~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Sains Moden Menemui Tuhan

Posted by Dea at Sunday, December 18, 2011
Assalamualaikum w.b.t.
Sebulan dua yang lalu saya ada terbaca artikel di dalam majalah BBC Knowledge versi bahasa Malaysia Vol.1 isu 2. Antara yang di 'highlight' kan adalah mengenai idea terhebat dalam bidang sains fizik kuantum hari ini mengenai penemuan 'energi gelap' dalam alam semesta. Fizik merupakan antara subjek kegemaran saya waktu di bangku sekolah dahulu. Walaupun bidang kerja saya pada hari ini lebih menjurus kepada biologi, kadang-kala saya tak dapat menahan diri dari mengikuti perkembangan ilmu dalam pelbagai lapangan termasuklah sains fizik.
 Berkisar tentang energi gelap, saintis pada hari ini berpendapat terdapat satu kuasa yang tidak dikenali asal usulnya telah membentuk dunia hari ini. Penemuan ini merupakan cabaran terbesar bagi bidang sains abad ke-21. Penemuan ini amat memalukan bidang astronomi yang selama ini yakin bahawa kuasa terpenting alam semesta ini sama dengan hujah Isaac Newton tentang buah epal yang jatuh dari pokok hampir 350 tahun yang lalu. Namun, ahli astronomi kini percaya sekitar 7 bilion tahun dahulu, energi telah mengatasi graviti untuk mencorak kandungan dan nasib alam semesta ini - walaupun mengapa dan bagaimana ia berlaku tidak diketahui. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai energi gelap, anda boleh mendapatkan majalah tersebut di pasaran. 
Segala apa yang terdapat di dunia ini datangnya dari Allah. Begitulah juga sains. Fahaman materialisme sekular yang didukung oleh saintis barat dan atheis menyebabkan seolah-olah sains itu menafikan kewujudan tuhan. Tetapi, kebenaran tidak akan selama-lamanya disembunyikan. Kebenaran itu akhirnya akan terbongkar juga. Maka, akal yang dikurniakan Tuhan harus digunakan untuk memikirkan kekuasaan-Nya. Sungguh, dalam dunia ini terdapat banyak bukti tanda kewujudan-Nya.  Terdapat satu tajuk yang menarik untuk dikongsikan di sini berkenaan artikel dari buku "Modern Science Finds God" karya Allayarham Dr. Muhammad Al Mahdi. Olahan artikel ini saya dapati dari sebuah blog yang cukup menarik yang dapat membantu untuk kita sama-sama lebih memahami tentang penemuan-penemuan baru bidang sains kuantum dan kosmologi. Penemuan ini adalah penting kepada dunia sains hari ini terutamanya kepada dunia Islam.
Suatu ketika dahulu sains kelihatan seolah-olah musuh kepada kepercayaan agama - sekarang ianya tidak lagi! Fizik moden dan kosmologi (sains mengenai asal dan perkembangan alam maya) masa kini telah memberikan bukti objetif yang kukuh akan kewujudan tuhan, mengesahkan sifat-sifatNya dan menunjukkan bagaimana tuhan mencipta kewujudan fizikal ini dari suatu yang tidak wujud (nothingness). Maklumat ini datangya dari analisis kritikal teori Big Bang, Special Theory of Relativity Albert Einstein dan juga kajian-kajian yang telah dilakukan dalam sains fizik kuantum. Konsep disebalik ilmu sains yang hanya boleh difahami oleh saintis ini sekarang boleh dipersembahkan dengan cara yang mana ianya mampu difahami oleh sesiapa sahaja yang mempunyai pendidikan modern.

1. Kita sekarang telah mengetahui menurut teori kosmologi yang rata-rata diterima ahli saintis bahawa dunia fizikal yang kita lihat pada hari ini telah tercipta dari ketiadaan atau suatu yang tidak wujud (nothingness) iaitu tanpa masa, ruang dan materi.
2. Kita juga telah mengetahui bahawa pada permulaan penciptaan dunia ini, ianya berlaku dengan mana cahaya menjelma wujud pada pada satu titik permulaan yang mana tidak mempunyai sebarang dimensi (a singularity point with no dimension).
3. Kita telah mengetahui bahawa bahan materi dunia fizikal ini telah menjadi wujud dengan cara yang mana photon (satu gumpalan kecil tenaga cahaya) telah berlanggar sesama mereka dan kemudiannya membentuk jumlah tak terbilang banyaknya proton-proton, neutron-neutron dan elektron-elektron yang mana dengan pelbagai cara kombinasi kemudiannya membentuk kesemua yang wujud didalam dunia fizikal kita ini.
