kadang-kadang lidah, seperti mengecap sesuatu rasa yang pelik walaupun tiada makanan di dalam mulut, kulit seperti diusap oleh sesuatu, tubuh seperti terasa hangat atau dingin, angin seperti bertiup meremangkan bulu roma. Selain itu, satu lagi jenis halusinasi dikenali sebagai halusinasi taktil, iaitu perasaan yang dialami saraf taktil. Contohnya, perasaan seolah-olah ada serangga merayap di bawah kulit ataupun  sesuatu hidupan mencucuk-cucuk organ di dalam badan.
Fantosmia pula berkaitan dengan halusinasi hidung terbau sesuatu yang tidak wujud. Contoh paling lazim halusinasi jenis ini ialah terbau sesuatu yang busuk, seperti daging mereput, bau muntah, kencing, asap, dan kemenyan berlegar-legar atau seumpamanya. Fantosmia selalunya dicetuskan oleh kecederaan pada tisu olfaktori di dalam hidung. Kecederaan tersebut ada kalanya disebabkan oleh trauma atau beberapa penyakit, seperti barah otak atau jangkitan virus. Penggunaan dadah tertentu juga mencetuskan fantosmia.
MUNGKIN anda terdengar suara bisikan pada suatu malam yang gelap, atau terlihat lembaga berbulu yang menakutkan, sekilas melintas di sudut mata. Apabila semuanya hanya bayangan dan mainan perasaan, itulah yang dinamakan halusinasi. Halusinasi merupakan fenomena ketika seseorang itu mengalami sesuatu yang sebenarnya tidak berlaku.Halusinasi bukan sahaja melibatkan deria dengar dan pandang, fenomena ini merangkumi deria lain. Kadang-kadang lidah, seperti mengecap sesuatu rasa yang pelik walaupun tiada makanan di dalam mulut, kulit seperti diusap oleh sesuatu, tubuh seperti terasa hangat atau dingin, angin seperti bertiup meremangkan bulu roma. Selain itu, satu lagi jenis halusinasi dikenali sebagai halusinasi taktil, iaitu perasaan yang dialami saraf taktil.

 Contohnya, perasaan seolah-olah ada serangga merayap di bawah kulit ataupun  sesuatu hidupan mencucuk-cucuk organ di dalam badan.Fantosmia pula berkaitan dengan halusinasi hidung terbau sesuatu yang tidak wujud. Contoh paling lazim halusinasi jenis ini ialah terbau sesuatu yang busuk, seperti daging mereput, bau muntah, kencing, asap, dan kemenyan berlegar-legar atau seumpamanya. Fantosmia selalunya dicetuskan oleh kecederaan pada tisu olfaktori di dalam hidung. Kecederaan tersebut ada kalanya disebabkan oleh trauma atau beberapa penyakit, seperti barah otak atau jangkitan virus. Penggunaan dadah tertentu juga mencetuskan fantosmia.

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor