~~Tanpa ilmu dan amal aku bukanlah insan sempurna,aku hanyalah seorang yang berdosa... Aku amat mencintai orang² yang soleh, meskipun aku BUKAN sebahagian dari mereka.... Aku sangat benci orang² yang bermaksiat, meskipun tanpa sedar, aku SEBAHAGIAN dari mereka..... Memang aku tak layak berbicara tentang ilmu AGAMA , tapi aku mahu bersama dengan orang² yang tinggi ilmu AGAMA nya~~!.

Siamang Hidup di Tempat Tinggi

Posted by Dea at Saturday, December 10, 2011
SIAMANG dalam bahasa Inggeris juga dikenali sebagai siamang (Sympalangus syndactylus) salah satu daripada tiga spesies ungka dalam famili Hylobatidae yang terdapat di negara ini. Dua spesies yang lain, iaitu ungka tangan putih atau “white-handed gibbon” (Hylobates lar) dan ungka tangan hitam (Hylobates agilis) atau wak wak atau “agile gibbon”. Ungka tangan hitam hanya terdapat di utara Semenanjung yang bersempadankan dengan negara Thailand seperti Kedah, Perak dan Kelantan. Ungka tangan putih pula terdapat di kebanyakan negeri di Semenanjung.
 
Siamang spesies yang terbesar daripada tiga spesies tersebut. Bulu siamang panjang, lebat dan berwarna hitam gelap. Ekornya pendek serta tidak kelihatan. Bulunya yang panjang membolehkan haiwan ini tahan cuaca dan suhu sejuk di kawasan bukit bukau dan pergunungan, terutama pada waktu malam. Badan siamang gempal dan tegap. Tangannya pula lebih panjang daripada kaki. Haiwan ini bergayut dari satu dahan ke satu dahan dengan menggunakan tangan dan kakinya.
 
Kakinya jarang-jarang digunakan untuk berjalan di atas tanah. Pergerakannya di atas tanah agak lambat dan perlahan. Apabila berjalan di atas tanah, siamang mengangkat kedua-dua tangannya ke atas bagi mengimbangi badannya supaya tidak tumbang atau jatuh. Siamang tinggal di atas pohon yang tinggi, seperti pokok keranji, kruing, tualang, meranti dan seraya. Ia bergayut daripada satu dahan ke satu dahan semasa mencari makan. Siamang jarang-jarang turun ke tanah dan amat takut akan air.

0 comments:

Post a Comment

 

Tentang Dea © 2010 Web Design by Ipietoon Blogger Template and Home Design and Decor