4. Pada dasarnya, dengan tepat kita boleh mengatakan bahawa semua bahan materi didunia fizikal ini termasuklah tubuh badan kita ini, sebenarnya adalah cahaya yang telah menjadi perlahan.
5. Kita telah mengetahui bahawa ruang angkasa alam semesta yang mengandungi dunia fizikal kita ini sedang berkembang. Konsep ini adalah suatu yang asing bagi pemikiran manusia sehinggalah Albert Einstein mengemukakan General Theory of Relativity beliau pada awal kurun ke 20. Ianya tidak pernah difikirkan oleh mana-mana pemikir hebat sebelum itu akan tetapi ianya telah diyatakan oleh Al Quran 1400 tahun yang lalu apabila Allah berfirman, "Kamilah yang mengembangkan dunia ini dengan kekuatan" (Al Quran 51:47, Terjemahan Muhammad Asad). Malah Einstein sungguh tergamam dengan penemuan beliau itu sendiri kerana dunia yang berkembang bermaksud pada satu ketika dahulu terdapat ketikanya dimana dunia ini tercipta.
6. Special Theory Of Relativity oleh Einstein (yang mana beliau sendiri menggelarnya "Absolutism Theorem" kerana beliau menyedari yang apa yang ditemuinya didalam dunia relatif tetapi merupakan adalah sesuatu yang benar-benar nyata/mutlak) adalah mengenai sifat-sifat istimewa cahaya.
7. The Special Theory of Relativity membolehkan kita buat pertama kalinya melihat secara objektif apa yang wujud diluar jangkauan dunia materi ini.
8. Kita boleh menemui apa sahaja apabila kita dapat melihat apa yang wujud diluar dunia materi ini, tetapi apa yang kita temui sebenarnya amat menakjubkan dan perlu diberikan perhatian. Kita mendapati Special Theory of Relativity oleh Einstein ini menunjukkan kepada kita bahawa disebalik dunia fizikal kita ini wujud bahan bukan materi yang terdiri dari sesuatu yang mutlak atau nyata, dan sesetengah bahan-bahan ini pula menariknya serupa dengan apa yang pelbagai agama ambil sebagai sifat-sifat tuhan.
- Contoh pertama: Apabila kelajuan cahaya dihampiri (300,000 km per saat), masa menjadi semakin perlahan, dan pada kelajuan berkenaan, masa tidak lagi berlalu. Ini bermakna bagi photon iaitu zarah cahaya yang bergerak pada kelajuan cahaya, masa tidak berlalu, maka photon tidak tertakluk pada masa dan KEKAL SELAMA-LAMANYA (Eternal).
- Contoh kedua: Oleh kerana masa tidak berlalu bagi photon iaitu zarah cahaya, dan photon boleh diperhatikan dimana-mana, iaitu photon tersebut boleh diperhatikan pada masa yang sama berada ditempat yang berbeza, oleh sebab itu ianya adalah BERADA DIMANA-MANA (Omnipresent).
- Contoh ketiga: Oleh kerana setiap bahan materi yang wujud didunia fizikal ini tercipta dari tenaga cahaya, dan tenaga cahaya ini jugalah yang berterusan memelihara dan mengawal setiap aktiviti bahan materi didalam kewujudan dunia fizikal ini, maka tiada kuasa selain dari kuasa cahaya. Kuasa cahayalah segala kuasa yang wujud, jadi ianya MEMPUNYAI KUASA YANG TIDAK TERBATAS (Omnipotent).
- Contoh keempat: Oleh kerana semua ilmu dan maklumat yang wujud, yang telah wujud atau akan wujud tersimpan dalam bentuk tenaga cahaya dan di sebar atau pancarkan didalam bentuk tenaga cahaya maka tiada ilmu atau maklumat yang wujud selain yang tersirat didalam cahaya itu sendiri, oleh sebab itu ianya SERBA MENGETAHUI (Omniscient).
9. Sebagai tambahan, cahaya sebenarnya tidak wujud didalam kewujudan fizikal ini walaupun kita boleh memperhatikannya. Apabila kita menghampiri kelajuan cahaya, salah satu dari dimensi (panjang, tinggi atau lebar), dimensi yang selari dengan arah pergerakan akan menjadi bertambah kurang dan kurang, dan pada kelajuan cahaya dimensi tersebut menjadi kosong (zero). Untuk mengetahui isipadu kita perlu mendarab tinggi dengan panjang dan juga lebar, akan tetapi jika salah satu dari dimensi tersebut adalah kosong maka isipadunya juga adalah kosong, jadi benda itu sebenarnya tidak wujud didalam dunia materi ini. Cahaya tidak mempunyai isipadu didalam ruang maka oleh sebab itu ia tidak berkewujudan (has no existance) didalam dunia fizikal ini.
10. Semua yang wujud didalam dunia fizikal ini mempunyai jirim lebih dari kosong yang mana merupakan ciri-ciri bagi kewujudan didalam dunia fizikal ini, akan tetapi cahaya langsung tidak mempunyai jirim atau berat. Apabila kita menghampiri kelajuan cahaya, jirim atau berat akan bertambah dan pada kelajuan cahaya berat adalah infiniti. Tak kiralah sekecil mana berat atau jirim pada permulaannya, jirim atau berat tersebut akan mencecah infiniti pada kelajuan cahaya. Oleh kerana photon bergerak pada kelajuan cahaya tetapi tidak mencecah jirim atau berat infiniti, ini bermakna photon sebenarnya bermula dengan nilai jirim kosong, maka cahaya sebenarnya tidak wujud didalam dunia materi ini.
11. Didalam dunia fizikal ni semuanya adalah relatif, kewujudan mutlak atau tidak sesuatu kualiti itu tidak boleh digambarkan, segala sesuatu yang wujud diantara dua kualiti tersebut adalah kontinum atau pemeringkatan dari sesuatu yang boleh digambarkan dengan nyata kepada sesuatu yang tidak boleh digambarkan dengan nyata. Kita walau bagaimanapun mendapati, disebalik kewujudan materi ini semua kualiti-kualiti itu wujud samada didalam keadaan tidak terbatas atau ianya tidak wujud sama sekali, tiada apa yang berada diantaranya.
Perkara paling penting didalam penemuan-penemuan diatas adalah ianya telah memusnahkan sebarang idea, kepercayaan atau konsep yang dunia fizikal ini wujud sebagai suatu jumlah tertentu bahan-bahan materi yang bergerak dengan suatu hukum-hukum fizikal yang tertentu. Pemahaman yang tidak tepat mengenai kewujudan fizikal inilah yang telah membentuk asas falsafah sains kebendaan atau materialisme. Ianya falsafah materialisme inilah terutamanya falsafah materialisme sekular telah membenarkan kepercayaan kepada tuhan itu telah dicabar dengan hebatnya oleh mereka yang tidak percayakan tuhan selama beberapa ratus tahun sebelum ini, lebih kurang sekitar zaman Sir Isaac Newton.
Ianya tidak lagi munasabah baik secara intelek ataupun menerusi alasan logik didalam penemuan fizik moden dan kosmologi ini untuk berpegang kepada pandangan atheis (iaitu tuhan itu tidak wujud). Apa yang pasti menerusi alasan logik dan juga pemikiran intelek yang jujur ini, kesimpulan yang boleh diambil menerusi penemuan sains moden adalah Tuhan itu wujud, yang mana sifat-sifat Tuhan itu wujud dan Tuhan jualah yang telah mencipta dunia fizikal ini termasuklah juga manusia. Kita sekarang ini berada pada titik perubahan dari pandangan materialisme sekular terhadap dunia ini kepada pandangan bertuhan.
NOTA: Kesemua ini hanyalah sebilangan dari rumusan yang dipermudahkan dari usaha-usaha besar yang sedang dijalankan, akan tetapi kami merasakan ianya amat penting dan menjadi tanggungjawab kami untuk menjelaskannya kepada umat manusia ciptaan Allah ini. Fakta-fakta sains disebalik penjelasan-penjelasan ini adalah fakta-fakta yang dipersetujui bersama oleh beberapa ahli-ahli fizik tersohor dunia, termasuklah beberapa ahli teoritikal fizik yang telah memenangi Hadiah Nobel. Penjelasan-penjelasan ini teramat penting didalam titik peralihan pemikiran teologi Islam, akan tetapi buat masa kini ianya masih belum lagi diterima oleh sarjana Islam diseluruh dunia.
P/s :  Subhanallah. Cahaya yang hebat itupun merupakan antara ciptaan-Nya. Maka bagaimana pula dengan yang menciptakan cahaya itu..?

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor